DARI MATA PENA MOHD SAYUTI OMAR.......Haluan Mata Dari Galas

on Oct 28, 2010



Foto Sekitar Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Galas


BARU sampai rumah dari Galas. Seperti mana dijanjikan di sini di postingkan beberapa keping gambar sekitar proses penamaan calon pilihan raya kecil Galas. Semasa di Galas pagi tadi saya menghadapi kesulitan untuk download foto disebabkan tiada kemudahan untuk berbuat demikian - tertinggal wayer. Jadi walaupun letih dan baru sampai rumah saya cuba gagahkan juga diri untuk postingkan beberapa keping gembar berikut untuk tatapan anda.


Keadaan yang penuh sesak menyebabkan saya tidak mendapat sudut yang baik. Tetapi cukuplah untuk memenuhi janji saya sore tadi. Saya cuba mendapat gambaran di kedua pihak, Pas dan UBN untuk memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Galas. Tetapi nampaknya tidak begitu memuaskan.



Iya apa lah yang dapat dilakukan oleh seorang petugas seperti saya, untuk berkerja ke sana ke sini dalam asakan manusia ribuan tidak terdapat. Aksi pemimpin Pas langsung tidak sempat dirakam. Tetapi saya yakin sudah ada rakan bloger lain telah membuat posting awal. Jadi terimalah sumbangsih dari saya khas untuk pejenguk blog Merah Tinta.



Ulasan di sebalik proses penamaan calon dan desas desus yang kian rancak kedengaran di Gua Musang termasuk perihal UBN yang dikatakan bermasalah akan diulas esok. InsyaAllah. 



Calon Pas Dr Zulkefli Mohamad diiringi Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa ke pusat penamaan calon. Foto: Ruzely.


Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim ikut sama memberi sokongan, mengiringi calon Pas. Foto: Ruzley.
Sebahagian dari kira-kira 8,000 penyokong Pas sedang menanti penuh sabar pengistyharan calon oleh SPR. Foto: Ruzley.
Lagi pemandangan penyokokong Pas yang mengiringi calon.

Perakan calon Pas sepanjang hampir satu kilometer.


Di belah UB, kelihatan Idris Jusuh dan Fatmi Salleh.
Ahmad Zahid Hamidi mengepali perarakan calon UBN.
Wanita Umno berpakaian serba merah bersiap sedia untuk berarak.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List