Showing posts with label Hal Umum. Show all posts
Showing posts with label Hal Umum. Show all posts

Jin pun ada Twitter

on Jul 5, 2013



JIN memuat naik gambar ingin bergaul dengan MANUSIA?

Akaun Twitter yang dibuka satu 'jin' mencetuskan kegamatan di talian.


Pemilik akaun itu mendakwa dia 'jin tulen dan sukakan keamanan, menetap di Arab Saudi serta ingin berkenalan dengan manusia'.

Akaun jin itu mempunyai gambar keluarga dan tempat yang dikatakan dirakam 100 tahun lalu.

Sebahagian gambar yang dimuat naik menunjukkan kawasan ladang lama di Yaman yang didakwa pemilik akaun itu 'seperti syurga 90 tahun lalu' Jumlah pengikut akaun itu kini melebihi 100,000. 

Akhbar Saudi berbahasa Arab, Ajel mula menyiarkan apa yang dianggapnya salinan akaun Twitter yang mendakwa dia adalah jin. 

Akaun itu tertulis : 'Saya ialah jin tulen' Ia juga berkata "Kepada semua manusia, saya jin pertama menggunakan Twitter. Mungkin ada di kalangan anda beranggapan saya berpura-pura. Sebenarnya saya memang jin tulen dan anda akan melihat keajaiban pada akaun Twitter saya pada masa datang" 

Mesej itu seterusnya berbunyi: "Saya adalah jin tulen yang ingin menjadi saudara kepada semua manusia. Saya sukakan keamanan dan tidak mahu mencederakan sesiapa. Saya suka bergaul dengan manusia dan mengetahui tingkah laku mereka. Saya tinggal di sebuah rumah terbiar di Arab Saudi".

Menurut Akhbar itu, seorang pembaca cuba menghubungi akaun itu menggunakan nama palsu. Bagaimanapun, dia dikenal pasti dengan serta-merta pemilik akaun berkenaan. 
"Dia menyebut nama saya sepenuhnya, alamat tempat tinggal saya dan juga nama bandar. Saya terkejut lalu membaca ayat-ayat suci" kata pembaca itu.

Harian Metro - Isnin 10 Jun 2013


Photobucket

'Kg. Myanmar' Pasar Harian Selayang perlu dibersih...!

on Jun 15, 2013




Melangkah masuk ke kawasan Pasar Harian Selayang yang bersempadan antara ibu negara dan Selangor di bahagian utara terasa seperti berada di sebuah perkampungan di Myanmar.

Mana tidaknya, boleh dikatakan setiap sudut kawasan tersebut termasuk yang berniaga di dalam pasar dipenuhi warganegara itu, baik yang muda hinggalah ke pertengahan umur.

Warga tempatan yang sering berurusan di situ menyifatkan pekerja asing tersebut seolah-olah tidak berkurangan biarpun serbuan sering dilakukan oleh pihak berkuasa.

Begitu juga keadaannya dengan Pasar Borong Kuala Lumpur yang terletak di seberang jalan. Perasaan tidak selamat sering menghantui warga tempatan setelah beberapa kali melihat pergaduhan sesama warga Myanmar sehingga ada yang meragut nyawa.

Difahamkan, biarpun jarang orang tempatan terlibat dengan pergaduhan tersebut, lagak warga Myanmar yang seperti 'abang besar' yang mengancam dan mengganggu ketenteraman warga tempatan di situ amat menggusarkan mereka.

Malah, tinjauan wartawan Utusan Malaysia di pasar tersebut juga dibuat dengan berhati-hati kerana terasa gerak-geri kami seolah-olah diperhatikan oleh 'samseng-samseng' Myanmar, mungkin kerana mereka menyangka kami pegawai imigresen.

Ketika mahu merakamkan gambar sekitar kawasan itu juga, kami terpaksa berpura-pura untuk mengambil gambar longkang yang berada di sekitar kawasan itu terlebih dahulu.
Namun, gambar bahagian dalam pasar tidak berani dirakamkan memandangkan pengunjung tidak begitu ramai ketika itu.

Baru-baru ini, sebanyak 21 daripada 102 warga Myanmar yang diperiksa dalam operasi oleh Jabatan Imigresen di Pasar Harian Selayang ditahan kerana mereka melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki dokumen sah, salah guna permit kerja dan menetap lebih masa.

