Apa Hal Dengan Salleh Majid....?

on Aug 27, 2011




BEKAS Pengerusi BSKL Salleh Majid kesal dengan tindakan Exxon International menjualkan kepentingannya dalam Esso Malaysia kepada syarikat San Miguel dari Filifina. Menurut Salleh sepatutnya Exxon tidak membuat keputusan memandangkan ia sudah lama beroperasi di negara ini dan mendapat banyak keuntungan.

Beliau juga tidak faham dengan tindakan itu dan bertanya apakah masalahnya.

Paling memelikkan kalaupun Exxon hendak melupuskan kepentingannya dalam Esso Malaysia kenapa ia dijual kepada San Miguel sedangkan Tabung Lembaga Angkatan Tentera (LTAT) telah menawar untuk pembelian itu dengan harga paling murah? Kenapa dijual kepada syarikat yang berpejabat di Filifina itu?

Saya tidak tahu apakah Salleh ada maklumat penuh mengenai syarikat San Miguel itu? Setahu saya syarikat itu adalah syarikat arak terbesar di Filifina di mana seorang anak bekas PM negara ini ada saham didalamnya. Saya yakin Salleh tahu hal ini kerana beliau bukan orang kerdil dalam soal bisness antarabangsa.

Kalau Salleh mengetahui maklumat ini beliau tidak akan merasai pelik dengan penjualan kepada syarikat berkenaan dan bukan LTAT. Sudah tentu ia adalah untuk kepentingan bekas PM itu sama. Bila syarikat San Miguel memiliki perniagaan itu maka yang mendapat untungnya ialah bekas anak PM itu. Perkara ini biasa berlaku di Malaysia. Ini dinamakan kronisme. Bekas PM itu juga suka kalau anaknya terus kekal sebagai 10 orang terkaya di Malaysia.

Biasalah bagi manusia yang berfikir hanya tentang hidup di dunia ini maka rekod itu akan dipertahankan kerana itulah kemegahan Qaron. Qoran sangat suka kepada kekayaan dan ia menjadi kufur dengan harta bendanya.

Pemilikan keuntungan untuk individu yang boleh mempengaruhi kerajaan biasa terjadi. Saya percaya dalam hal ini Najib Razak tidak berbuat apa-apa. Mungkin Najib mengingati apa yang pernah menimpa ke atas Anwar Ibrahim kira-kira 15 tahun lalu. Disebabkan Anwar tidak setuju dengan cadangan supaya Petronas "membeli bayar" syarikat salah seorang anak PM yang mengalamai kerugianlah, maka Anwar menerima padah hingga ke hari ini.

Apakah Najib berani untuk berbuat demikian. Jawabnya tidak. Cuba kalau Najib bersuara menghalang penjualan kepentingan Esso Malaysia kepada San Minguel itu sudah tentu Mahathir akan menjerkahnya. Paling menakutkan Najib ialah Mahathir akan melaksanakangrand design bersama Udin anak Yassin untuk menyingkirnya.

Memanglah kalau ikut adat jika penjualan kepentingan Exxon dalam Esso Malaysia itu diberikan kepada LTAT, seluruh bekas anggota tentera yang menjadi ahli tabung itu menikmati hasilnya. Tetapi seperti dikatakan tadi, di negara ini kerajaan lebih menjaga kepentingan individu berpengaruh berbanding dengan kepentingan awam.
Jadi Salleh tidak perlu merasa pelik atau pun buat sengaja pelik di dalam hal ini. Kalau anda mengetahui bagaimana negara ini ditadbir urus dan bagaimana besarnya pengaruh politik anda tidak akan menimbulkan keraguan anda yang dangkal itu.

MSO
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List