Yassin Dan Solat Hajat Untuk Bukan Islam, Boleh ? Ini Buktinya !
Walhal, umum mengetahui bahawa puak-puak UMNO ini sebenarnya "syok sendiri" dalam isu-isu agama seperti itu. Mereka hanya menjadi isu agama untuk kepentingan politik semata-mata. Orang lain buat semuanya tidak kena bagi mereka, tetapi kalau UMNO yang buat semuanya "dihalalkan" begitu sahaja oleh mereka.
Masih kita ingat tatkala musim kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.
Masih kita ingat tatkala musim kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.
UMNO dengan bangganya menggantung kain rentang di seluruh Hulu Selangor bagi memaklumkan kepada rakyat bagi mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk calon BN iaitu P.Kamalanathan (foto).
Bukankah calon BN itu bukan beragama Islam dan terang-terangan dari parti MIC?. Kenapa Zahid Hamidi tidak bising dan menghalalkan pula ianya terjadi di depan mata?.
Kenapa tidak mengeluarkan kenyataan media bahawa tindakan melakukan bacaan yassin dan solat hajat terhadap orang kafir adalah salah dan menjatuhkan maruah serta kesucian agama Islam itu sendiri. Kenapa dalam kes Lim Guan Eng yang tidak dapat dibuktikan itu, beliau cuba untuk menjadi pembela agama?.
Bukankah ini jelas menunjukkan UMNO menghalalkan apa yang tidak boleh dalam Islam sebaliknya jika dilakukan oleh Parti Pembangkang maka mereka mengharamkannya pula. Apa nak jadi dengan UMNO agaknya?
Bukankah ini jelas menunjukkan UMNO menghalalkan apa yang tidak boleh dalam Islam sebaliknya jika dilakukan oleh Parti Pembangkang maka mereka mengharamkannya pula. Apa nak jadi dengan UMNO agaknya?
Inilah dia bukti, betapa kucar-kacirnya Islam Hadhari ciptaaan UMNO BN sejak dulu kini dan selamanya. Maka itu, kini sedarlah kita sikap sebenar pemimpin UMNO itu sendiri. Mereka hanya Islam ketika waktu-waktu tertentu sahaja, sebaliknya menjadi munafik di waktu lain pula.
Apakah pemimpin sebegini boleh diterima oleh umat Islam di negara kita agaknya?. Marilah sama-sama kita buat perubahan dalam Pilihanraya Umum akan datang, agar mereka tahu bahawa politik tidak seharusnya dipolitikkan setiap masa.
Biar mereka tahu kuasa rakyat itu penentunya.[Oleh itu, rakyat perlu bijak melihat segala yang disajikan depan mata kita sekarang ini.
Usahlah terpedaya dengan hasutan "Utusan Malaysia Penyebar Fikiran Rakyat" itu. Malah Umat Islam itu sendiri perlu lebih tenang dalam menilai setiap provokasi agama yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sekarang ini.
Mereka sebenarnya sudah mula terdesak untuk menarik balik sokongan rakyat terutamanya orang Melayu terhadap parti itu. Lantaran itulah, apa saja kaedah terpaksa digunakan bagi tujuan tersebut.
Malahan, mereka sanggup memalukan diri sendiri dek kerana mahu membuktikan merekalah pejuang Islam sebenarnya.
Walhal kakikatnya Islam UMNO hanya ada pada nama sahaja, pengisiannya jauh panggang dari api.
Umat Islam terutamanya generasi muda terus dirosakkan akhlak dan akidah mereka. Itu semua bagi memudahkan agenda supaya mereka melihat Islam itu zalim dan sebagainya.
Akhirnya golongan muda inilah yang akan dijadikan aset untuk mempercayai bahawa UMNO itu membela Islam dan Melayu itu sendiri. Inilah agenda sulit mereka sejak dulu, kini dan selamanya.
Sumber : Pahang Daily
0 comments:
Post a Comment