Bagaimanapun dalam operasi bermula pukul 3 pagi itu, beratus-ratus warga terbabit yang dipercayai menjadi pembantu kedai di pasar tersebut berjaya melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran trak pihak berkuasa.

Malah mereka sanggup membahayakan nyawa dengan melarikan diri ke arah jalan raya sebelum menyusup ke dalam semak dan kawasan lombong berdekatan.....  sumber


Komen :-

Warga asing, tak kira Myanmar ke atau Indon atau Banglasia,semakin ramai kerana operasi pihak berkuasa macam melepas batuk ditangga!!! Kita tak serius...dan lagi satu..sebab ada pengkhianat yg membocorkan rahsia operasi itu..itu sebab bila serbu, tak ramai yg kena tangkap. Sempat lari sebab depa ni dah standby! Lagi pulak, kita tiba dng lori jabatan...10 batu lagi depa dah nampak..!! Tak ada taktik langsung...!! Yang memburukkan lagi ialah rasuah..itu sebab bila kena tangkap..aik kita tengok tak luak pun pendatang ni..masyukkkkk!!!...lepas semula!! Pihak berkuasa...pleaselah..be serious in your operation and do it strategically and repeatly!!!

sumber :- http://pahangdaily.blogspot.com/2013/06/kgmyanmar-pasar-harian-selayang-perlu.html#ixzz2WFX1edxO


Photobucket

"Saya ceraikan dia dengan talak tiga"

on Jul 16, 2012



PASIR MAS: “Dia yang cabar saya suruh saya ceraikan dia dengan talak tiga,”ujar Yahya Ibrahim, 82 (gambar) ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Kubang Badak, dekat sini pagi tadi.

Pada masa yang sama katanya,  bekas isterinya yang juga penyokong tegar Umno, Che Hasnah Che Ahmad, 61, bukan sahaja menolak perjuangan PAS, sebaliknya menghina Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jelasnya, sepanjang 14 tahun perkahwinan keduanya dengan Che Hasnah selepas kematian isterinya, beliau tidak pernah berselisih faham dengan bekas isterinya.

Bagaimanapun, penghinaan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di samping menuduh mengundi PAS berdosa besar beliau tidak boleh bertolak ansur lagi, apa lagi bekas isterinya ‘mencabar’ supaya menceraikannya.

Harakahdaily mengambil pendekatan untuk mengetahui penjelasan sebenar berhubung perkara itu dari Yahya, memandangkan kes perceraian mereka telah tersiar dalam media arus perdana pro Umno termasuk media cetak.

Ianya berikutan kenyataan yang hanya melalui Che Hasnah, semata-mata, tanpa mengetahui kisah sebenar dari bekas suaminya.

Kes perceraian mereka juga turut dibahas hangat dalam laman social facebook dan twitter yang bersandarkan PAS menjadi dalang kepada perceraian itu.

Yahya yang merupakan bapa kepada 8 orang anak (semuanya dari isteri pertama) mengakui isterinya adalah aktivis Umno.

“Malah beliau menjadi guru al-Quran pun dipilih oleh Umno dan dibayar gaji, saya tidak kisah tentang itu walaupun sejak awal lagi kami berlainan politik.

“Tetapi sejak akhir-akhir ini dia begitu mencabar, mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap perjuangan PAS, dia juga sudah tidak hormatkan saya lagi, apa hukumnya keluar rumah atau pergi ke suatu tempat yang suami tidak suka.

“Malah saya bimbang kalau-kalau perkataannya yang begitu keterlaluan itu boleh terkeluar aqidah. Anak-anak dan cucu yang mendengarpun menggeleng kepala kerana tidak sanggup mendengarnya,”ujarnya.
Yahya turut memberitahu, isterinya keluar menyertai program Datuk Dr Hassan Ali, bagaimanapun Che Hasnah merahsiakannya.

“Dia hanya memberitahu pergi program cabutan bertuah, tetapi selepas dua hari baru saya tahu perkara sebenar dan memang saya marah sebab dia tipu saya.

