BERTEMU KEMBALI..........

on May 31, 2011

HIDUP SETELAH MATI........



Terkurung selama 19 hari dalam IJN amat menyiksakan aku. 6 Mei 2011 aku dimasuk kan ke wad kenanga IJN untuk pemereksaan lanjut. 10 Mei 2011 hari yang ditunggu tunggu......CABG.....CORONARY ARTERIAL BYPASS GRAFT. Dalam bahasa harian bypass operation....

OK kita bertemu lagi......



MAKLUMAN

on May 5, 2011


Kepada para pengunjung blog maemahi.blogspot.com dimaklumkan bahawa blog ini akan berhenti operasi nya mulai hari ini sehingga diberitahu kelak.

Insyaalah Panjang Umur Kita Jumpa Lagi.....Terima Kasih.

KEADILAN JELAJAH SELANGOR TAWAN MALAYSIA.......

on May 2, 2011

PETALING JAYA: KEADILAN Selangor akan melancarkan siri Jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas) bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat mengenai situasi politik semasa dan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, program jelajah di seluruh negeri itu merupakan inisiatif untuk memulakan gerak kerja bagi terus memastikan Selangor kekal di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Jelajah Selangor tawan Malaysia ini adalah siri penerangan dan satu permulaan jelajah yang dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama bermula pada 7 Mei dan berakhir pada 5 Jun dan fasa kedua bermula pada 7 Jun hingga 5 Julai,” ujarnya ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN petang tadi.

Menurutnya, Program Jelas yang melibatkan seluruh cabang di Selangor itu diadakan dengan kerjasama sayap KEADILAN iaitu Angkatan Muda, Wanita dan Srikandi.

“Ada tiga penerangan khusus yang akan kita berikan, Pertama berkenaan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua mengenai perancangan dan hala tuju kerajaan Selangor untuk memperkasa kerajaan negeri Selangor dan menggerak langkah ke Putrajaya dan ketiga penerangan mengenai isu-isu semasa,” ujarnya yang juga Adun Seri Muda.

Siri Jelajah itu akan dilancar di Stadium Bangi pada 14 Mei yang turut melibatkan program solat hajat dan pidato khas Dari Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Tambah beliau, jelajah selama 27 hari dan 27 malam itu akan menyaksikan terdapat kawasan yang mengadakan tiga atau empat program sekaligus terutama di kawasan yang besar.

Ia katanya, bagi membangkitkan suasana dan mood pilihan raya.

“Kita berharap dengan siri seluruh agenda merakyatkan ekonomi Selengor kita akan bawa bersama. Setakat ini 17 agenda Merakyat Ekonomi yang kita telah laksanakan tetapi tidak semua rakyat tahu. Dengan sesi ceramah ini, kita akan memberikan penerangan apa yang telah kerajaan negeri lakukan sepanjang tempoh tiga tahun mentadbir Selangor,” ujarnya.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, program jelajah Selangor akan menjadi satu platform untuk meneyerang kembali Umno-BN yang mengangkat politik lucah bagi menghentam Pakatan Rakyat.

“Kita lihat satu keadaan di mana BN Umno amat terdesak apabila membawa agenda lucah dan politik kotor. Kita akan gunakan program ini untuk memusingkan dan memastikan senjata makan tuan. Kita akan gunakan siri jelajah ini untuk menikam Umno-BN dengan politik kotor mereka.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan Selangor, Haniza Talha pula berkata, pihaknya memberi tumpuan khusus kepada golongan wanita yang membentuk hampir 50 peratus pengundi di Selangor.

Selain menjelaskan program Merakyat Ekonomi Selangor, siri jelajah itu juga memberi peluang kepada rakyat mendengar penjelasan dari Pakatan berhubung pelbagai isu.

“Saya lihat Isu berkaitan video juga memberi kesan kepada pengundi wanita. Kita akan turun untuk memberikan penjelasan yang sebenarnya” ujar beliau.




Utusan pecat Hata Wahari

on





Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akhirnya dipecat majikannya Utusan Melayu (M) Berhad setelah didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan syarat perkhidmatan yang ditetapkan.

Dalam surat yang ditandatangani Pengurus Besar Sumber Manusia Mohd Nazlan Osman bertarikh 21 April lalu, keputusan memecat Hata dibuat dengan mengambilkira keputusan siasatan dalaman terhadapnya.

