Malaysiakini Pembohong Mismah BUKAN PENGUNDI
Kecoh pasal si Mismah yang kononnya diberikan warganegara dalam masa 4 jam. Selepas dapat status warganegara, Mismah yang pada awalnya memilik IC Merah (PR) dikatakan sudah didaftarkan sebagai pengundi.
Malaysiakini menyebut Mismah merupakan pengundi berdaftar yang baru. Bermakna Malaysiakini menggambarkan bahawa Mismah telah pun bergelar pengundi yang sah!
Semakan saya mendapati status Mismah yang memiliki kad pengenalan bernombor 670704-71-5238 adalah 'PERMOHONAN YANG SEDANG DIPROSES".
Ini bermakna mengikut rekod SPR Mismah bukanlah pengundi berdaftar sebagaimana digambarkan oleh Malaysiakini.
Saya tidak berpuas hati di situ, saya membuat semakan kedua melalui SISTEM SEMAKAN PEMILIH BAGI ISI RUMAH.
Rekod Mismah yang dikatakan Malaysiakini telah berdaftar sebagai pemilih menunjukkan bahawa rekod berkenaan 'TIADA DALAM DAFTAR PEMILIH' .
Semakan pertama menunjukkan pendaftaran pemilih di bawah nama Mismah dikatakan 'DALAM PROSES' bagi saya tiada salahnya jika benar Mismah telah pun menerima status warganegara dan itu menjadi hak dia untuk berdaftar sebagai pemilih.
Cuma persoalan yang perlu dijawab oleh JPN adalah, benarkah Mismah menerima status warganegara dalam masa 4 jam sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini.
Mengikut undang-undang biasanya proses memohon status kewarganegaraan biasanya memakan masa 6 bulan atau lebih.
Malaysiakini kata Mismah pengundi berdaftar yang sah mengikut rekod SPR tidak benar!!
Malaysiakini juga tidak jujur dalam melaporkan berita mereka kerana permohonan warganegara ada beberapa jenis permohonan yang mana masa pemprosesan sesuatu kelulusan adalah berbeza :
BIL. | JENIS PERMOHONAN | TEMPOH PERMOHONAN DIPROSES |
1. | Permohonan Lengkap Pengesahan Taraf Warganegara Permohonan Pengesahan Taraf Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya | 6 bulan |
2. | Permohonan Warganegara Permohonan untuk menjadi Warganegara Malaysia diproses dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat sebelum dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri untuk keputusan. Nota:Tempoh 12 bulan tidak termasuk kes-kes yang perlu dirujuk kepada agensi-agensi lain dan tempoh untuk mendapat keputusan dari Kementerian Dalam Negeri serta proses pengeluaran Sijil. | 12 bulan |
3. | Permohonan Lengkap Pelepashakan Kewarganegaraan a) Permohonan Pendaftaran Akuan Pelepasan Kewarganegaraan yang diterima di kaunter Ibu Pejabat JPN Putrajaya, diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima. | 14 hari bekerja |
b) Permohonan Pelepasan / Penolakan Kewarganegaraan yang diterima di Konsul di luar Negeri dan JPN Ibu Negeri diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya | 30 hari bekerja | |
4. | Gantian Sijil Warganegara Permohonan gantian Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya. | 14 hari bekerja |
5. | Cabutan Sijil Warganegara Permohonan cabutan Sijil Warganegera diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya. | 5 hari bekerja |
6. | Carian Sijil Warganegara Permohonan keputusan carian Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya. | 7 hari bekerja |
7. | Salinan Sah Sijil Warganegara Permohonan salinan sah Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya. | 3 hari bekerja |
8. | Pindaan Butiran Sijil Warganegara Permohonan pindaan butiran Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya. | 14 hari bekerja |
9. | Cabutan Sijil W (Kelahiran Luar Negara) Permohonan cabutan Sijil W bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara diproses dan diselesaikan dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya. | 1 hari bekerja |
Melalui carta di atas permohonan yang bagaimana agaknya dimohon oleh Mismah?
JPN tunggu apa lagi, korek la rekod kamu. Segala fail, borang dan sebagainya yang melibatkan Mismah dedahkan kepada umum.
Jangan biarkan Malaysiakini meneruskan agenda jahat mereka!
Nanti kita cuba dapatkan maklumat bilakah tarikh Mismah mengisi borang dan menghantar permohonan taraf kewarganegaraannya. InsyaAllah...
Hairan Mismah ni tidak disertakan sekali status bin, binti atau a/k, a/l, a/p?
sumber :- http://yuseriyusoff.blogspot.com dan juga sini
0 comments:
Post a Comment