RAMALAN DAILY MAIL YANG TEPAT

on Aug 6, 2011

Akhbar ini telah meramalkan tentang telefon bimbit 111 tahun lalu....



PLYMOUTH, Britain - Edisi khas akhbar Daily Mail di Britain yang diterbitkan 111 tahun lalu meramalkan dengan tepat teknologi masa kini seperti penggunaan telefon bimbit, penerbangan pelancong dengan pesawat dan kereta api laju.

Wartawan-wartawan akhbar berkenaan turut meramalkan pembinaan Terowong Selat yang menghubungkan Britain dan Perancis seratus tahun sebelum pembinaan itu dijalankan.

Kesemua ramalan itu kembali mendapat liputan selepas edisi khas berkenaan berada dalam keadaan baik ditemui oleh seorang lelaki John Jenkins, 63, dan isterinya Joyce, 69, di dalam timbunan majalah lama di kediaman mereka di sini.

Ramalan itu diterbitkan dalam edisi cenderamata dikenali sebagai Golden Extra dan menggunakan dakwat emas.

Akhbar tersebut dibeli oleh datuk dan nenek Joyce di London sebelum ia diserahkan kepada mendiang ibunya, Amelia Fry.

Akhbar itu kemudian diserahkan kepada generasi ketiga keluarga berkenaan.

Edisi itu diterbitkan pada 31 Disember 1900 bagi meraikan ketibaan abad ke-20. - Agensi

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List