KUALA LUMPUR 22 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, satu laporan akhbar kononnya beliau akan mengadakan rombakan Kabinet dan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat ini adalah khabar angin semata-mata.
"Biasalah, Malaysia tidak pernah sunyi daripada khabar angin dan laporan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pemimpin Perniagaan Global 2010 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai laporan tersebut yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris semalam.
Laporan itu, yang tidak memetik sebarang sumber menyebut bahawa rombakan kabinet adalah bagi membolehkan Najib membentuk satu pasukan yang kuat untuk membantu beliau melaksanakan dasar ekonomi dan trasformasi yang beliau perkenalkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Ditanya mengenai langkah Barisan Nasional (BN) meminda perlembagaannya supaya ia lebih inklusif dan terbuka kepada semua rakyat, Najib berkata, itu tidak ada kaitan dengan pilihan raya."
"Ini adalah satu penambahbaikan politik BN. Pilihan raya adalah satu hal yang lain," kata Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN.
Tambah beliau, penambahbaikan politik itu sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan tahun ini bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. - Bernama
P/s : Tak tahu nak percaya atau tak mengenai PRU ini. Tapi dengan kerapnya parti kesayangan BN, PKR mendapat liputan di media perdana menandakan PRU semakin hampir.
Adalah diramalkan selepas pemilihan, PKR akan kembali bersatu dan begitu juga Pakatan Rakyat.
Dari situ kita dapat lihat gelombang kempen mereka dimulakan, menanda permulaan kempen panjang sehingga PRU 13.
Tapi kita perlu berhadapan dengan Pilihanraya Negeri Sarawak dahulu. Adakah akan berjalan serentak?
Pada siapa yang menipu rakyat pada PRU lalu.Bersedialah untuk dihukum.
Cakap lawa,, pejuang keadilan dan kesamarataan. Jalan di kawasan sendiri berlubang dan punca kemalangan.
Bila ditanya, salahkan pihak lawan. Dasar penipu!
0 comments:
Post a Comment