Mat Yo :- 'Saya tidak buang medal'

on Jul 5, 2013


Norshahrul Idlan Talaha

PENYERANG sensasi Johor Darul Takzim (Johor DT), Norshahrul Idlan Talaha menafikan laporan media yang mendakwanya membuang medal ke dalam tong sampah selepas perlawanan akhir Piala FA 2013, Sabtu lalu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Yo memberitahu menyerahkan medalnya kepada salah seorang pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) selepas kecewa apabila pasukan tewas kepada Kelantan dalam aksi berkenaan.

Norshahrul amat berharap dapat membantu Johor DT muncul juara Piala FA sebagai hadiah buat Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut ulang tahun kelahirannya sehari kemudian.

“Sebenarnya, saya beri pingat itu kepada salah seorang pegawai. Saya memang kecewa kerana gagal membantu pasukan raih kemenangan.

“Saya ingin melihat Johor DT menang sebagai hadiah buat Tunku Ismail,” katanya ketika ditemui selepas menjalani latihan di Padang Sri Gelam, Johor Bahru, semalam.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List