TAKUT KEMPUNAN NAK BERTANDING.........???

on Jul 4, 2011

Zaid minta Bersih 2.0 jangan beri BN ruang isytihar darurat, gantung pilihan raya






Presiden parti Kita Datuk Zaid Ibrahim meminta sekretariat Bersih 2.0 agar mempertimbangkan semula rancangan mahu mengadakan perhimpunan Sabtu ini memandangkan pihak berkuasa boleh melakukan apa sahaja termasuk menggantung pilihan raya umum. 

Dalam surat terbuka dihantar kepada Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga, yang diedarkan menerusi laman web parti itu, Zaid berkata, beliau berharap Himpunan Bersih 2.0 tidak diteruskan jika tiada permit polis.


“Pihak berkuasa sudah pun mengatakan bahawa mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menghalang perhimpunan daripada diadakan. Mereka sudah pun menggunakan Ordinan Darurat untuk menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia.


“Saya percaya mereka akan menggunakan hukuman lebih teruk ke atas mereka yang melanggar perintah mereka. Mereka mungkin akan mengisytiharkan darurat. Tidak akan ada pilihan raya umum. Mengapa mesti berikan ruang untuk bertindak begitu?” kata beliau.

Sambil mengakui bahawa sistem pilihan raya ada kecatatan, kata Zaid, “jangan rosakkan peluang terakhir.”


“Meskipun kita bersedia untuk menghadapi polis di jalan, kemudian menghadapi tentera, kita mungkin akan hilang semua. Saya minta timbang semula,” katanya lagi.
Kata Zaid, kerajaan pusat semasa tidak pasti dengan populariti mereka dan jika Bersih 2.0 berjaya dalam menarik kumpulan peserta yang besar bermakna BN bimbang akan tewas dalam pilihan raya umum ke-13.




0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List