UMNO ANGGAP ANWAR GAM GAJAH YANG HARUS NYAHKAN DARI PAKATAN?

on Dec 18, 2010

Isu Anwar dan PKR

Memandangkan banyak isu yang tidak boleh diserang BN, jadi apakah cara yang tengah difikirkan BN untuk melumpuhkan PR?
Tidak lain tidak bukan – pisau BN akan terus menghala ke Datuk Seri Anwar Ibrahim and PKR.

Mengapa?


1. BN yakin Anwar ialah ‘elephant glue’ untuk PKR, PAS dan DAP untuk bersama. BN juga yakin bahawa PAS dan DAP akan bercerai talak satu sekiranya Anwar hilang kredibilitinya.

2. BN yakin kerana mereka tidak nampak sesiapa pun di dalam PR dan juga DAP, PAS dan PKR yang boleh menggantikan Anwar buat masa ini.

Disebabkan keyakinan di atas, BN telah merumuskan bahawa mereka hanya memerlukan ‘satu projek’ saja untuk menumbangkan PR, iaitu asalkan mereka dapat menjatuhkan Anwar, PR akan lumpuh dengan sendirinya tanpa perlu mereka melakukan sesuatu.

Oleh itu, segala jentera yang boleh dicapai BN - media, polis, mahkamah dan pendakwaraya telah dikerah untuk memastikan ‘projek’ itu berjaya kerana tiada cara lain untuk menumbangkan sebuah pembangkang yang utuh kerana ketiga-tiga parti komponen yang membela antara satu lain dan tidak dapat dibuktikan oleh institusi di bawah pengajian mereka iaitu SPRM dari  segi rasuah, penyelewengan dan juga kronisme.

Bayangkan betapa ‘frustnya’ BN dalam menghalang kemaraan PR.

Jadi bagaimana PR harus mematikan serangan BN ini atau sekurang-kurangnya mengurangkan tekanan pada Anwar supaya PKR boleh bernafas dan memokuskan kembali kepada tugas-tugas reformasi?

Bertambah perit sekarang ialah, PR tidak boleh menafikan bahawa pemilihan PKR yang bising juga telah meluaskan ruang BN untuk menyerang Anwar dan PKR.

BN sedang menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menenggelamkan semua isu nasional seperti kenaikan harga minyak dengan melemaskan rakyat dengan berita negatif Anwar dan juga PKR. Dan secara jujur dinyatakan di sini, serangan bersepadu BN telah menyebabkan PR dan persepsi rakyat terhadap PR sedikit sebanyak bergoyah.

Namun seperti yang dinyatakan, segalanya masih belum terlambat. Berikut adalah cadangan-cadangan drastik untuk dipertimbangkan ketiga-tiga pihak.

1. Namakan pengganti Anwar secepat mungkin. Dalam erti kata lain, who’s second in command after Anwar in PR and PKR?

2. DAP dan PAS duduk berbincang dan selesaikan masalah negara Islam… sebolehnya –

a. Jika PAS dan PR mendapat persetujuan daripada rakyat, 2/3 majoriti di Parlimen dan persetujuan Yang Di Pertuan Agong untuk melaksanakan konsep negara Islam satu hari nanti, DAP akan tidak akan menolak cadangan PAS untuk melaksanakan dasar Islam yang dihasratkannya.

b. Jika tidak, PAS terpaksa pendamkan hasrat sehingga ia mendapat sokongan majoriti rakyat dan 2/3 majoriti di Parlimen yang yakin dengan konsep negara Islam yang dibawanya.

c. Sehingga hari itu terjadi, DAP tidak boleh membidas PAS atas soal perjuangan Islam, dan PAS juga tidak boleh membidas DAP atas perjuangan sekularnya dan kekal kukuh bersama Pakatan Rakyat sampai bila-bila masa.

Persetujuan ini harus didedah kepada umum.

3. Untuk PKR, puteri reformasi, Nurul Izzah Anwar harus dilantik sebagai Timbalan Ketua Pembangkang bagi pihak PKR di Parlimen untuk membahagikan tugas ayahnya di Parlimen sebagai Ketua Pembangkang.

Anwar harus dilindungi dengan cara berundur daripada menjadi ‘kepala pencetus isu nasional’ kepada perancang strategi PKR dan memperkukuhkan jentera pilihanraya untuk PR dalam masa 3 bulan ini.

BN hanya boleh menyerang pada pemimpin-pemimpin yang mencetuskan isu-isu di Parlimen, dan serangan-serangan pada Anwar akan diminimakan untuk tertumpu pada kesnya di mahkamah.

Dengan ini, PKR boleh bergerak dalam dua arah – satu menjawab tuduhan kes Anwar dan satu lagi menyerang BN yang diketuai Nurul yang jauh lebih baik berbanding daripada keadaan sekarang di mana semua tertumpu untuk menjawab serangan pada Anwar.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List