Kapal Pesiaran £3 Bilion Milik Jutawan Dari Malaysia

on Jul 22, 2011


Kapal Pesiaran £3 Bilion Daripada Emas Milik Jutawan Dari Malaysia





Seorang ahli perniagaan dari Malaysia telah menempah dan memiliki sebuah kapal pesiaran supermewah di dunia. Kapal berharga US$ 3 bilion itu diperbuat daripada emas solid dan platinum!
Bukan itu saja, dinding kapal ruang utama menggunakan bahan terpilih yang amat sukar dicari di muka bumi, iaitu tulang dinosaurus T-Rex dan batu meteor. Bahkan kapal milik jutawan yang identitinya dirahsiakan itu juga memiliki sauh daripada emas padat.

Kapal yang dinamakan 'History Supreme' itu memerlukan masa selama tiga tahun oleh pembuat perhiasan dari Liverpool,  Stuart Hughes. "Projek ini menggunakan 100 ribu kilogram emas dan platinum. Semua bahan di kapal pesiaran ini, termasuk dek dan ruang makan diperbuat daripada logam emas," ungkapnya.
Ia menambahkan, projek pembuatan kapal pesiaran emas adalah pekerjaan paling sukar dalam kariernya. Pembinaannya memerlukan waktu tiga tahun untuk merancang termasuk izin pembuatan dengan menggunakan bahan teristimewa.(ULF). 


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List