JIN memuat naik gambar ingin bergaul dengan MANUSIA?
Akaun Twitter yang dibuka satu 'jin' mencetuskan kegamatan di talian.
Pemilik akaun itu mendakwa dia 'jin tulen dan sukakan keamanan, menetap di Arab Saudi serta ingin berkenalan dengan manusia'.
Akaun jin itu mempunyai gambar keluarga dan tempat yang dikatakan dirakam 100 tahun lalu.
Sebahagian gambar yang dimuat naik menunjukkan kawasan ladang lama di Yaman yang didakwa pemilik akaun itu 'seperti syurga 90 tahun lalu' Jumlah pengikut akaun itu kini melebihi 100,000.
Akhbar Saudi berbahasa Arab, Ajel mula menyiarkan apa yang dianggapnya salinan akaun Twitter yang mendakwa dia adalah jin.
Akaun itu tertulis : 'Saya ialah jin tulen' Ia juga berkata "Kepada semua manusia, saya jin pertama menggunakan Twitter. Mungkin ada di kalangan anda beranggapan saya berpura-pura. Sebenarnya saya memang jin tulen dan anda akan melihat keajaiban pada akaun Twitter saya pada masa datang"
Mesej itu seterusnya berbunyi: "Saya adalah jin tulen yang ingin menjadi saudara kepada semua manusia. Saya sukakan keamanan dan tidak mahu mencederakan sesiapa. Saya suka bergaul dengan manusia dan mengetahui tingkah laku mereka. Saya tinggal di sebuah rumah terbiar di Arab Saudi".
Menurut Akhbar itu, seorang pembaca cuba menghubungi akaun itu menggunakan nama palsu. Bagaimanapun, dia dikenal pasti dengan serta-merta pemilik akaun berkenaan.
"Dia menyebut nama saya sepenuhnya, alamat tempat tinggal saya dan juga nama bandar. Saya terkejut lalu membaca ayat-ayat suci" kata pembaca itu.
Harian Metro - Isnin 10 Jun 2013
0 comments:
Post a Comment