Datuk Zaid Ibrahim Bakal Umumkan Pendiriannya Untuk Keluar PKR Jumaat Ini

on Nov 15, 2010


Berita panas yang diterima petang ini ialah mengenai Bekas Calon Timbalan Presiden dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim (foto) melahirkan hasratnya untuk berundur dari parti itu. Zaid berkata demikian dalam posting terbaru di laman blognya.


"Memang benar saya akan meninggalkan parti itu tetapi saya belum menyerahkan borang rasmi lagi,” kata Zaid. Menurut Zaid kenyataan rasmi berkenaan keputusan itu akan dibuatnya dalam sidang media pada Jumaat ini. Dengan perkembangan terbaru ini, maka bermakna berakhirlah sudah harapan penyokong Zaid Ibrahim untuk melihat pemimpin itu berkuasa dalam PKR. 

Soalnya sekarang, andainya Zaid "keluar PKR", apakah akan terjadi kepada penyokong beliau selepas ini?. Bukankah Zaid sendiri telah dicop sebagai "pengkhianat" oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu agaknya?. Malah, seterunya Azmin Ali dengan lantang mengatakan bahawa Zaid tidak boleh dibiarkan “merosakkan perjuangan reformasi” dalam ceramah dihadapan penyokongnya di Shah Alam baru-baru ini.

 “Jangan benarkan calon yang baru menyertai parti setahun lalu cuba merosakkan perjuangan 12 tahun kita,” kata Azmin. Jika dilihat kepada situasi semasa sekarang ini, berkemungkinan besar para penyokong Zaid pasti akan dinyahkan dari barisan kepimpinan PKR peringkat negeri selepas Kongres PKR nanti. 

Ditambah lagi dengan andainya, jika Azmin Ali menang dalam pemilihan PKR 2010 ini nanti. Kiranya ini berlaku maka sudah pasti ramai pemimpjn PKR yang menyokong Zaid baru-baru ini pasti akan ditendang kiranya berlaku rombakan kepimpinan negeri selepas ini nanti. Malah, ramai juga yang meramalkan tidak ramai penyokong Zaid yang akan mengikut beliau andainya pemimpin itu benar menubuhkan sebuah parti baru selepas ini. 

Kebanyakkan dikalangan mereka merasa tertipu dengan tindakan Zaid itu sebenarnya. Bagi mereka, Zaid bukanlah pejuang sejati yang boleh diagung-agungkan seperti yang dimimpikan olenya. Zaid tidak ubah seperti"pengacau" yang memang benar cuba untuk merosakkan imej Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat itu sendiri sebenarnya.


http://pahangdaily.blogspot.com

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List