Yang menangkan PKR bukan ahli semata mata,tapi rakyat yang tak suka dengan UMNO dan BN. Tu yang nak kena ingat. Ini baru pegang satu negeri belum lagi federal... Kalau pegang federal tak tahu lah macam mana nanti..... Betul kata RPK.....THIRD FORCE !!!!!!! Ada berani ker......????
(Sinar Harian) Pergaduhan: beri kesan buruk terhadap imej parti - Pengerusi PKR N. Sembilan
Pergaduhan yang tercetus pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di beberapa cabang seluruh negara baru-baru ini, sedikit sebanyak memberi kesan buruk terhadap imej parti.
Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrin Abbas berkata, pergolakan itu juga dilihat sebagai tidak sopan.
Menurutnya, berikutan kejadian itu, masyarakat sudah pasti akan membuat persepsi buruk terhadap parti.
“Justeru, saya berharap isu ini tidak perlu diperbesar-besarkan kerana setiap yang berlaku itu mungkin ada hikmahnya.
“Kita perlu melihat punca kejadian bagi mengenal pasti masalah yang sebenarnya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis Aidilfitri, anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Ng Chin Tsai dengan kerjasama Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di Taman Seri Pulai 3, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook dan ADUN Sikamat, Amiruddin Harun.
Kamarul Bahrin berkata, demi kestabilan parti, semua ahli diharapkan dapat memberi kerjasama yang baik sepanjang mesyuarat pemilihan cabang diadakan.
“Walaupun ada pihak yang tidak puas hati dengan setiap keputusan atau sesuatu tindakan yang dibuat ketika mesyuarat pemilihan, mereka (ahli) seharusnya bersabar dan mengambil sikap berbincang bagi mengatasi setiap perselisihan.
“Kita tidak sepatutnya bertindak mengikut perasaan kerana ia hanya akan menjejaskan dan memburukkan lagi keadaan,” katanya.
0 comments:
Post a Comment