JIKA PERLU POLIS AKAN DEDAHKAN......???

on Apr 26, 2011


Video Seks :- Polis akan dedah identiti si pelaku pada kepada umum sekiranya perlu.....???




Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan “si pelaku” dalam video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar dipetik media hari ini.

“Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan,” kata beliau dipetik Bernama Online.

“Bagi pihak kami (polis) siasat dahulu, apabila sampai masanya polis akan beritahu siapa pelakunya dan kita masih siasat kes ini di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” katanya selepas Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara di sini pada hari Selasa.

Ditanya mengenai sebab Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan, Khalid menegaskan bahawa ia merupakan prosedur biasa dalam melengkapkan kertas siasatan sesuatu kes.

“Kita dah siapkan kertas siasatan itu, sudah tentu kita akan hantar kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara. Sekiranya dia (Peguam Negara) melihat terdapat perkara-perkara yang belum jelas pada kertas siasatan itu i akan dipulang semula kepada kita.

“Dengan ini kita akur dengan apa jua arahan yang diberikan pada kita. Ini proses biasa dan kemungkinan kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada Peguam Negara minggu ini,” katanya.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai “Datuk T” di Carcosa Seri Negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Mengenai perkembangan kes kematian pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, Khalid berkata Peguam Negara masih meneliti kertas siasatan yang telah diserahkan pada Jumaat lepas.

“Kita masih lagi menunggu beberapa laporan-laporan dari pakar yang belum siap sepenuhnya sebelum Peguam Negara boleh buat keputusan,” katanya.

Video Seks: Polis Akan Dedahkan 'Si Pelaku' Sejurus Sebelum PRU13 ?

SUBANG: Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan "si pelaku" dalam video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.
"Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan. - MStarOnline
 
 
EDYES wrote:
 
Tajuk asal berita di atas ialah "Video Seks:Polis Akan Dedah 'Si Pelaku' Sekiranya Perlu". Maka saya fikir, Barisan Nasional akan memerlukan pendedahan siapa 'si pelaku' di dalam video seks tersebut sejurus sebelum PRU13.
 
Mungkin pendedahan mengejut seperti ini akan berjaya menyekat kebangkitan rakyat sepertimana yang mereka lakukan sebelum menempuhi pilihanraya berduri negeri Sarawak. Pembaca utusan pasti akan mempercayai pendedahan tersebut.
 
Dari suatu sudut pula, kita sebagai rakyat telah dipermainkan oleh polis yang bertanggungjawab ke atas kes video seks ini. Sudahlah Trio yang bertanggungjawab menyiar dan menyebar bahan lucah tidak langsung di ambil tindakan, malah sehingga hari ini masih bebas. Lihat betapa kebalnya mereka dari undang-undang Malaysia ketika tidak mempunyai jawatan tinggi dalam parti dan kerajaan, fikirlah bagaimana pula kebalnya pemimpin-pemimpin UMNO yang mempunyai jawatan.
 
Pihak polis akan membuat pendedahan tentang siapa 'si pelaku' dalam klip video seks yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim itu. Tetapi pendedahan hanya akan berlaku sekiranya perlu. Apakah maksudnya perlu? Apa definasi 'perlu'?
 
Polis dah tahu tetapi tak mahu bagitau ? Adakah macam tu??



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List