bila tengok gambar tersenyum macam ini
.. pasti hilang kesakitan ..
Terdapat satu laporan mengatakan tentang bagaimana rasa cinta boleh membantu mengurangkan kesakitan daripada penyakit yang dihadapi. Laporan ini merupakan hasil kajian penyelidik di Universiti Stanford California. Mereka menyelidik mengenai perasaan cinta yang berkemungkinan boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit.
Satu eksperimen khas membabitkan 15 orang pelajar yang mengaku sedang merasai ‘cinta mendalam’ dijalankan dengan menggunakan blok suhu dan gambar kekasih masing-masing untuk mengukur tahap kesakitan peserta. Blok suhu itu ditetapkan pada tahap yang menyebabkan peserta mengalami kesakitan sederhana, kesakitan tinggi dan tiada kesakitan.
Hasil kajian sungguh mengujakan sekali. Ia menunjukkan bagaimana perasaan cinta membantu menghilangkan kesakitan apabila bahagian otak yang boleh mengurangkan kesakitan menjadi aktif semasa peserta melihat gambar kekasih mereka.
Terdetik hati aku akan betapa hebatnya perasaan cinta anugerahi Illahi ini. Ia bukan saja dapat memberikan kekuatan dan motivasi di kala kesedihan dan rasa diri tak bermaya, malah dapat mengurangkan kesakitan yang dialami.
Aku agak setuju dengan kajian ini. Ini kerana selalu juga kita dengar dan baca, bila diri mencintai (dicintai?), langkah kaki akan semakin gagah dan berani. Itu sebab ada yang sanggup ke Lombok dan sedia menanggung apa saja kekurangan dan kesakitan.
Tapi pastikanlah perasaan cinta itu cinta yang suci, indah, berbalas dan diredhai. Bukan apa, dibimbangi jika cinta sekadar cinta nafsu dan suka-suka maka kesakitan akan bertambah parah lukanya.
Nampaknya kepada mereka yang sakit yang masih single itu, di samping makan ubat bolehlah tengok gambar kekasih hati (tengok gambar yang duk tengah senyum … bukan yang serius masam semacam je. Nanti bertambah sakitnya)
Kepada yang ada suami @ isteri, genggaman tangan dan pelukan dikatakan ubat yang amat kuat penawarnya. Apatah lagi senyuman dan kucupan mesra.. opss!!
Sakit kepala akan hilang …
Demam akan kurang …
Perasaan risau akan tenang …
0 comments:
Post a Comment