Raja Petra mula pokai?

on Dec 15, 2010



Dewasa ini, blogger yang menjadi buruan Polis Raja Petra Kamaruddin kerana gagal menghadirkan diri pada perbicaraan kes memfitnah dengan niat jahat sudah mula menyerang PKR terutama Kepimpinanya.
Laporan MStar:
Published: Rabu Disember 15, 2010 MYT 9:27:00 PM
Updated: Rabu Disember 15, 2010 MYT 12:08:34 AM

RPK Serang PKR: Pembangkang Tak Layak Perintah Negara

PETALING JAYA: Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang tidak sebulu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus `menyerang’ parti pembangkang itu dengan menyatakannya tidak layak memerintah negara ini.
Raja Petra berkata, ketika dia menegur parti itu mereka amat kecoh mendakwanya disogok oleh Umno atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sheesh, macam ini nak memerintah negarakah?,” tulis Raja Petra dalam ruangannya, No Holds Barred, Isnin.
Para pemimpin PKR mengecam Raja Petra dengan hebat malah melabelkannya sebagai ‘kuda Trojan’ serta mendakwanya telah dibeli oleh sesetengah pihak.
Raja Petra menulis, dia dianggap sebagai musuh Pakatan Rakyat.
“Bagaimanapun, sekiranya saya bodek Pakatan Rakyat dan menghentam Barisan Nasional, saya akan menjadi anak sejati Malaysia, seorang patriot.
“Inilah cara minda pembangkang berfungsi dan kita ingin mereka memerintah negara ini,” soalnya.
Dia menambah, apabila Malaysia Today membocorkan rahsia dan kertas-kertas sulit yang memudaratkan kerajaan, mereka tidak melatah.
“Apabila WikiLeaks membocorkan rahsia-rahsia negatif kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya, PKR bertepuk tangan, bersorak serta berkata, WikiLeaks ialah satu anugerah Tuhan.
“Sekarang bila keadaan sebaliknya berlaku, anda melatah dan mendakwa berlaku konspirasi dan sub judice. Berhenti menangis seperti bayi,” ujar Raja Petra.
Katanya, ramai kecewa dengan laporan WikiLeaks mengenai pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, mereka berasa ia adalah tidak adil dan beretika bagi WikiLeaks untuk menerbitkan satu laporan berhubung dengan isu tersebut ketika prosiding mahkamah masih berlangsung.
“Sudah pasti, saya bersetuju, perbicaraan itu sedang berlangsung. Jadi kita tidak sepatutnya memberikan komen tentang sesuatu perbicaraan yang sedang berlangsung.
“Namun, sejak bila parti pembangkang menghormati peraturan ini?
“Semasa perbicaraan Liwat 1, kita mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) kaw kaw(secara hebat) dan berkata apa-apa sahaja mengenai isu tersebut bagaimana beliau mengenakan Anwar.
“Sekarang di perbicaraan Liwat 2, kita menghentam Najib dan mendakwa beliau turut mengenakan Anwar,” tulisnya.
Raja Petra menambah, Malaysia Today bukan sahaja lantang bersuara dalam kes perbicaraan Anwar bahkan beberapa kes besar termasuk kepincangan kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) semasa ia masih dibicarakan di mahkamah.
Dia memberitahu, mereka yang suka mencari pasal perlu bersedia untuk menerima kritikan.
********************
Serangan ini secara automatiknya menjadi tandatanya dikalangan ramai pihak samada penjadi penyokong dan peminat  Raja Petra atau pengkritik beliau. Dikalangan golongan ini, ada yang menerima serangan Raja Petra terhadap parti yang beliau dukung sekelian lama (semenjak zaman Reformasi lagi) sebagai ‘ikhlas’ dan perasaan sebenar.
Ini juga mungkin dimodalkan sebagai contoh PKR  adalah ‘demokratik’ kerana pendukung kuat pun membidas diri mereka sendiri secara terbuka. Kerterbukaan ini adalah strategi biasa PKR, yang kunun kunun mendukung nilai nilai sejagat yang menjadi pedoman ramai Bukan Melayu dan Melayu Liberal.
Namun, ini sebenarnya bukan kali pertama Raja Petra menyerang Kepimpinan PKR, terutama Anwar “Mat King Leather” Ibrahim secara terbuka. Ulangan ini mula dilihat semasa kempen Pilihanraya DUN Sarawak Mei 2006 dimana beliau secara terbuka ‘menyerang’ Mantan-Salahguna-Kuasa itu.

Sebabnya amat mudah dan langsung:  Soal duit.

Raja Petra menyerang Anwar dan ‘Kepimpinan Ketat’ PKR (Wan Azizah, Azmin Ali, Ezam Md Noor) kerana duit yang diperuntukan untuk pilihanraya tersebut bagi operasi PKR di Sarawak didapati ‘tidak turun’. Beliau mengambil langkah untuk menyerang Anwar secara terbuka melalui laman blog Malaysia Today.

Oleh kerana mengambil kedudukan ‘permusuhan’ dengan Anwar ini, Raja Petra sebaliknya mengambil kedudukan ‘menyokong’ musuh ketat Mat King Leather itu iaitu Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang masa yang sama mula mengkritik Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi secara terbuka. Malah, ucapan pertama Tun Dr. Mahathir membidas PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ialah dalam majlis wacana yang dianjurkan oleh Malaysia Today pada 22 Jun 2006 di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Ulu Kelang.