“Saya tak kisah kalau dia pergi belajar tajwid walaupun bergurukan orang Umno, bersesuaian dengan dia sendiri mengajar al-Quran,”ujarnya.

Sambungnya, perceraian itu turut mendapat sokongan saudara mara yang terdekat termasuk abang kepada bekas isterinya itu, Ustaz Che Hussin.

Akibat perselisihan faham semakin tidak dapat dikawal, beliau terpaksa berpuasa dua hari untuk mengurangkan ketegangan yang dicipta isterinya sendiri.

Akhirnya, pada 11 Julai lalu, mereka sah bercerai di Mahkamah Pasir Mas setelah perceraian mereka didaftarkan pada 26 Jun lalu.

Imam Tua Mukim Chetok, Zulkifli Awang (gambar atas kiri), yang juga merupakan saksi nikah mereka sebelum ini memberitahu, sebelum mereka bercerai, beliau sebagai orang tengah turut menasihati Che Hasnah agar kembali pada Yahya.

“Bagaimanapun Che Hasnah enggan dan saya tidak boleh berbuat apa-apa, jadi saya serahkan semula kes itu kepada mereka beruda untuk membuat keputusannya,”ujarnya yang turut hadir pada pertemuan itu.


Photobucket

KEBURUKAN COKE DAN PEPSI

on Oct 8, 2011



Rasanya dah lama memo ini tersebar tentang kelebihan air coke dan kemudaratannya untuk perut dan kesihatan manusia terutama kaum perempuan. CIk puan2 yang rasa2 ingin menjaga keterampilan diri untuk suami dan bakal2 suami sila2 berhenti dari minum air bergas ini. Jom baca apa kelebihan dan keburukan.

"Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke" 

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta. 

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal! 

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. 

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni! 

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....

Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. 

Dia nak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. 

Menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa acidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies, pls stop drinking & buying coke & pepsi.

Nota
Bukan orang muslim sahaja yang gemar minum pepsi dan coke tetapi seluruh dunia yang beragama lain juga gemar minum bergas ini. Tapi apa yang diceritakan dalam note panjang ini ada benarnya kerana aku setiap kali cuba meneguk air coke atau pepsi ini tekak aku macam nak tercabut. Perit semacam. Lepas di perahkan limau kasturi gas itu baru sedikit hilang namun rasanya sudah bertahun2 tidak menjamah air coke pepsi ini. 

Kita jadikan ini sebagai peringatan dan amaran. Jika tidak baik untuk kesihatan lebih baik berhenti.



Photobucket

MAKIN RAMAI SUAMI DIDERA ISTERI

on Sep 25, 2011


Bilangan suami menjadi mangsa dera isteri semakin membimbangkan, malah aduan diterima meningkatkan sejak kebelakangan ini.Fenomena itu didedahkan Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Fadhlina Siddiq pada majlis mesra Aidilfitri Wadah-Abim-PKPIM, di sini, semalam.Menurutnya, jika dulu lelaki adalah pelaku dalam banyak kes dilaporkan, tetapi kini penderanya wanita.
“Abim pusat kerap menerima laporan golongan suami yang mengadu diri mereka dicederakan oleh isteri.
“Ada kes dirujuk kepada pihak kami apabila suami mengadu dipukul isteri menggunakan objek keras seperti batang pengelap lantai dan mangga kunci.
“Secara tidak langsung kami melihat ia sebagai penanda aras banyak kes keganasan rumah tangga kini dilakukan kedua-dua pihak. Ini kerana isteri hilang rasa hormat dan tak takut kepada suami, menyebabkan isteri berani menggunakan kekerasan,” katanya.
Beliau juga mengatakan, jika dulu penderaan dalam rumah tangga hanya tertumpu kepada emosi, sekarang ia cenderung kepada penderaan fizikal dan keganasan seksual.
Menurutnya, kursus pasca perkahwinan perlu diadakan dan bukan mengharapkan kursus praperkahwinan semata-mata bagi membantu mengukuhkan institusi kekeluargaan.
“Pasangan perlu kaji semula aspek merangkumi komunikasi, pengurusan ekonomi keluarga dan ikatan kasih sayang setiap lima tahun mereka mendirikan rumah tangga.
“Ia selaras dengan peredaran masa kerana kemungkinan komitmen akan bertambah berat selepas keluarga mula berkembang,” katanya.
Katanya, ini mengakibatkan pasangan tidak dapat mengimbangi tanggungjawab sedia ada dan akhirnya menimbulkan konflik dalam hubungan dan seterusnya menyumbang kepada berlakunya peningkatan kes perceraian.
Usaha Abim membantu pihak berkenaan ialah dengan melancarkan program pembangunan komuniti (Tanmiyah al Mutafakkir).
“Melalui program aduan panggilan telefon meminta khidmat nasihat dalam mendapatkan perlindungan mengenai isu keganasan rumah tangga akan diteliti kumpulan peguam syariah Abim.
“Secara tidak langsung, ini satu usaha menjadikan program ini pusat sehenti Muslim iaitu rujukan dan perlindungan dalam membantu mangsa kes sebegini,” katanya.


