KUALA LUMPUR, 22 JULAI: Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menggesa rakyat untuk sama-sama turun padang dan menamatkan gejala politik perkauman, rasuah dan kronisme yang semakin deras memusnahkan segala kejayaan negara yang didirikan sebelum ini.
“Warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama..jangan lagi berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif.. terhadap buruk laku dan keadaan dashyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku setiap hari di depan mata kita,” kata beliau.
“Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral budaya, undang-undang dan perlembagaan ..akan hancur dan musnah,” tambah beliau.
Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata demikian ketika melancarkan Angkatan Amanah Merdeka, sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk memupuk “Semangat Malaysia Baru” demi menghapuskan kepincangan dalam sistem politik negara.
Dalam ucapan setengah jam, Ku Li selaku Presiden Amanah, mengimbau masalah-masalah yang melanda negara ini, khususnya hubungan kaum yang semakin rapuh akibat tindakan pihak yang mempunyai agenda politik peribadi lagi sempit.
“Saya memerhatikan dengan hati amat gusar..perhubungan kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan perbuatan sesetengah pihak dan orang perseorangan yang secara terang-terangan dan barangkali dengan sengaja, merosakkan institusi-institusi perpaduan di negara ini,” kata beliau.
Beliau menegaskan bahawa “kehilangan” semangat perpaduan yang mewarnai kehidupan rakyat sebelum ini adalah petanda jelas bahawa “tentu ada sesuatu yang sangat tidak betul berlaku dalam cara kita memerintah atau mentadbir negara ini.”
“Maka saya katakana masa sudah tiba untuk kita mencegah dan memberhentikan perkembangan yang menurun dan merosot ini. Janganlah kita teruskan sindrom penafian terhadap keadaan ini untuk menutup kebenaran atau reality sebenar,” tambahnya.
Beliau berkata orang Melayu dan juga kaum lain di negara ini tidak berjiwa perkauman atau rasis tetapi menjadi mangsa manipulasi oleh pihak-pihak tertentu.
“Mereka dimanipulasi oleh pihak-pihak berpentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak secara komunalis, iaitu bersifat perkauman,” tegas beliau.
“Bagi orang Melayu, sikap seperti itu amat bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang Islamik, mereka cenderung ke arah bersikap rasis (dan) berbalik ke zaman Jahiliah,” kata beliau.
Ku Li yang juga mantan Menteri Kewangan selain ahli kerabat diraja Kelantan, berkata rakyat yang mewakili suara pertengahan tidak lagi boleh bersikap menyepi untuk mengelak risiko kontrantasi dengan pihak berkuasa.
Sikap sedemikian perlu di kikis kerana “kalau kita menyepi dan tidak berbuat apa-apa , padahnya amat buruk dan keadaan itu tidak dapat dipulihkan,” tambah beliau.
“Inilah masanya saudara sekalian dan saya sendiri dengan tegas menolak perbuatan rasuah besar-besaran dan perpecahan kaum yang sedang berlaku sekarang. Dalam sejarah Malaysia belum pernah timbul keadaan da ketika yang lebih mendesak daripada masa ini untuk kita bangkit menentang keadaan yang buruk ini,” tegas Ku Li.
Ku Li berkata rekod Malaysia sebagai kuasa ekonomi Asia pernah lebih baik daripada negara-negara seperti Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura.
Namun pada hari ini prestasi ekonomi Malaysia merudum dan Kuala Lumpur kini dibandingkan dengan negara-negara seperti Kemboja, Myanmar dan Filipina.
“Malaysia diberkati dengan sumber kekayaan ..tetapi malangnya disebabkan kelemahan pengurusan dan rasuah, kemajuan kita kini sedang menurun dan merosot,” jelas beliau.
Ku Li menegaskan bahawa rakyat mahukan perubahan dan menggesa semua pihak untuk mendokong perjuangan AMANAH demi menyelamat negara daripada kehancuran.
“Kita boleh dan kita akan berikar untuk berpegang kepada prinsip integriti dan kita tidak boleh gagal dalam usaha kita ini untuk mengembalikan nilai-nilai teras dalam membina kehidupan perpaduan dan sikap menerima satu sama lain,” kata Ku Li.
-tvsnews-
1 comments:
Jam di Syurga
Ada serombongan manusia yang sedang menunggu masuk di pintu syurga. Mereka dipanggil masuk satu persatu oleh pejabat malaikat yang bertugas di sana.
Di dinding belakang tergantung puluhan jam dinding sebagaimana layaknya yang terlihat diLapangan Terbang saja. Tetapi ada perbezaannya dengan jam yang ada di dunia ini. Kalau jam di dunia menunjukkan kedudukan masa yang berbeza-beza untuk pelbagai negara tujuan, jam dinding di syurga juga berbeza kelajuan putarannya.
Salah seorang yang agak bingung bertanya kepada malaikat di sana.
"Hi .. malaikat, mengapa jam-jam ini putarannya berbeza-beza," tanya manusia tersebut kepada malaikat.
"Oh itu, jam yang tergantung di sana menunjukkan tahap kejujuran pejabat pemerintah yang ada di dunia sewaktu anda hidup," jawab sang malaikat.
"Semakin jujur pemerintahan di negara anda,jam negara Anda ada di sini semakin lambat.Sebaliknya semakin korup pejabat pemerintah negara anda, maka semakin cepat pula putaran nya,"kata sang malaikat.
"Cuba lihat," kata sala seorang yang sedang yang sedang memerhati jam-jam tersebut kepada yang lainnya, "jam Philipina berputar kencang. Bererti memang benar Marcos banyak korupsi tu."
"Itu lagi ... itu lagi ...!!!!" seru yang lain, "Jam Congo, negara nya Mobutu Seseseko berputar tidak kalah cepat dari jam Philipina."
Mereka semua terlihat asyik memerhati putaran jam-jam tersebut. Tapi mereka mencari-cari, dimana gerangan jam Malaysia. Salah seorang dari mereka memberanikan diri menanyakan kepada malaikat tadi.
"Hi .. malaikat, dimanakah gerangan jam Malaysia?" tanya manusia tersebut.
"Oh, jam Malaysia ... Kami letak di belakang dapur. kerana sangat sesuai dijadikan kipas angin,"jawab sang malaikat
Post a Comment