MENTERI JEPUN BERANI......MENTERI MALAYSIA ADA BERANI KE........???

on Nov 23, 2010

Minoru Yanagida
Minoru Yanagida


TOKYO: Menteri Kehakiman Jepun, Minoru Yanagida akan meletakkan jawatan selepas didapati menimbulkan kemarahan awam apabila dengan biadab menyatakan tugasnya sebagai menteri Kabinet adalah mudah.

Berita mengenai peletakan jawatannya itu disiarkan stesen penyiaran awam, NHK dan media lain, awal hari ini. 
Kenyataannya itu memberi tamparan hebat kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Naoto Kan dan awal hari ini, Yanagida dipanggil ke pejabat Perdana Menteri bagi menyampaikan hasratnya untuk meletakkan jawatan.
Yanagida dijadual memberikan sidang akhbar mengenai peletakan jawatannya itu jam 10.15 pagi waktu tempatan.

Minggu lalu, Yanagida memberitahu penyokongnya di kawasan Parlimennya di Hiroshima bahawa menjadi Menteri Kehakiman adalah mudah dan beliau hanya perlu mengingati dua ayat yang biasanya digunakannya di Parlimen ketika beliau sukar memberikan jawapan.

Beliau kemudian memberitahu dua ayat itu: "Saya ditegah daripada memberi komen mengenai kes individu" dan "Saya bertindak berasaskan lunas undang-undang dan bukti yang ada." 

Pihak pembangkang Jepun dilaporkan akan mengemukakan usul bantahan terhadap Yanagida, yang bakal menjejaskan sokongan awam terhadap kabinet Kan. - AFP




Ini menteri ada 'telor'
But not menteri di sini
Ini menteri Jepun mari

Terlajak perahu boleh ditarik
Terlajak kata..??
Tanggunglah sendiri!!

Tak payah disuruh...
Tak payah didesak....
Letak jawatan kerana ada sifat akauntabiliti

Menteri di sini??
Lu orang pikirlah sendiri..

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List