Photobucket

Kapal Pesiaran £3 Bilion Milik Jutawan Dari Malaysia

on Jul 22, 2011


Kapal Pesiaran £3 Bilion Daripada Emas Milik Jutawan Dari Malaysia





Seorang ahli perniagaan dari Malaysia telah menempah dan memiliki sebuah kapal pesiaran supermewah di dunia. Kapal berharga US$ 3 bilion itu diperbuat daripada emas solid dan platinum!
Bukan itu saja, dinding kapal ruang utama menggunakan bahan terpilih yang amat sukar dicari di muka bumi, iaitu tulang dinosaurus T-Rex dan batu meteor. Bahkan kapal milik jutawan yang identitinya dirahsiakan itu juga memiliki sauh daripada emas padat.

Kapal yang dinamakan 'History Supreme' itu memerlukan masa selama tiga tahun oleh pembuat perhiasan dari Liverpool,  Stuart Hughes. "Projek ini menggunakan 100 ribu kilogram emas dan platinum. Semua bahan di kapal pesiaran ini, termasuk dek dan ruang makan diperbuat daripada logam emas," ungkapnya.
Ia menambahkan, projek pembuatan kapal pesiaran emas adalah pekerjaan paling sukar dalam kariernya. Pembinaannya memerlukan waktu tiga tahun untuk merancang termasuk izin pembuatan dengan menggunakan bahan teristimewa.(ULF). 


ZAHIR YANG TAK GAMBARKAN BATIN

on Jul 20, 2011


PADA 9 Julai lalu, kira-kira 10,000 penyokong Bersih berhimpun dan berdemonstrasi di pelbagai tempat di pusat bandar Kuala Lumpur. Jumlah mereka itu tiba-tiba menjadi ramai menjelang tengahari. Walhal pada awal pagi membawa ke jam 11.00, para penyokong Bersih seolah-olah tidak kelihatan.

Tentu sekali kesemua mereka tidak terlepas dari sekatan dan pemeriksaan polis. Namun, oleh kerana sebahagian besar daripada mereka tidak menunjukkan tanda-tanda yang mereka penyokong Bersih, misalnya dengan memakai baju kuning, mereka dilepaskan daripada sekatan sehinggalah mereka muncul beramai-ramai dengan pakaian biasa.

Seminggu kemudian pada 16 Julai pula, dalam perlawanan Malaysia dan Liverpool di Stadium Bukit Jalil, para peminat Liverpool melebihi mereka yang menyokong pasukan Malaysia. Daripada lebih 60,000 penonton pada malam itu, hampir 90 peratus stadium dipenuhi dengan mereka yang berpakaian merah. Setiap kali pemain Liverpool menyumbat gol, para peminat mereka bersorak sorai. Namun, apabila para pemain Malaysia pula menjaringkan gol, para peminat Liverpool juga yang terkinja-kinja kesukaan. Malah, sorakan dan tepukan mereka semakin kuat menggegar dan menggaung.

Meskipun tidak berpakaian kuning, mereka yang berarak pada 9 Julai adalah para penyokong Bersih. Walaupun masih berpakaian merah, warna pasukan Liverpool, mereka yang menyaksikan perlawanan bolasepak pada 16 Julai itu sebenarnya adalah para penyokong tegar pasukan Malaysia.

