TAMAK DAN CURIGA........???

on Nov 6, 2010

Adun SNAP, Komponen Ke-4 PR Keluar Parti Masuk BN..Mungkin Kerana Batu Sapi & PKR??


Tak payah PRK..cukuplah katak-katak ini melompat masuk BN.... Semalam, adun tunggal SNAP telah seberang ke BN.

SNAP ni adalah parti ke-4 komponen PR. Masuk PR pada 20 April lalu, beberapa hari sebelum PRK Sibu. Nah PR, Anwar. Mungkin ini natijah tindakan anda makan kawan sendiri dalam PRK Batu Sapi dua hari lalu. 

Tindakan bodoh masuk sama bertanding dalam PRK itu berlawanan dengan SAPP, menyebabkan parti lain yang ingin masuk PR seperti BERSEKUTU curiga dengan PR, terutamanya PKR. Itulah ke'bijaksanaan' pemimpin kita. Yang langsung lebih utamakan parti sendiri daripada keseluruhan PR itu sendiri. Kalau Anwar nak sangat jadi PM dan popular. Baik biarkan parti lain seperti PAS dan DAP yang caturkan PR, bukannya PKR yang merupakan komponen paling lemah dalam pakatan..

ADUN Engkelili umum keluar SNAP masuk SUPP

Yakin masyarakat nikmati pembangunan pesat bawah BN

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkelili, Dr Johnicol Rayong anak Ngipa mengesahkan beliau kini wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menerusi penyertaannya dalam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Beliau yang menang kerusi DUN itu atas tiket Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menewaskan calon BN, Jonathan Krai Pilo pada Pilihan Raya DUN Sarawak 2006, membuat pengumuman itu ketika berucap menyokong usul Bajet 2011 pada persidangan DUN negeri ini, kelmarin.

Perkembangan itu menjadikan BN kini menguasai 63 daripada 71 kerusi DUN Sarawak, diikuti enam kerusi DAP serta masing-masing satu kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM).
Rayong berkata, beliau yakin penyertaan dalam BN membolehkan masyarakat Engkelili mendapat lebih manfaat terutama pembangunan sosioekonomi dan percaya sokongan padu pengundi DUN itu akan memastikan BN terus menang besar pada pilihan raya negeri akan datang.

"Saya berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh membela nasib rakyat Engkelili dan akan memastikan semua masalah serta keperluan rakyat ditangani sebaik mungkin.
"Saya yakin penyertaan dalam BN akan memberikan faedah yang besar kepada masyarakat di Engkelili yang masih memerlukan pembangunan," katanya.

Beliau berkata, keputusannya itu juga didorong rasa kagum terhadap konsep politik pembangunan yang diperkenalkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 1990 yang jelas untuk kebaikan semua dan membolehkan rakyat Sarawak membangun setanding rakyat negeri lain.
"Ini terbukti apabila banyak perubahan berlaku di Sarawak terutama kewujudan pusat perindustrian di seluruh negeri khususnya di Kuching, Bintulu, Miri dan Tanjung Manis dalam Bahagian Mukah," katanya.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List