PKR Parti Arogan......Berubah Lah Demi Masa Depan.

on Apr 18, 2011





Eloklah PKR melakukan muhasabah dan melihat mengapakah parti itu dilihat sebagai arogan dan ingin membolot pembahagian kerusi, terutama sekali dengan SNAP. Dalam politik, parti memerlukan pengundi; bukan sebaliknya. Persepsi arogan tidak bagus dan saya percaya sedikit sebanyak ia menyumbang kepada kegagalan PKR untuk menang besar di Sarawak.

Saya melihat kemenangan PKR di dua kawasan DUN Sarawak bukanlah sesuatu yang luar biasa. Baru Bian sudah lama di Ba'kalalan dan beliau cukup popular di kalangan rakyat utara Sarawak, terutama dalam isu-isu tanah NCR. Lawannya, Willie Liau "calon misteri" Ba'kalalan selepas calon pilihan pertama (tak perlu saya sebutkan nama di sini), menolak, adalah muka baru. Di Batu Lintang, PKR menang di kawasan tradisi DAP selepas kedua-dua parti bertukar kerusi (DAP mendapat balik kawasan DUN Padungan, dan PKR menyingkirkan wakil rakyatnya, Dominique Ng).




INI APA LAK......

Mungkin kerana sedap hati agaknya, seorang pemimpin kanan PKR sibuk tweet menonton perlawanan bolasepak Arsenal di luar negara dalam tempoh tidak sampai 24 jam PKR tewas di 94% (46 dari 49) kerusi yang ditandinginya. Mungkin kerana seronok menonton bolasepak di luar negara, dia lupa bagaimana perasaan kecewa calon, pemimpin dan penyokong PKR di pedalaman Sarawak.

sedutan dari minda Nobisha



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List