Apakah gambaran daripada kedua-dua senario ini? Zahir tidak gambarkan batin. Apa yang terlahir, yang diucap, dikata mahupun yang dipamer, ia mungkin sama sekali berbeza dengan apa yang ada di hati si empunya diri. Inilah gambaran cara pemikiran kita yang kian kompleks pada hari ini. Fikiran, pandangan dan pendirian kita bukan lagi hitam atau putih semata-mata. Malah, dalam banyak ketika, kita memilih warna kelabu kerana ia lebih pragmatis.

Manusia pada hari ini sudah tidak lagi konsisten daya mental, fizikal dan spiritualnya. Tidak lagi seperti dahulu bilamana seseorang yang kita lihat sudah berusia, psikologinya akan tenang dan sejahtera menghabiskan sisa-sisa hidupnya. Ataupun, tidak akan berulang kembali perangai si remaja di tepi simpang yang bermain gitar pada waktu maghrib apabila dia mendapat kerja menjadi cikgu. Dahulu, orang yang sudah berubah laku jarang sekali kembali kepada sikap sebelumnya.

Tetapi, pada hari ini, seseorang yang berfikiran stereotaip boleh berubah secara tiba-tiba menjadi kritikal. Wanita yang rambutnya berkarat pada hari ini, boleh sahaja memakai tudung pada esoknya dan berpurdah pada lusanya. Orang yang fizikalnya gemuk, boleh jadi kurus dalam masa sebulan tetapi menjadi boyak kembali pada bulan yang berikutnya. Perubahan zahir seseorang yang cepat itu tidak membolehkan lagi kita meneka batin atau isi hatinya.

Perubahan teknologi yang kian pantas inilah yang menjadikan kita manusia lekas bertukar. Berubah citarasa, berubah pendirian malah berubah perangai adalah sesuatu yang kini menjadi kelaziman. Masalahnya, kita sendiri tidak terikut dengan perubahan yang pantas ini sehinggakan zahir dan batin kita tidak selari, malah berkonflik. Ada kalanya zahir kita sudah bertukar, tetapi batin kita tidak mahu ikut. Atau batin kita sudah berubah, sebaliknya zahir kita enggan mematuhi.

Dunia yang sentiasa berubah menjadikan jiwa kita hanyut dalam gelombangnya. Jiwa yang hanyut tidak mungkin dapat mengawal perasaan. Apa sahaja yang paling hampir akan dipaut bagai tidak mahu dilepaskan. Kalau apa yang dijadikan pegangan itu baik, maka selamatlah kita. Jika sebaliknya, kita akan tenggelam dan lemas tanpa sempat kembali ke daratan akal bestari. Kita mungkin sekali akan mengalami konflik personaliti. Menjadi insan bingung tanpa kita sedari.

Bagaimana kita dapat menjajarkan kembali zahir dan batin kita? Yang penting, kita mestilah tahu apa yang kita lakukan. Kita tidak boleh berubah-ubah pandangan, fikiran dan perilaku kerana bertaklid atas desakan sekeliling. Pendirian yang tidak melanggar batas-batas agama akan membantu diri kita berfikir dengan tenang dan konsisten kerana agama itu adalah cahaya penyuluh jalan hidup.

Zahir dan batin yang seiring dan sekata akan terpancar di wajah si empunya diri.





sumber  :-   http://maafcakap.blogspot.com

KALAU BELUM AJAL......

on Jul 7, 2011






Didalam bulatan merah itu ialah seorang pemusnah bom yang tugasnya ialah untuk mematikan bom yang dikatakan berada didalam kereta itu. Perhatikan saat-saat bom itu meletup tanpa dijangka oleh pemusnah bom terbabit.








Apa yang ajaibnya pemusnah bom itu selamat.


TIPAH TERTIPU

on












dengan teknik make up kita mudah tertipu.....



BAHAYA PARACETAMOL @ PANADOL

on Jun 27, 2011



Saya rasa ramai diantara anda yang dah tahu @ pernah terbaca mengenai bahaya PANADOL @ PARACETAMOL.


Kepada yang tak tahu apa itu Paracetamol? Paracetamol ialah ubat tahan sakit yang paling popular di seluruh dunia. Paracetamol sering digunakan untuk mengurangkan rasa sakit kepala, pening, demam, serta dapat mengurangkan sakit gigi, migrain, sakit pinggang dan lain-lain. Paracetamol yang paling dikenali di Malaysia ini ialah PANADOL @ ACTIFAST.



