Tarikh PRU-13 mesti ditetapkan bersama

on Sep 13, 2011

NONE



Pakatan Rakyat mahu BN menentukan tarikh pilihan raya umum akan datang dengan berunding dengan gabungan pembangkang bagi membolehkan cadangan pembentukan jawatankuasa khas parlimen (PSC) berhubung pembaharuan pilihan mempunyai masa yang mencukupi dalam menjalankan tugas mereka.

Ini adalah antara lima pra-syarat-syarat yang dibentangkan oleh Pakatan dan mereka mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminannya sebelum mereka membuat keputusan menyertai jawatankuasa itu.

"Tarikh pilihan raya umum ke-13 perlu ditetapkan berdasarkan persetujuan antara BN dan Pakatan. Dalam erti kata lain, pembubaran Parlimen mesti dipersetujui oleh kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat," kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pakatan di Kuala Lumpur pagi ini, bersama-sama dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dan beberapa ahli parlimen Pakatan yang lain.


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List