"Setelah mengambilkira faktor-faktor yang dikemukakan semasa siasatan dalaman dijalankan serta keadaan sekeliling tuduhan tersebut, syarikat tiada pilihan lain melainkan membuat keputusan tuan dibuang kerja serta merta, berkuatkuasa dari tarikh surat ini dikeluarkan," surat lapan halaman itu dipetik.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan, Hata dibenarkan merayu kepada pengarah eksekutif Utusan dalam tempoh 14 hari selepas surat pemecatan dikeluarkan.

Wartawan kanan yang berkhidmat di Utusan sejak 1995 itu juga diminta memulangkan segala harta benda syarikat milik Umno itu dengan segera.

Hata sebelum ini menghadapi lapan pertuduhan berdasarkan kenyataannya yang disiarkan dalam Malaysiakini, akhbar The Sun dan dua lagi portal berita.

Hata juga sebelum ini sering mengutarakan pandangan yang lantan berhubung isu pemilikan akhbar Utusan Malaysia, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' dalam kepengarangan akhbar berkenaan.

Hata bagaimanapun bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian.

Pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - 

mkini


Agenda Syaitan !!!

on




IMEJ Osama Bin Laden SYAHID

on

Wajah Osama Bin Laden yang ditunjukkan Pakistani TV selepas serangan tentera Amerika Syarikat di kediaman mewah di Pakistan.


Osama Bin Laden telah terbunuh oleh serangan ketenteraan U.S. selepas pencarian selama sedekad bagi membalas serangan 9 / 11, menurut pendedahan Presiden Barack Obama hari ini.

Pemimpin Al Qaeda berumur 54 tahun itu terbunuh semalam dalam satu pertempuran dengan angkatan-angkatan  tentera Amerika di sebuah tempat persembunyian rumah  istimewa bernilai $1million kira-kira 60 batu ke utara Islamabad di Pakistan.

Pakar-pakar mengenalpasti mangsa korban menggunakan teknik-teknik pengenalpastian wajah dan mebjalankan ujian DNA, keputusan ujian akan diperolehi beberapa hari akan datang.

Pegawai-pegawai U.S. memberitahu CNN bahawa tubuh Osama bin Laden telah disemadikan di dalam laut supaya menghalangnya daripada dikuburkan dan menjadi makam untuk pelampau-pelampau Islam.


Lokasi persembunyian Osama Bin Laden, yang juga tempat serangan tentera Amerika Syarikat dan tentera Pakistan.


Imej kediaman Osama ketika dibedil oleh serangan tentera Amerika Syarikat.



Pergi jahanam Amerika Syarikat laknatullah dan sekutu-sekutunya!!. AMIN.


 


SUMPAH Anwar Ibrahim......

on





Sumpah, saya tak bohong.
Memang betul saya kena tala dalam jel.
Tergelincir tulang belakang saya.
Tapi dah OK sikit, tu yang Madey berbulu, pasai tulang belakag dia pulak yang herot.

Sumpah.
Dulu bijik mata ni lebam kena debik dengan IGP.
Bukan buat sendiri dengan cawan. Rapidah Aziz apa tau. Pi try cekup mata dia dengan cawan tengooook...

Serupa jugak dengan Alhantuya, mana mungkin dia letupkan diri  sendiri.
Serupa jugak Beng Hock, gila ka cekik diri sendiri?
Serupa jugak Sarabaini, tak kan pak imam ni tak tau terjun dari tgkt 3 membahayakan kesihatan?

Sumpah.
Madey tu bukan Melayu, dia pun dah mengaku... thee he he
Dia tu suka makan kari... thee he he
Hujung minggu gerenti kari kambing... thee he he
Lepas pekena kari kambing, terlentang bawah kipas depan ruang tamu, bukak baju tinggal kain pelikat bai... tinggal kain pelikat wa cakap lu. KAH KAH KAH!


Kemudian dia bantai cakap Urdu kat anak dia;
" डे, गर्म बकरी का एक बहुत कुछ! कासी प्रशंसक भी संख्या 5!"
"Dey, banyak panas ini kambing! Kasi kipas angin nombor 5 juga!!"




Video Lucah: PKR alu-alukan saman Hishamuddin.....

on



Parti Keadilan  Rakyat mengalu- alukan hasrat  Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein  menyaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas mengaitkan Menteri Dalam Negeri itu kepada video seks 'Datuk T'.

Naib Presiden PKR, N. Surendren berkata langkah Hishamuddin itu hanya akan membuka pekung di dada mengenai konspirasi Umno-BN untuk mengaibkan Anwar dan memaksa beliau berundur dari politik.