Kopi Buat Wanita Sulit Hamil....

on Jun 7, 2011




Minum kopi membuat wanita lebih sulit hamil, sebuah penelitian menyebutkannya.Ini kerana Kafein, yang terkandung dalam kopi merosak transportasi telur dari ovarium ke rahim, kata para ilmuwan dari Amerika. Penelitian yang melibatkan 9.000 wanita ini menemukan bahawa minum lebih dari empat cawan kopi sehari memotong kemungkinan hamil hingga seperempat kali.

 Penyelidikan terbaru yang dilakukan menunjukkan bahawa kafein menghambat hubungan saluran tuba yang diperlukankan untuk membawa telur ke rahim.
 Kafein mengaktifkan sel-sel alat pam jantung khusus di dinding tabung. Sel-sel gelombang koordinasi kontraksi tabung yang bergerak membawa telur menuju rahim.

Ketua kajian Sean Ward, dari University of Nevada di Reno, AS, mengatakan penemuan ini memberikan penjelasan menarik tentang mengapa wanita dengan meminum kafein tinggi seringkali memakan waktu lebih lama untuk hamil daripada wanita yang tidak meminum kafein.



HANDAL....

on

Hebat...cara unik angkat batu bata




Hebat betul cara dia mengangkat batu bata..
kuat betul leher dan kepala orang ini...
cuba lihat videonya..




KENAPA HANDPHONE JADI MACAM NI.....

on

Jangan simpan handphone di kocek belakang kalau tak nak jadi macam ni






menangis tak berlagu..kalau jadi macam ni


Banyak Yang Palsu Sekarang Ini.....

on Apr 19, 2011

Untuk sesiapa yang ada telur...... 



Sengaja atau tidak, hidup kita memang penuh dengan seribu kepalsuan. Ada duit palsu, ada kad pengenalan palsu. Ada cinta palsu, ada janji palsu. Ada ijazah palsu, cukai jalan palsu, sijil nikah palsu.

Ada bomoh palsu, Ph.D palsu. Selalu juga kita dengar pengakuan palsu. Malah, video seks sepanjang 21 minit itu pun setakat ini masih belum disahkan ketulenannya, mungkin juga palsu
.

Di tubuh kita sendiri banyak yang palsu. Ada gigi palsu bagi mereka yang rongak. Sekiranya malu sebab kepala botak berkilat atau penuh uban, ada rambut palsu. Kalau hendak bergaya tetapi tidak ada duit, boleh pakai jam tangan berjenama palsu.

Bagi wanita, jika tidak yakin dengan wajah asal, boleh sahaja palsukan wajah anda dengan suntikan botox.
 Ada orang tidak mengaku telah dibotoxkan, tetapi yang melihat boleh cam, sebab wajah botox seakan-akan sama.

Hairan juga, wajah sudah cantik apa perlunya suntikan botox? Tetapi bagi orang berduit mereka tidak rasa membazir berbelanja RM ribu-ribu untuk menukar rupa yang tulen menjadi kecantikan palsu.

Apakah benar suntikan tersebut menjadikan wajah bertambah cantik? Tidak semestinya begitu. Sesetengah wanita yang sudah memang asal cantik, menjadi tidak cantik setelah menjalani suntikan. Tetapi mereka tidak yakin yang asli, sebaliknya lebih bangga kepada yang palsu.

Tidak sahaja pada wajah, sudut-sudut lain tubuh juga boleh dipalsukan. Kalau bahagian dada kurang berisi, boleh dipalsukan dengan pembedahan plastik. Ada duit semua boleh jadi. Tetapi bukan semua berjaya.

Masih ingat kes seorang wanita yang tidak puas hati sebab payudaranya kecil? Dia ke ‘klinik pakar’ untuk mendapat rawatan, belanja berpuluh ribu RM. Benar setelah menjalani pembedahan, dia mendapat sepasang payu yang segar.

