Pilihan Raya Umum mengejut jadi agenda Najib untuk tebus maruah Umno-BN

on Jan 9, 2011

Rata-rata MP BN percaya pertemuan dengan Najib itu sebagai
 persiapan pilihan raya mengejut bakal diadakan tidak lama lagi



Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ahli parlimen BN semalam, mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan pilihan umum mengejut diadakan tahun ini. Najib, yang merupakan pengerusi BN tidak perlu memanggil pilihan raya umum sehingga 2013, tetapi siri kejayaan BN dalam beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini, telah memanaskan spekulasi tersebut, lapor AFP.

Beliau yang menjadi Perdana Menteri pada 2009 selepas BN kalah teruk pada 2008 sehingga memaksa penyandang sebelum itu,  Tun Abdullah Ahmad Badawi bersara awal, menolak tanggapan tersebut. Sebaliknya beliau berkata, pertemuannya dengan 112 ahli parlimen BN itu difokuskan pada usaha untuk mengukuhkan BN, yang selepas setengah abad berkuasa, dilanda reputasi sebagai korup dan tidak berkesan.

"Saya nak kata bahawa ini merupakan proses transformasi politik. Pilihan raya itu sebahagian dariapda apa yang terpaksa kita lalui. Tapi lebih besar daripada itu adalah hasrat kita untuk menampilkan BN sebagai parti yang mendahulukan rakyat," katanya dalam laporan New Straits Times.

Bagaimanapun, beberapa ahli parlimen yang ditemui selepas pertemuan dengan Perdana Menteri dalam kumpulan tiga orang untuk melaporkan kemajuan di kawasan masing-masing berkata, mereka percaya ia 
merupakan persediaan untuk menghadapi pilihan raya.

"Beliau mahu menyelesaikan semua isu sebelum pilihan raya diadakan. Mungkin beliau akan memanggil pilihan raya mengejut," kata Datuk Nur Jazlan Mohamed, demikian menurut laporan The Star.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List