BN menuju kehancuran: MCA dan Umno bercakaran lagi.....

on Apr 26, 2011


WarkahDaily – Kalau dah lama sangat dah, ianya boleh gugur dengan sendirinya seperti buah yang sudah teramat masak tapi tak mahu dipetik oleh sesiapa (sebab tak suka), bila dah ranum, jika tak dipetik, lama-kelamaan ia akan gugur sendiri ke bumi dan jatuh pulak tidak boleh memberi sedikit pun manafaat kepada manusia lain.

Alangkah hinanya bila terjatuh sambil ianya pecah dan hancur serta keluarnya bau busuk yang amat sangat.

Barisan Nasional (BN), jika dulunya ramai rakyat di negara ini yang dimomok dengan ungkapan khurafat, konon hanya BN mampu memerintah di negara ini. Sehinggakan ada menyangka BN sentiasa relevan dan terus menerus menjadi pilihan rakyat, lebih-lebih yang banyak percaya dengan tahyul konon BN sahaja pandai memerintah.

Cerita tahyul hanya BN yang boleh mampu memerintah, kini semakin menerima realiti parti yang memerintah Malaysia sejak merdeka hingga kini sedang berantakan sesama sendiri.

MCA mahu rakyat Malaysia pulaukan Utusan Malaysia. | foto milosuam.blogspot.com
Siapa sangka, parti yang disangka kuat dan utuh itu, hanya akan runtuh kerana diri sendiri.

Parti komponen sudah mula hilang kepercayaan dengan BN. Masing-masing sudah mula berani menggertak dan menekan kepimpinan BN kerana ketidakpuasan hati atas ketelanjuran Umno yang mengetuai BN dalam isu perkauman yang kini semakin kuat dicanang selepas keputusan pilihanraya Sarawak baru-baru ini menujuk penanda aras, pengundi Cina telah menolak BN.

Isu ini diungkit oleh media rasmi milik Umno, Utusan Malaysia iaitu meminta tuannya (Umno) untuk mengetuai satu gagasan rasis ’1Melayu, 1Bumi’ kerana kaum Cina sudah tidak mengenang budi kerajaan BN selepas menolak parti itu dalam pilihanraya Sarawak.

Konsep 1Melayu, 1Bumi’ yang diilhamkan akhbar Umno itu jelas sekali mahu meminggirkan kaum Cina dan ianya bersifat tidak menghormati hak rakyat termasuk kaum cina membuat pilihan calon disukai. Padahal tiada pun paksaan atau perjanjian, kaum Cina wajib memberi undi hanya kepada BN sahaja. Ini hasil didikan pemikiran kolot dan otak sempit yang diajar pemimpin Umno terhadap rakyatnya di negara ini.

Kini, komponen BN, MCA telah mula menyatakan tidak puas hati dengan tindakan akhbar rasmi Umno itu seolah-olah mahu menghukum kaum itu selepas tidak memberi undi kepada BN.

MCA dilaporkan telah menggesa akhbar umno, Utusan Malaysia dipulaukan kerana mencadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' yang dianggap oleh MCA sebagai menghalalkan diskriminasi kaum.

Timbalan Ketua Publisiti MCA Loh Seng Kok berkata, konsep itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi (undi PR bukan undi parti kerajaan) dengan membuat pilihan semasa pilihan raya.

Padahal apa yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jelas sekali bertentangan dengan apa yang diilhamkan akhbar Umno berkenaan.

PM minta rakyat Malaysia bergerak atas landasan 1Malaysia (semua kaum) tapi Umno pulak melalui akhbar rasminya telah meminta dibuat pula 1Melayu, 1Bumi (hanya kaum Melayu dan Bumiputera sahaja) kerana mahu menghukum kaum Cina yang menolak BN dalam pilihanraya.


Muhyiddin pertahan perkauman Utusan Malaysia. | foto FMT
Kelihatan kini, pimpinan komponen dalam BN terus bercakaran apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat cuba membela apa yang diilhamkan akhbar Umno itu.

Konon, desakan boikot MCA terhadap akhbar Umno itu tidak akan berkesan sama sekali.

"Soal baca ke tidak, ini hak individulah. Kalau dia nak buat, buatlah. Tetapi saya tidak fikir ini berkesan. Ia tidak akan berkesan sama sekali.

"Lagi orang kata jangan baca, lagi orang hendak baca. (Mereka tertanya-tanya) pasal apa? Takutkah?" katanya.

Sambil itu, Muhyiddin turut menafikan akhbar Umno itu mahu mencetuskan huru-hara dan perkauman.

"Saya tak fikir niat Utusan atau media lain hendak menghancurkan negara. Kalau dia berbuat demikian, sudah lama tercetus huru-hara.

"Dan hanya satu surat khabar... cukupkah dia sehingga mencetuskan huru-hara?" soalnya yang juga menteri pelajaran.

(pandai pulak Muhyiddin cakap, satu surat khabar sahaja belum cukup untuk cetus huru-hara…habis, kenapa akhbar Harakah disekat pengeluarnya? Itu satu aje, itu pun nak takut ke?)


http://warkahdaily.blogspot.com





0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List