Menurutnya, salah seorang daripada trio Dato T, Shazryl Eskay Abdullah, yang menayang video itu kepada beberapa wartawan dan beliau sebelum ini, mendakwa video itu dirakam dalam keadaan gelap menggunakan kamera infrared.
“Terdapat tiga bayang yang jelas dalam video berkenaan yang menunjukkan ada cahaya dari arah kamera itu. Ini membuktikan video itu sengaja dirakam dan diketahui individu dalam video berkenaan,” ujarnya ketika ditemui Keadilandaily hari ini.
Johari juga mengulangi bahawa bentuk tubuh badan Anwar sangat berbeza dengan lelaki di dalam video itu seperti perutnya yang lebih buncit dan dadanya (bahagian tetek) yang menggelendur atau berisi.
“Bahagian tetek (dada) Anwar flat, rata. Tidak berisi seperti itu,” ujarnya.
Sementara itu, blogger eyesdot.com mengemukakan beberapa bukti bahawa video itu sengaja dirakam dengan menimbulkan beberapa persoalan termasuk kedudukan meja solek dalam rakaman berkenaan.
“Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari televisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv?
“Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil,” ujarnya.
Menurutnya, pada saat ke 0.29 hingga 0.32 rakaman video itu, lelaki kedua yang berpakaian penuh dilihat memegang dua alat kawalan jauh.
“Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan ‘record’,” ujarnya.
Beliau turut mempersoalkan tulisan berbahasa Thailand yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa bermaksud nama sebuah jalan di Bangkok, Thailand.
“Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand.
“Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran.
“Justeru itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala Lumpur sepertimana didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambi Chik? Masihkah anda percaya dengan Trio pembawa fitnah jahat?,” tulisnya.
Perkara Yang "Menyakitkan" Pimpinan Umno..
Siapa punya kerja apabila Klip video seks fitnah muncul di Internet dua hari selepas polis mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah tulen.
Sehubungan itu dalam kenyataan Nik Nazmi Pengarah Komunikasi PKR yang mengemukakan enam persoalan, antaranya mengapa bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik BN di Carcosa Seri Negara.
“Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Datuk T,” katanya lagi.
Oleh itu kata beliau, adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha Umno-BN untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan Umno khususnya bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Datuk T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan dalam video tersebut (bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011’. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?” katanya lagi.
“Mengapa Umno diam membisu tentang pandangan tiga mufti, Dr Juanda Jaya (Muftri Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Mufti Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Mufti Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, (Mufti Perak) Tan Sri Harussani Zakaria juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.
“Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?” kata beliau.
Nik Nazmi seterusnya berkata sudah sampai masanya rakyat menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara ini.
“Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita.
“Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela. Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama,” kata beliau yang juga Adun Seri Setia.
http://btmmari.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment