Hari Pekerja Vs Hari mengerjakan Amah......???

on May 2, 2011


Ketika Robengah sedang bekerja di rumah Menteri Kabinet Malaysia, Datuk Rais Yatim, beliau kononnya telah dikerjakan ‘Rais’ secukupnya, namun nasib kami yang mendedahkan kes jenayah di bawah Seksyen 376 hampir sinonim dengan Lim Guan Eng yang dipenjarakan kerana membela gadis 15 tahun yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Melaka ketika itu.

Robengah adalah salah seorang daripada ratusan ribu warganegara Indonesia yang bekerja secara sah di negara ini yang menjadi mangsa penderaan seks majikan, namun kesnya istimewa kerana yang didakwa melakukannya adalah Menteri Kabinet atau VVIP.

Kesinambungan daripada itu, hidup Robengah bagaikan terpenjara kerana kebebasannya terkawal sekalipun telah kembali ke kampung halaman kerana sentiasa menjadi buruan media; sedangkan polis Malaysia masih terpinga-pinga dengan laporan yang dibuat oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 5 Januari 2011; berbanding dengan tindakan mereka memburu pengendali portal Malaysia-Today untuk mendapatkan keterangannya.

Jika polis menjalankan tugas, mereka sewajarnya memanggil Robengah ke Kedutaan Malaysia di Jakarta untuk merakamkan keterangan bersumpahnya dan jika benar Rais Yatim yang merogolnya; tidak kira baru atau lama, harus didakwa di mahkamah.

Namun polis Malaysia sejak zaman Tun Haniff Omar, memang suka mengerjakan orang dan dalam masa yang sama terlalu malas bekerja sehingga Tun Haniff berani mengeluarkan kenyataan bahawa lebih separuh polis Malaysia boleh ditangkap atau penjara tanpa bicara kerana melakukan rasuah dan cuai menjalankan tugas.

Sempena Sambutan Hari Pekerja pada tahun ini dengan temanya, ‘Pekerja Merealisasi Transformasi Negara’ yang diilhamkan Bapa Transformasi Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak; sewajarnya mentransformasikan Rais menjadi ‘Banduan’ di penjara jika beliau didapati bersalah dengan tuduhan yang dibuat oleh Wikileak dan Migrant Care, tetapi didiamkan oleh Tenaganita.

Kes rogol tidak boleh diselesaikan dengan penafian atau saman malu; sebaliknya dibicarakan di mahkamah kerana Malaysia masih mengamalkan undang-undang dan sebagai Menteri Kabinet dan salah seorang penggubal undang-undang, Rais sewajarnya menurut lunas undang-undang sebagaimana para pemimpin BN mengerjakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.

Umum sudah sedia tahu bahawa ada pihak yang cuba menutup mulut ‘Robengah’ dan keluarganya untuk menyatakan kebenaran, namun oleh kerana CCTV Tuhan tidak pernah padam, ada pihak yang menemui Sabahkini untuk mendedahkan bukti dan sanggup menjadi saksi demi menyelamatkan ‘maruah’ Robengah yang dirobek tanpa rela oleh menteri yang berkuasa menentukan untung nasibnya di negara orang.

Selain Robengah, lebih 30,000 warganegara Indonesia telah dijadikan buruh paksa di Gugusan Ladang Felda dan Felcra di Sabah, bukan sahaja tidak dibela, malah turut ‘diperdagangkan’ oleh Konsulat Jenderal mereka sejak sekian lama.


Mutalib MD




0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List