Yang bangsawan.....

on May 2, 2011

Mereka begitu yakin bahawa Pakatan Rakyat musnah jika Anwar Ibrahim dimusnahkan

Nicole: You are in a mosque and you are taking an oath to condemn another fellow Muslim and watched by hundreds of Muslims... and yet you say, God is 'Maha Ampun', 'Maha Penyayang'.

And the best of all, you say you were there when the sexual intercourse took place. Why don't you, as a true Muslim, stop the act in the first place.

But like a professional pimp, you watched the whole show and fixed up someone. Wake up, my dear brothers. Stop this, once and for all.

____________________________

Itulah komen seorang pembaca dalam laman Malaysiakini versi Inggeris.  Kata pembaca ini kepada Eskay: Kau berada dalam masjid, kau mengangkat sumpah menuduh@cerca seorang lagi saudara Muslim kamu dan semua peristiwa ini diperhatikan oleh ratusan Muslim lain namun kau masih lagi berkata, “Tuhan Maha Pengampun, dan Maha Penyayang.”

Dan yang terbaik sekali,  kamu berada di sana tatkala projek seks itu sedang dijalankan.  Kenapakah, kamu sebagai Muslim sejati, tidak hentikan projek bejat ini?

Sebaliknya kamu bertindak sebagai Bapa Ayam tulen, kamu nikmati seluruh episod ini semata-mata untuk memerangkap seseorang. 

Bangunlah wahai saudara-saudaraku, bangunlah!!!  
   
Kita hentikan semua ini buat selama-lamanya.

ii.

Sebagai strategi politik, regime sedia ada ini TIDAK lagi dapat mengharapkan sokongan orang-orang bukan Melayu, khususnya orang-orang Cina.   

Ini bermakna mereka mestilah mendapatkan sokongan padu orang-orang Melayu dengan mengapi-apikan perasaan orang-orang Melayu. 

Lihatlah segala perbuatan mereka.  Lihatlah betapa gilanya akhbar mereka dalam melaksanakan projek mahu mengaut sebanyak mungkin sokongan Melayu ini.

Dalam seluruh episod gerak kerja ‘mempertahankan Putrajaya walaupun berkecai daging dengan tulang’ dan ‘sehingga ke titisan darah yang terakhir’ terdapat beberapa pemerhatian:

Bahawa perebutan kuasa dalam Umno itu tersangatlah sengit.  Sesungguhnya perebutan ini menjadi sedemikian sengitnya kerana ada orang yang sedang menyusun strategi supaya hiraki penurunan kuasa dalam kalangan elit kuasa ini dapat diletakkan ke landasan yang betul dan juga  dipercepatkan.

Ada orang yang mahu melihat zuriat dan keturunannya dan juga para bangsawan ini terus kekal di tampuk kekuasaan.

Semua ini mestilah disusun-letak dengan pasti kerana segala kerja rompakan mereka masih lagi belum selesai sepenuhnya.

Untuk itu ada penghalang yang mesti disingkirkan jauh-jauh dan ― dengan  secepat yang mungkin pula.  Orang yang datang dari kelompok rakyat biasa  dan bukannya dalam kalangan para bangsawan tidak layak memimpin negara ini.   

Hanya yang Umno, yang beranak dalam kalangan elit bangsawan saja yang layak menjadi pemimpin negara ini.
  
iii.

Orang-orang Melayu mestilah disedarkan dengan beberapa hakikat: 

Bahawa di mata para elit bangsawan ini, orang-orang Melayu para jelata itu, hanyalah mangkuk hayun yang tak punya apa-apa makna.

Bahwa para Kutty yang telah disonglap menjadi bangsawan, adalah jauh lebih layak memimpin negara ini.

iv.

Orang-orang Melayu dan seluruh penduduk asal negara ini, di seluruh negara mestilah disedarkan dengan hakikat ini.

Hakikatnya ialah Umno itu parti yang mesti berketuakan para bangsawan. 

PM 1Malaysia telah menyatakan demikian tatkala membandingkan PKR dengan UMNO. 



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List