"Kalau Hishammudin nak teruskan saman, itu terpulang pada dialah. Kita tahu bahawa pada 1998 UMNO BN buat konspirasi yang melibatkan badan kehakiman, melibatkan polis untuk mengaibkan dan memenjarakan dan memusnahkan kerjaya politik Anwar," kata Surendren.

Pertengahan Mac lalu, 'Datuk T' yang merangkumi  bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim mengaku menayangkan video seks kepada sekumpulan wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara.

Anwar berkata gandingan Datuk T tentunya tidak dapat menayangkan video lucah itu secara terbuka tanpa perlindungan polis dan restu daripada Umno.

Susulan itu, video berkenaan disebarkan menerusi Internet dan kini dikirimkan menerusi pos kepada pihak-pihak tertentu.

Selain daripada itu, pihak tertentu juga menayangkan video berkenaan di balai raya di seluruh negara  dan kepada peserta Biro Tata Negara. Risalah-risalah mengenai video itu juga diedarkan namun tidak mengundang sebarang tindakan daripada polis.  

Seorang pegawai kanan polis juga dilaporkan telah memberi taklimat kepada guru-guru di Kelantan untuk menyakinkan sektor awam bahawa Anwar adalah pelaku video itu.
   
Pada masa sama, belum ada tindakan diambil terhadap Datuk T, sungguhpun Anwar membuat penafian beliau adalah orang dalam rakaman itu dan telah membuat laporan polis.

Sebaliknya Peguam Negara meminta polis untuk mengambil keterangan tambahan daripada Anwar yang tidak ada sangkut paut dengan laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pembangkang itu.

Surendran menegaskan Hishammudin seharusnya menjawab mengapa wujud banyak konspirasi mahu menjatuhkan Anwar sejak beliau dipecat dari Umno dan kerajaan BN.  

"Kenapa ada kospirasi sejak dari tahun 1998. Kenapa ada sodomi 1, sodomi 2, sekarang fitnah video seks. Adakah Hishammudin berani beri kenyataan bahawa pihak kerajaan dan polis tidak terlibat ?,"

Surendren menambah, dokongan luar biasa rakyat terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat menggerunkan UMNO BN.
"Datuk Seri Anwar hendak membawa perubahan dan pembaharuan kepada negara dan menghapuskan rasuah dan kronisme." 

Surendren juga menolak tuduhan rapuh Hishammudin bahawa Anwar bertindak mengaitkan dirinya dengan konspirasi video berikutan tidak mampu menjawab soalan wartawan berhubung isu itu.

"Beberapa sidang media telah diadakan. Penjelasan cukup penuh telah diberi mengenai video seks dan mengenai semua aspek. Semua sudah diterangkan. Berkali- kali kepada semua media," katanya lagi.


Bertafakur Sebentar Untuk Seberang Perai....???

on


Bagi yang malas nak baca artikel english macam aku, tentu ramai yang terlepas pandang artikel macam kat bawah ni.

Bagi yang belum baca lagi, aku harap hangpa baca tanpa prejudis, terutama sekali kalau hangpa aktivis PR Penang.

Kalau isu macam ni boleh diselesaikan insyaallah lagi banyak DUN PR boleh menang terutama sekali Dun majoriti melayu termasuk yang calon PAS banyak bertanding.


Arshad Khan
HARAKAHDAILY EXCLUSIVE. 

Spare a minute's silence mourning for this part of Penang, as our photo-journalist ARSHAD KHAN describes how people in a residential apartment setting in Seberang Perai go on with their daily lives surrounded by the most revolting sights of filth. And to know how and where they have learned such behaviour is anyone's guess, judging by a school nearby, which also calls for a minute of silence at the demise of civility, or the end of humane life, and at our failure as a nation.


Seberang Perai is part of Penang and occupies a narrow hinterland on the mainland.

FACADE ... Behind this ordinarily impressive exterior  (pic above), lies the answer to our apathy

To the uninitiated, this town constitutes part of the parliamentary constituency of Permatang Pauh represented by Anwar Ibrahim. The state representative here from Barisan Nasional, who challenged Anwar during the latter's official political comeback in August 2008.



Enough for the political background. Now let us get to the more important reality.

The exterior of this residential apartments look impressive, but hidden within is the pathetic story of how Malaysians are treated everywhere when it comes to providing good and liveable housing.

To compare these pigeonhole quarters to animal housing is actually not appropriate description. Countries that built such housing boards in the sixties, more intimately Singapore, have long replaced them with better facilities, higher quality and larger ones because they managed their finance better.