Raja Petra mula mendekatkan diri dengan bloggers pro-UMNO yang memang sedia menyokong Tun Dr. Mahathir kerana mempunyai agenda yang sama; menyerang PM ‘Flip-Flop’ Abdullah yang disifatkan sebagai melemahkan Kerajaan BN, UMNO dan kepentingan orang Melayu. Dalam proses ini, Raja Petra secara sedikit demi sedikit berkongsi maklumat mengenai ‘perjuangan’ beliau termasuk mengapa beliau mula menyerang Anwar.

Beliau selalu mengadu bagaimana Anwar dan kroni terdekat seperti Azmin tidak menggunakan wang yang peruntukan ‘pembiaya’ bagi kegunaan partu malah ‘menyimpan bagi kegunaan sendiri. Raja Petra sendiri pernah menceritakan kepada antara kami bagaimana Wan Azizah telah pergi ke Hong Kong untuk bertemu pembiayaa Yahudi Neo Con terkenal iaitu George Soros dan membawa pulang USD 10 Juta dan Nurul Izzah Anwar pulang dari bertemu Mantan Presiden Filipina Joseph “Erap” Estrada (yang juga ‘boneka’ Amerika Syarikat di Asia Tenggara) jumlah yang sama. Sebahagian dari kegunaan dana ini pada awal 2006 ialah bagi membiayaai kempen PKR dalam Pilihanraya DUN Sarawak.

Raja Petra menceritakan dengan terperinci bagaimana Anwar dan kroni datang ke Sarawak, menginap di hotel lima bintang sekitar Kuching dan menyewa kenderaan pacuan empat roda ternama sedangkan jentera PKR tidak mendapat peruntukan asas seperti wang bagi kegunaan petrol, pengangkutan, perhubungan (termasuk ‘top-up’ telefon pra-bayar) dan belanja tunai pos pos jentera, atas alasan “Parti tidak ada duit”.

Kebarangkalian blogger yang kini dikenali sebagai ‘Pembohong Tegar’ (kerana sebagai buruan Polis apabila didakwa dalam Mahkamah Jenayah dan diberikan peluang membela diri dengan mengemukan hujah dan bukti dan juga gagal mengemukakan bukti bila dicabar) mengambil kedudukan ini terhadap Anwar dan kroni adalah sebab duit adalah amat besar. Ini kerana ianya pernah berlaku dan beliau sendiri mungkin dalam keadaan kesempitan wang kerana kos tinggi tinggal di United Kingdom dan kemungkinan berhadapan dengan masalah peribadi yang rumit.

Pada pertemuan blogger All Blogs dengan Anwar “Mat King Leather” Ibrahim pasca PRK Ijok April 2007, isu mengenai mengapa penudukung tegar asal media baru perjuangan KeAdilan seperti Raja Petra (yang berdedikasi dengan Free Anwar Movement) kini bertindak menentang pencetus gerakan Reformasi itu, Manta- Banduan-Salahguna-Kuasa itu menjelaskan secra sinis “Mereka ingat saya ni banyak duit. Jadi bila saya keluar penjara, semua berharap untuk ‘meyemai’ setelah ‘pelaburan’ yang mereka buat semasa saya didalam”.

Kredibiliti beliau yang suatu masa dahulu dijulang sebagai ‘Wira Demokrasi Digital’, kini tiris dalam kedudukan yang amat buruk. Artikel “What the eyes does not see” yang melibatkan nama baik DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong kunun kununya memberikan ‘restu’ dan ‘arahan’ agar RAMD memberikan ‘perlindungan’ sekiranya Polis mengambil tindakan terhadap pendemontrasi haram BERSIH pada 10 November 2007 telah dikeluarkan dari edaran arkib Malaysia Today atas sebab yang amat jelas; ianya pembohongan semata mata!

Walau apa pun, ‘serangan’ keatas Anwar dan kroni juga bermungkinan besar sebagai satu lagi ‘sandiwara’. PKR yang berada dalam keadaan tertekan akibat ‘belang sebenar’ mereka menyerlah semenjak serangan bertali arus dari pemimpin yang insaf atas pembohongan berterusan dan ‘Keyakinan Palsu’ dan skandal pemilihan kepimpinan tertinggi PKR yang berakhir November lepas. Kegemparan terbaru Wikileaks juga sesuatu yang amat menjahamankan bagi Anwar dan keadaan nampaknya terdesak memerlukan ‘sandiwara’ baru.

Pokok pangkal, perjuangan ‘pejuang bacul’ seperti Raja Petra adalah wang-ringgit. Malaysia Today merupakan salah satu dari ‘alat’ pembiayaan Barat, terutama pihak pihak tertentu di Amerika Syarikat dan Jerman untuk atas alasan ‘menghidup dan menyemarakan amalan demokrasi dan kebebasan bersuara dan media’. Sekiranya kekurangan sumber asas bagi menampung kos kehidupan yang amat tinggi di kota raya seperti London, maka ‘Anjing pun akan gigit tangan Tuan yang memberinya makan’.

Agaknya lah. Samada terdesak atau sandiwara tahap berbeza. Kita sama sama lihat perkembangan ini.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List