Tetapi, tidak sampai sebulan dia mengalami kesakitan dan terpaksa dibedah semula. Salah satu dari payunya makin mengecil setiap hari, akhirnya hilang. Dia berbelanja besar untuk memalsukan payunya, akhirnya payu yang dua tinggal satu; yang satu lagi kesep dan rata.

Pinggang yang bentuknya menyakitkan mata dan hati, boleh dipalsukan supaya ramping seperti biola, menerusi pembedahan. Punggung, paha, betis, kaki, lengan, semua boleh diubah dari bentuk asal kepada bentuk palsu yang lebih cantik.

Pendek kata mana-mana sahaja bahagian tubuh kita yang tidak sesuai – dari hujung rambut hingga hujung kaki – boleh diubah kepada bentuk palsu menggunakan pembedahan dan lain-lain kaedah saintifik.

Tidak kira lelaki atau wanita, muda atau tua, tubuh kita boleh dibonzaikan mengikut bentuk yang kita mahu. Bagi mereka yang berduit semua boleh dipalsukan untuk mengabui mata setiap orang.

Kemudian ada Datuk palsu. Apabila Datuk palsu dengan sendirinya Datin pun palsu. Ada orang mencari duit secara mudah dengan memalsukan Datuk. Contohnya seperti yang telah dilaporkan media beberapa hari lalu.

Seorang wanita, 31, dan lelaki, 51, telah menerima bayaran RM50,000 dan RM75,000 daripada beberapa individu sebagai dorongan untuk mendapat anugerah kebesaran bergelar Datuk dari istana.


Pembayaran yang diterima pada 8 Disember 2010 itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 yang dibaca bersama Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Perkara ini telah dibawa ke mahkamah. Bayangkan bagi orang berduit, mereka sanggup membayar harga yang tinggi untuk mendapat gelaran tersebut, tidak kiralah sama ada gelaran yang diterima itu tulen atau palsu. Siapa tahu mungkin sudah ramai Datuk palsu dalam negara kita!

Sekiranya orang sanggup membayar beribu-ribu RM untuk Datuk palsu, Ph.D palsu, kad kredit palsu, pasport palsu, wajah palsu, payudara palsu, jadi apa luar biasanya kita ada telur palsu?

Sekiranya gigi, rambut, bulu mata, paha boleh dipalsukan, tentu sekali telur yang besar sedikit dari bola pingpong itu boleh dipalsukan. Jadi, mereka yang mempunyai telur janganlah gundah gulana atau marah-marah jika mendapati telur mereka adalah palsu.

Jangan fikir yang bukan-bukan, saya bercakap mengenai telur betul, telur ayam. Ada dakwaan bahawa telur tiruan @ palsu berada di pasaran tempatan dan ditemui di beberapa kedai di Pulau Pinang.

S M Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menjalankan kajian mendapati telur palsu mengandungi bahan-bahan yang membahayakan kesihatan. Tetapi Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian awal yang dilakukan mendapati hampir 400 butir telur yang dirampas dari kedai-kedai berkenaan adalah telur tulen, bukan palsu.

Oleh sebab isu telur palsu dihebohkan dalam media dan internet sehari dua ini, makin ramai orang ragu-ragu setiap kali melihat telur.

Jangan terkejut sekiranya sehari dua ini ada pihak tertentu mendesak ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat telur kita!






Apa yang nak dimalukan, semua orang buat macam tu!

on



Setiap kali aku isi minyak kereta di stesen minyak, pasti aku akan lakukan perkara ini. Iaitu  selepas aliran minyak berhenti kerana telah cukup seperti nilai yang di kehendaki, aku akan mengetuk-ngetuk kepala paip minyak tersebut ke dalam lubang tangki.  

Ini adalah bagi memastikan setiap titik minyak yang ada dalam salur tersebut akan masuk ke dalam tangki. Tak nak ianya tertinggal dalam salur tersebut. Kelakuan macam ni Pak Man mula buat semenjak harga minyak naik. Ada orang kata, "Issh....buat malu je...."

Aku cuba perhatikan orang lain yang mengisi minyak di beberapa buah stesen yang berhampiran, rupa-rupa nya ramai lagi orang yang buat macam tu. Jadi, apa nak dimalukan........semua orang buat macam tu! (orang kaya tak ada lah buat perangai macam tu).







kredit :-   manlaksam.blogspot



Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List