Dalam menyangkal kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah yang mengatakan bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah anugerah Allah beliau telah meminta Dr. Wan Azizah untuk menilai sama ada Anwar adalah anugerah atau ujian kepadanya serta ahli PKR untuk memilih Allah atau pemimpin yang melampaui batas.
Itu adalah gesaan yang telah dibuat oleh Senator Ezam Mohd Nor, seorang yang pernah Ketua Pemuda Keadilan Yang terkenal dengan Sumpah Keramatnya suatau masa dulu, bilamana beliau dan juga keseluruhan EXCO Pemudanya telah menjelajah hamper keseluruh Negara bagi melakukan sumpah tersebut.
Sumpah Keramat yang diucapkannya itu adalah sumpah atas nama Allah bahawa beliau TIDAK AKAN menyertai semula UMNO dan bahawa misi beliau adalah untuk menghapuskan UMNO. Beliau bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak akan menyertai semula UMNO. Misi beliau adalah untuk menghancurkan UMNO.
Lantaran sumpah itu.. Ezam berusaha membongkar segala penyelewengan UMNO.. beliau bersungguh-sunguh mahu menguburkan UMNO..
Namun begitu melalui Pak Lah pada bulan Mei 2008 beliau telah kembali kepangkuan UMNO, menjilat kembali apa yang telah diludah dan dimuntahkannya dulu..
Kerana wang beliau telah lupa akan sumpahnya yang menggunakan nama Allah suatu masa dulu..
Dan kini nama Allah dipergunakan lagi oleh beliau untuk mengesa Datuk Seri Wan Azizah dan Ahli-ahli PKR untuk memilih antara Allah dan Anwar..
Podah!! Dia suruh orang pilih Antara Allah dan Anwar, tapi dia sendiri pulak pilih UMNO..
Anwar ujian rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Bekas individu kepercayaan Anwar, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor menyangkal anggapan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah anugerah tuhan.
Malah beliau turut meminta Dr. Wan Azizah untuk menilai sama ada Anwar adalah anugerah atau ujian kepadanya serta ahli PKR untuk memilih Allah atau pemimpin yang melampaui batas.
Jelas Ezam, memang tidak dinafikan Anwar bukan calang-calang individu kerana mampu memukau orang ramai dengan pidato yang memikat termasuk menggunakan ayat al-Quran dan hadis menyebabkan sukar bagi kebanyakan orang meninggalkannya.
"Tetapi dalam masa yang sama, beliau melakukan perbuatan yang melampaui batas seorang manusia beriman.
"Tun Dr. Mahathir Mohamad ambil masa lama sebelum bertegas pecat beliau. Saya juga sesudah beberapa lama baru melepasi ujian Allah dan akhirnya saya bersyukur dapat memilih Allah berbanding bos sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam Dr. Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar bagi merasmikan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh menyifatkan Anwar sebagai 'anugerah Tuhan' bagi memimpin rakyat negara ini.
Menurut Dr. Wan Azizah, suaminya yang merupakan Penasihat PKR ialah seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi.
Ezam menambah, rakyat negara ini juga seharusnya bersyukur kerana Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada Dr. Mahathir bagi memecat Anwar.
"Bayangkan jika Mahathir gagal dalam ujiannya antara memilih Allah dan anak didik kesayangannya (Anwar), tentunya umat ini akan hancur," tegasnya.
Dalam pada itu, beliau turut meminta rakyat Malaysia agar mendoakan Allah memberi petunjuk kepada Dr. Wan Azizah bagi membuat pilihan yang betul.
"Kita faham kesukaran beliau dalam membuat pilihan yang betul. Kita doakan Allah beri kekuatan kepadanya satu hari nanti," ujarnya.
Bekas rakan baik Anwar, Datuk S. Nallakarupan pula meminta Dr. Wan Azizah tidak terus menipu diri sendiri..
Katanya, perbuatan Wan Azizah itu tidak lebih daripada perbuatan bodoh kerana membohongi diri sendiri seolah-olah tidak mengetahui siapa Anwar sebenarnya.
"Beliau berpendidikan tinggi dan sepatutnya tahu menilai siapa Anwar sebenarnya. Saya anggap semua ini tidak lebih daripada lakonan demi lakonan dilakukan Wan Azizah berdasarkan skrip tulisan Anwar.
"Semua ini dilakukan Wan Azizah demi menutup tembelang Anwar. Ramai orang PKR tahu yang mereka perang besar sewaktu Anwar ditangkap dahulu, tetapi kini segalanya dilakukan Wan Azizah demi kelangsungan politik suaminya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Salah seorang pengasas PKR, Ng Lum Yong turut mempersoalkan keikhlasan Dr. Wan Azizah dalam melafazkan perkara berkenaan di hadapan ahli-ahli parti.
"Beliau sendiri mengakui ucapan itu disediakan oleh Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr. Muhammad Nur Manuty. Apakah beliau benar-benar mahu membawa maksud yang sama?
"Beliau mesti beri penjelasan. Mengapa gunakan nama tuhan? Beliau tidak sepatutnya menggunakan nama tuhan hanya untuk menarik sokongan," ujarnya.
0 comments:
Post a Comment