These two high-rise flats are about a hundred metres away from Sekolah Menengah Kebangsaan Prai, which is a picture of filth and a shame to the education philosophy of this country. It is highly possible a big chunk of students are from these 'flats', or whatever they call them.


DIRTY SCHOOL ... The school with all its filthy surroundings (see pic above). Also spotted is a banner (left) announcing a 'motivational programme' co-organised with the Adun

The chairman of flats' board was quite speechless when I enquired how such affairs could occur around a school. He collected himself and sadly related that what I was seeing was nothing compared to the flats at the back.
After visiting the place, I have decided to call these high rise buildings sewage tanks!

LITTER DRAIN ... Damaged, abandoned, but 'decorated'.

Why shouldn't I? 20 to 30 metres from the flats’ ground floor, I could smell human waste and urine, and thought some sewage tanks could have leaked. A bystander confirmed my suspicions; he said many sewage pipes were damaged and the discharge leaked into the courts and into corridors.

Sprays of water fell from higher floors being washed. By this time a man who claimed to be chairman of the board chipped in that when corridors are washed, water would flow down like mini showers, as there are no proper drainage.
Strange, I thought, how could the buildings be certified for human dwelling then or was it certified fit, a CF given before they were occupied.

FEE FOR FREE? ... Maintenance fee is collected and this is the result

The management collects 'maintenance' fee without maintenance. I smell something fishy; either the local council here is in cahoots with the management or the management has some powerful connections!
The man claiming to be chairman of the board said he had made complains without any response and that the ADUN, Arif Shah, had never stepped into their area. Methinks local councils and not politicians should resolve problems, though politicians could assist.

The two buildings are a picture of litter, tattered packed garbage, and kitchen refuse, leftover and small discarded materials were flung over from higher floors into the courts. Even awnings were littered.


SEWAGE RAIN ... When the sewage tanks leak, residents reap the 'reward' of the sewage aroma

Drains around the flats were damaged, some sunk, clogged with garbage and stagnant water. There was a large garbage container on the exit end but much of the garbage bags were placed outside. The perimeter fence was heaped with piles of garbage accumulated for years.

Snapping photos of the courts had to be very fast for no outsider could withstand the pong and sight. The soles of my shoes collected moist, along the pong into my car. I had to wash the soles of my shoes at a petrol kiosk, including rubber floor sheet of my car. What a way to live!

Can anyone sleep in such an environment? Well, as I have said, if one is born on garbage heaps, they do not mind continuing living there, as they have for the past many years.

A stall blocks the entrance to the residential flats

Could the residents get together and agree upon some ways to keep their compounds tidy and clean, that no one should litter?
If there are no large garbage containers, at least the residents could buy smaller ones for their flats and empty them in a corner to burn instead of throwing around. They should also refuse to pay the management.

This place is just a time bomb, some cash to the residents and they will please ‘anyone’. I am saying it many times, the politicians are redundant; the civil service is experienced enough and has good knowledge in administrating any areas so long politicians do not lay their hands.

There are countries that have progressed without political government for months with no hitches. Of course many people would say that is an utopia. But if man can think, then his thoughts can be realised. 


source: 
http://en.harakahdaily.net      

Hari Pekerja Vs Hari mengerjakan Amah......???

on


Ketika Robengah sedang bekerja di rumah Menteri Kabinet Malaysia, Datuk Rais Yatim, beliau kononnya telah dikerjakan ‘Rais’ secukupnya, namun nasib kami yang mendedahkan kes jenayah di bawah Seksyen 376 hampir sinonim dengan Lim Guan Eng yang dipenjarakan kerana membela gadis 15 tahun yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Melaka ketika itu.

Robengah adalah salah seorang daripada ratusan ribu warganegara Indonesia yang bekerja secara sah di negara ini yang menjadi mangsa penderaan seks majikan, namun kesnya istimewa kerana yang didakwa melakukannya adalah Menteri Kabinet atau VVIP.

Kesinambungan daripada itu, hidup Robengah bagaikan terpenjara kerana kebebasannya terkawal sekalipun telah kembali ke kampung halaman kerana sentiasa menjadi buruan media; sedangkan polis Malaysia masih terpinga-pinga dengan laporan yang dibuat oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 5 Januari 2011; berbanding dengan tindakan mereka memburu pengendali portal Malaysia-Today untuk mendapatkan keterangannya.

Jika polis menjalankan tugas, mereka sewajarnya memanggil Robengah ke Kedutaan Malaysia di Jakarta untuk merakamkan keterangan bersumpahnya dan jika benar Rais Yatim yang merogolnya; tidak kira baru atau lama, harus didakwa di mahkamah.

