PETALING JAYA: KEADILAN Selangor akan melancarkan siri Jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas) bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat mengenai situasi politik semasa dan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, program jelajah di seluruh negeri itu merupakan inisiatif untuk memulakan gerak kerja bagi terus memastikan Selangor kekal di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
“Jelajah Selangor tawan Malaysia ini adalah siri penerangan dan satu permulaan jelajah yang dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama bermula pada 7 Mei dan berakhir pada 5 Jun dan fasa kedua bermula pada 7 Jun hingga 5 Julai,” ujarnya ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN petang tadi.
Menurutnya, Program Jelas yang melibatkan seluruh cabang di Selangor itu diadakan dengan kerjasama sayap KEADILAN iaitu Angkatan Muda, Wanita dan Srikandi.
“Ada tiga penerangan khusus yang akan kita berikan, Pertama berkenaan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua mengenai perancangan dan hala tuju kerajaan Selangor untuk memperkasa kerajaan negeri Selangor dan menggerak langkah ke Putrajaya dan ketiga penerangan mengenai isu-isu semasa,” ujarnya yang juga Adun Seri Muda.
Siri Jelajah itu akan dilancar di Stadium Bangi pada 14 Mei yang turut melibatkan program solat hajat dan pidato khas Dari Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Tambah beliau, jelajah selama 27 hari dan 27 malam itu akan menyaksikan terdapat kawasan yang mengadakan tiga atau empat program sekaligus terutama di kawasan yang besar.
Ia katanya, bagi membangkitkan suasana dan mood pilihan raya.
“Kita berharap dengan siri seluruh agenda merakyatkan ekonomi Selengor kita akan bawa bersama. Setakat ini 17 agenda Merakyat Ekonomi yang kita telah laksanakan tetapi tidak semua rakyat tahu. Dengan sesi ceramah ini, kita akan memberikan penerangan apa yang telah kerajaan negeri lakukan sepanjang tempoh tiga tahun mentadbir Selangor,” ujarnya.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, program jelajah Selangor akan menjadi satu platform untuk meneyerang kembali Umno-BN yang mengangkat politik lucah bagi menghentam Pakatan Rakyat.
“Kita lihat satu keadaan di mana BN Umno amat terdesak apabila membawa agenda lucah dan politik kotor. Kita akan gunakan program ini untuk memusingkan dan memastikan senjata makan tuan. Kita akan gunakan siri jelajah ini untuk menikam Umno-BN dengan politik kotor mereka.
Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan Selangor, Haniza Talha pula berkata, pihaknya memberi tumpuan khusus kepada golongan wanita yang membentuk hampir 50 peratus pengundi di Selangor.
Selain menjelaskan program Merakyat Ekonomi Selangor, siri jelajah itu juga memberi peluang kepada rakyat mendengar penjelasan dari Pakatan berhubung pelbagai isu.
“Saya lihat Isu berkaitan video juga memberi kesan kepada pengundi wanita. Kita akan turun untuk memberikan penjelasan yang sebenarnya” ujar beliau.
1 comments:
panass baru dilancarkan, undi di sini http://mari-mengundi.blogspot.com/
Post a Comment