Pengundian Semula PKR - 6 Cabang Sahaja.....Pooodah......???

on Jan 9, 2011



PETALING JAYA, Jan 9 – PKR will hold direct elections again for six of its divisions affected by “chaos” during the party’s first-ever direct elections in November, the PKR secretary-general has said.

Saifuddin Nasution Ismail said today that polling results for Kuala Langat, Kapar, Klang and Subang in Selangor, Jerai in Kedah and Batu Sapi in Sabah had been declared invalid by the party’s election committee owing to “various factors”.

“The central leadership council (MPP) has instructed the [three] state committees to fix a date for direct elections at these divisions,” he told reporters at PKR headquarters here today.

“When the dates have been fixed by the state committees, the election committee will discharge their responsibilities accordingly.”
 
Saya tidak mahu mengulas dengan lebih panjang setakat ini, kerana masih tidak pasti dan kurang arif samada pengundian semula itu hanya diperingkat Cabang ataupun di peringkat Pusat!
 
Tetapi mengikut sefahaman saya dalam berita di atas, pengundian semula hanya diadakan untuk menentukan jawatan-jawatan yang bagi disandang di enam Cabang sepertimana yang disebut.
 
Jika inilah jawapan yang diberikan setelah hampir 2 bulan menunggu (walaupun dijanjikan 2 minggu), maka saya tidak rasa keadilan sebenar terserlah tetapi masih terperosok di bawah permaidani pejabat Tropicana. Kita masih menanti apakah hasil siasatan penyelewengan di beberapa Cabang dan jika ada sebarang penipuan, ia harus didedah dan mereka yang terlibat dalam merosakkan ketelusan pemilihan 2010 haruslah dihukum!!
 
Mungkin ia melibatkan calon yang menang, maka ia harus disorok sampai kiamat?
 
Setelah Setiausaha Agung Parti berjanji untuk membentangkan hasil siasatan dengan jalan penyelesaian, kini hasil yang terbentang di depan mata bukan hanya tidak berjaya menyelesaikan masalah malah menimbulkan lebih banyak keraguan dan mendedahkan 'kebijaksanaan' sekumpulan umat yang bermesyuarat untuk menutup terus ruang kebenaran!
 
Apakah mereka fikir kami di bawah ini orang-orang UMNO yang tidak mampu menafsir yang mana benar atau yang mana bathil? Apakah mereka fikir kami ini penyokong UMNO yang dengan sengaja bersekongkol dengan penipuan asal ketuanan umnoputra itu terus kekal?
 
Jangan lupa, setiap ahli dan penyokong Keadilan layak diiktiraf sebagai pejuang dan pejuang Keadilan yang berprinsip itu tidak sekali-kali berkompromi dengan ketidak-adilan !!
 
Seperti yang saya sebutkan di atas, saya tidak mahu mengulas panjang dengan harapan apa yang terbenak dalam pemikiran ini ketika membaca berita di atas adalah tersasar dari maksud sebenar.
 
Jika ada pengundian di peringkat Pusat, dan segala salahlaku diakhiri dengan hukuman keatas si penipu atau dalang kepada penipuan, ia pasti akan menyelamatkan parti Keadilan! Kerana demi Keadilan, akan kami pastikan membujur lalu melintang patah!!
 
Dari Tegak Bertimpuh, Baik Rebah Merempuh !!

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List