PKR SABAH GOYAH,ORANG KANAN JEFFERY KITINGAN KELUAR PARTI..........???

on Nov 23, 2010



Seorang lagi ahli PKR ataupun pembantu yang menjadi orang kepercayaan Naib Presiden,Datuk Dr Jeffrey Kitingan akhirnya mengumumkan keluar parti hari semalam.

menurut laporan dari Utusan malaysia Philip Among yang berumur 41 tahun,yang turut dikenali sebagai Daniel Dell Fidelis menyerahkan surat keluar parti menerusi e-mel ke ibu pejabat PKR semalam.

Tindakan Philip dilihat banyak pihak sebagai permulaan kepada gerakan besar-besaran keluar parti oleh pemimpin dan ahli PKR yang menyokong Jeffrey.
Philip berkata,beliau menghantar surat berkenaan kepada Presiden PKR,Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail.Penasihat,Datuk Seri Anwar Ibrahim.Setiausaha Agung,Saifuddin Nasution dan Jeffrey sendiri.
Philip mengatakan pada sidang media tersebut ini adalah satu peluang yang bersejarah telah terbuka untuk dirinya keluar parti.Apabila sudah tidak bersama PKR,Beliau boleh berfikir secara bebas mengenai masa depan dan pilihan lain yang ada.
Philip menambah,Beliau turut bercadang menyerahkan nota peribadi kepada Anwar bagi menjelaskan secara terperinci sebab yang mendorongnya mengambil tindakan keluar parti.
Philip berkata,dalam surat kepada Saifuddin,Beliau menjelaskan sukar untuk menerangkan matlamat perjuangan parti itu kepada rakyat negeri ini.
Beliau mengatakan Anwar hanya berminat untuk mendapatkan 10 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak bagi membolehkannya pergi ke Putrajaya.Bagaimanapun,bagi penduduk di sini, hendak pergi ke Putrajaya bukan satu matlamat yang ingin diperjuangkan.
Kekecewaan penyokong Jeffrey dikatakan memuncak apabila jawatankuasa disiplin parti itu menggantung keahlian 12 ahli menjelang pemilihan cabang parti beberapa bulan lalu.
Jeffrey kemudian membuat kejutan apabila membuat keputusan untuk tidak bertanding pada pemilihan parti itu tahun ini tetapi secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada Datuk Zaid Ibrahim yang bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Jeffrey yang mempunyai sokongan kuat daripada ahli akar umbi PKR khususnya daripada etnik Kadazan bagaimanapun sehingga kini masih berdiam diri berhubung pertelingkahan antara Anwar dengan Zaid yang menyebabkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan keluar parti baru-baru ini.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List