on Jan 5, 2011




Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam 5 Januari 2011, mengikut sumber.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Harga minyak tanah juga naik 10 sen kepada RM2.50 seliter.

Sumber: MalaysiaKini


petrol naik lagi? terima kasih kerajaan persekutuan kerana 'sangat prihatin' kebajikan rakyat.. saya nak tolong menteri terangkan kepada rakyat tentang kenaikan kali ni.. hmmm rakyat kena faham, kenaikan ni tepaksa dilakukan kerana harga petrol kan dah diapungkan dan harga pasaran dunia dah naik, jadi kerajaan tak dapat nak elakkan kenaikkan dari berlaku.. tapi jangan risau, harga kita masih lagi terendah di rantau ini...

saya rasa semua rakyat pun dah hafal ayat tu.. kerajaan tinggal nak ulang suara je apa yang dikatakan sebelum2 ni bila kenaikan harga berlaku.. selain kenaikan harga petrol, rakyat mungkin juga akan berhadapan dengan kenaikan harga minyak masak.. kerajaan dah nafikan tapi ironinya minyak masak makin 'pupus' di pasaran.. adakah nanti 'kepupusan' yang dianjurkan pihak pengedar ini yang akan memaksa kerajaan menaikkan harga minyak masak, wallahualam.. yang pastinya rakyat yang tetap jadi mangsa walau apa pun berlaku!

rasanya kenaikan2 harga sebegini hanya akan menurunkan 'saham' Barisan Nasional sahaja di mata rakyat.. jangan nanti rakyat menerima "BN = Barang Naik" sama hebat dengan rakyat menerima 1Malaysia.. pilihanraya umum khabarnya nak dekat, BN sepatutnya jaga saham mereka..

tentang Ron97 ni saya boleh terima sebab memang kerajaan dah apungkan harganya.. tapi tentang barang2 lain.. saya tak sempat nak menulis tentang kenaikan harga gula dan petrol Ron95 bulan lalu, jadi saya suarakan dalam entri kali ni.. tentang penyelerasan subsidi, saya faham kalau kerajaan kata subsidi semakin membebankan mereka dan mahu rakyat bantu kerajaan dalam hal itu dengan sama2 menanggung kos subsidi.. tapi yang saya tak faham mana perginya wang 'penjimatan' daripada penyelarasan subsidi berkenaan..

itu sebenarnya yang buat rakyat marah sebab rakyat tak nampak ke mana wang tersebut pergi.. bukan sedikit.. setiap penjimatan atau kata lain kenaikan harga barang memberikan berbilion 'keuntungan' kepada kerajaan... kerajaan kata wang itu digunakan untuk pembangunan itu dan ini, tapi saya rasa seeloknya wang tersebut dinyatakan dalam laporan yang lebih jelas dan terperinci ke mana ia pergi.. sekurang2nya rakyat tahu! sekarang ni rakyat tak tahu dan sebab itu ramai buat andaian sendiri.. yang hangat diperkatakan konon kenaikan itu dan ini adalah untuk mengumpul dana untuk merealisasikan cita2 PM nak buat menara 100 tingkat.. hmmm tu orang lain kata bukan saya kata! :)

ramai yang melenting bila harga Ron97 naik, tapi rasanya kebanyakan yang melenting tu pakai Ron95 je sebab Ron97 ni kebanyakan orang kaya2 pakai dan orang kaya tak kisah pun harga naik ke apa, duit banyak... tapi kalau makin lama makin tinggi naik, orang kaya pun boleh jatuh miskin...


P/s: Memang kami tak faham pengapungan harga. Memang kami tak faham faham erti penyelarasan subsidi. Memang kami rakyat bodoh itu semua.

Tapi ingat, kami yang beri anda undi. Itu yang perlu anda kerajaan faham.


TAHUN 2011 AKAN ‘DIMERIAHKAN’ DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Jika rakyat tidak memprotes dari awal, kita akan melihat tahun baru ini menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan. Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini. Maka beberapa perkara berikut perlu saya katakan;

1. Pihak kerajaan; jika mereka tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang bererti slogan 1Malaysia: ‘rakyat didahulu’ bermaksud rakyat yang didahulukan dalam menanggung beban hidup, sedangkan golongan pembesar negara dan istana terus kemewahan dan pelbagai peruntukan, mereka dikemudiankan.

2. Golongan agama; jangan menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad. Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai ‘kerakusan’ sesetengah golongan atasan. Ceramah dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam ‘social justice’ yang tidak seimbang. Para penceramah jangan sekadar ‘guna agama untuk cari makan’, tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan.

3. Golongan peniaga; mereka wajib beretika dalam perniagaan mereka. Kerakusan peniagaan akan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka.

4. Media massa; hendak pro-aktif menentang usaha kenaikan harga barang ini. Golongan yang menindas rakyat bawahan ini hendaklah dikecam dan didedahkan bahaya mereka kepada masyarakat.

5. Rakyat; Pastikan anda menjadi pembeli yang bijak dalam memilih kedai atau pasaraya. Di samping itu, anda juga mesti menjadi pengundi yang bijak yang bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan ‘mengumpulkan’ kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja.

1 comments:

Anonymous said...

Hari ke Giant ... minyak habis .. olive oil ader lah ... minyak org kaya2 ... tu nak naik harga lagi lah tu ...

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List