Namun polis Malaysia sejak zaman Tun Haniff Omar, memang suka mengerjakan orang dan dalam masa yang sama terlalu malas bekerja sehingga Tun Haniff berani mengeluarkan kenyataan bahawa lebih separuh polis Malaysia boleh ditangkap atau penjara tanpa bicara kerana melakukan rasuah dan cuai menjalankan tugas.

Sempena Sambutan Hari Pekerja pada tahun ini dengan temanya, ‘Pekerja Merealisasi Transformasi Negara’ yang diilhamkan Bapa Transformasi Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak; sewajarnya mentransformasikan Rais menjadi ‘Banduan’ di penjara jika beliau didapati bersalah dengan tuduhan yang dibuat oleh Wikileak dan Migrant Care, tetapi didiamkan oleh Tenaganita.

Kes rogol tidak boleh diselesaikan dengan penafian atau saman malu; sebaliknya dibicarakan di mahkamah kerana Malaysia masih mengamalkan undang-undang dan sebagai Menteri Kabinet dan salah seorang penggubal undang-undang, Rais sewajarnya menurut lunas undang-undang sebagaimana para pemimpin BN mengerjakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.

Umum sudah sedia tahu bahawa ada pihak yang cuba menutup mulut ‘Robengah’ dan keluarganya untuk menyatakan kebenaran, namun oleh kerana CCTV Tuhan tidak pernah padam, ada pihak yang menemui Sabahkini untuk mendedahkan bukti dan sanggup menjadi saksi demi menyelamatkan ‘maruah’ Robengah yang dirobek tanpa rela oleh menteri yang berkuasa menentukan untung nasibnya di negara orang.

Selain Robengah, lebih 30,000 warganegara Indonesia telah dijadikan buruh paksa di Gugusan Ladang Felda dan Felcra di Sabah, bukan sahaja tidak dibela, malah turut ‘diperdagangkan’ oleh Konsulat Jenderal mereka sejak sekian lama.


Mutalib MD




Tinjauan Pendapat Dari Blog MSO....

on

2 May 2011



Pada pendapat anda apakah kesan yang berlaku apabila video lucah mengaitkan Anwar Ibrahim di sebar di seluruh dunia?


Jauhi mikrofon ini.....agar tidak tertipu !

on



Setelah gagal dengan video lucah, UMNO ubah pula strategi mereka. Kali ini fokuskan kepada isu ajak PAS dan DAP masuk BN.


Peliknya, mereka tidak ajak pula PKR turut sertai BN.


UMNO ajak DAP masuk BN dalam situasi MCA dan GERAKAN semakin terpinggir dari hati orang Cina. Dalam masa yang sama kedua parti kompenen BN itu meluahkan kebencian terhadap perangai rasis UMNO.


Dulu PAS dianggap UMNO sebagai pelampau manakala DAP sebagai chauvanis Cina.


Hakikatnya saham PAS semakin melonjak. UMNO melihat PAS dikaca mata orang bukan Melayu semakin mendapat sokongan. DAP pula semakin rakan dengan PAS.


Ini membahayakan UMNO.


UMNO mengajak DAP masuk BN sebagai isyarat kepada MCA dan GERAKAN bahawa kedua parti tersebut sebagai liabiliti (biawak hidup) kepada UMNO. Jelasnya isyarat itu ialah UMNO boleh hidup dan memerintah Malaysia tanpa MCA dan GERAKAN.


Dalam masa yang sama UMNO ajak PAS masuk BN dan tinggalkan berjuang bersama DAP kerana DAP tidak bawa misi Islam. Ini adalah untuk lagakan PAS dengan DAP dan PKR.


Sedaya upaya UMNO mahu PAS tinggalkan Anwar Ibrahim. Sebab itulah kes video ini, mereka cuba lagakan pimpinan PAS sesama sendiri dan juga dengan pimpinan PKR.


Lihat tajuk berita dalam media barua mereka. Semuanya berbaur adu domba.


Selepas ini, UMNO akan lagakan pimpinanan PAS pula . Lebih-lebih lagi menjelang Muktamar yang diadakan pemilihan. Harap pimpinan PAS "jauhi" mikrofon media UMNO.

Pimpinan PAS kena sedar dan ingat, Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, Metro, Kosmo, TV3, TV9 semuanya media barua UMNO.

Buat apa kita mahu layan mereka? Bukankah mereka ini versi moden " Abdullah bin Ubai bin Salul" ???




Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List