Rogol Amah: SAMM lapor polis, dakwa ada bukti.....???

on Jan 5, 2011

Ekoran isu dakwaan seorang menteri merogol pembantu rumah warga Indonesia, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini akan membuat satu laporan polis dan mendakwa mempunyai dokumen berkaitan.

Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin dijangka akan membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2, jam 10.45 pagi ini.
Laporan polis itu merupakan perkembangan terbaru isu tersebut yang kini mengundang berdebatan hangat di ruang maya khususnya blog-blog politik.


Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam satu kenyataan lewat petang semalam turut menggesa menteri yang didakwa terlibat, segera membersihkan nama beliau.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, perdebatan dalam blog-blog kini jelas merujuk kepada nama seorang menteri, dan menteri  itu perlu memberi respon segera.

"Sejauhmana kebenarannya, hanya beliau dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

Selain penafian menteri tersebut, AMK juga turut menggesa Perdana Menteri melakukan penyiasatan menyeluruh demi membersihkan maruah negara yang tercemar.

Menurutnya, jika dakwaan ini benar, ianya bakal memberi kesan yang negatif kepada hubungan serantau Malaysia-Indonesia berikutan sikap 'duduk dan diam' oleh kerajaan Malaysia.

Sejak tiga siri pendedahan berhubung isu itu disiarkan Harakahdaily, rangkaian bloger terus memperdebat dan mencari siapa menteri yang didedah oleh laporan WikiLeaks itu.

Pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan, NGO Tenaganita dan NGO pekerja Indonesia, Migrant Care, antara yang awal tampil dengan perincian berhubung dakwaan ini.

Tersebarnya dokumen salinan bertajuk ‘Laporan Investigasi Robengah (BMI) yang mengalami perkosaan oleh majikannya’ telah menjadi rujukan utama para bloger dalam mencari nama menteri tersebut.

"Dalam waktu terdekat, AMK akan menghantar beberapa orang Exco untuk suatu misi mendapatkan maklumat (fact findings mission) mengenai jenayah terkutuk ini dengan mengunjungi pihak Migrant Care dan juga pihak Kedutaan Indonesia bertujuan untukmendapatkan fakta-fakta yang sebenar berkaitan kejadian rogol ini," tambah Shamsul lagi.

Kes rogol ini didakwa telahpun berlaku sewaktu pemerintahan Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil kononnya untuk 'mengelakkan konflik serantau'.

Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa untuk mendiamkan perkara ini berikutan ugutan yang dibuat ke atas mangsa.

"AMK yakin dan percaya, sekiranya dakwaan ini benar, isu ini membawa impak yang sangat buruk kepada kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak, dalam keadaan beliau gagal menjamin kredibiliti dan integriti kabinet beliau sehinggakan tergamak mengekalkan seorang penjenayah seksual di dalam kabinet beliau," katanya.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List