Azmin Ali Bakal Bergelar Dato...?

on Oct 24, 2011






Hangat juga berita yang disampaikan kepada Blogger MIK ini, khabar dari dalam kain PKR Selangor..., dari salah seorang pucuk pimpinan yang berada dalam ‘kem’ Khalid !

Pengerusi PKR Negeri Selangor, Azmin Ali diberitakan akan menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Dato’ pada Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor tahun 2011 ini, sepertimana biasa tarikhnya ialah 11 Disember. 

Nama Timbalan Presiden PKR yang juga ADUN Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak ini akan disorong oleh pihak pentadbiran kerajaan negeri Selangor atas ‘arahan’ Penasihat Ekonomi Negeri Selangor iaitu Anwar Ibrahim..

Desas desus dalam perkahabaran yang sama ini juga memberitahu Setiausaha Politik kepada MB  iaitu Faekah Husin sedang memainkan peranan untuk ‘membentes’ usaha menobatkan Azmin daripada bergelar ‘Dato’. Sesiapa yang pernah berkecimpung aktif dalam struktur pimpinan PKR sedia maklum ‘pergeseran’ yang sedia ada ujud diantara Azmin – Khalid , ditambah pula Faekah sememangnya tawaduk dengan ungakapan “Yes Mam” kepada Wan Azizah yang sentiasa terpendam kesumatnya terhadap Azmin kerana membiarkan isterinya berskandal dengan Anwar...

Seandainya kerja kerja dibelakang tabir untuk menobatkan Azmin Ali bergelar Dato ini berjaya, semakin hampirlah “pintu keluar” untuk Khalid meninggalkan jawatan MB selepas PRU ke 13. Nampak segaklah nanti apabila diumumkan MB Selangor yang baru, Yb Dato’ Azmin Ali..!

Tanda tanda awal kemenangan berpihak kepada Azmin yang bersengketa dengan Khalid  sudah jelas terbukti dengan beberapa perkara nyata berlaku didepan mata kita semua.. Lantikan Azmin sebagai Pengerusi PKR Negeri Selangor setelah jawatan itu dilucutkan dari Khalid dilihat sebagai ‘signal dan isyarat’ bahawa akar umbi keahlian dan pimpinan diperingkat cabang cabang PKR memihak kepada Azmin kerana Khalid tidak ada ‘aura Public Relation – PR’ yang mesra berbanding Azmin!

Seterusnya kejayaan Azmin Ali memenangi kerusi Timbalan Presiden PKR juga signal dan isyarat yang jelas bahawa didalam hiraki kedudukan pimpinan PKR, Khalid  bukan lawan dan tandingan buat anak emas Anwar ini.. Khalid  hanya disanjung tinggi oleh juak juak murahan DAP!

Dalam sebarang krisis politik negeri Selangor, Khalid  beberapa kali membuat keputusan memihak kepada DAP dan membelakangkan pimpinan PAS seperti isu rampasan minuman keras, isu kalimah Allah dan terbaru ini kisah panas serbuan JAIS ke DUMC untuk mencegah aktiviti memurtadkan umat islam..! Cuba perhatikan dengan teliti, dalam semua hal ini, Azmin Ali sangat bijak kerana tidak membuat kenyataan terbuka untuk mengekalkan rekod bersihnya dengan pihak istana... Azmin hanya sentuh isu isu ini sekiranya beliau berceramah, itu pun hanya sebagai usaha mengaburi mata sahabat sahabatnya dalam DAP.

Baru baru ini dalam Mesyuarat Agung Tahunan PKR, sekali lagi Khalid  dimalukan apabila penyata kira kira Cabang Kuala Selangor yang diketuainya tidak diluluskan dalam persidangan..! Khalid kununnya sebagai seorang yang PKR war-warkan tokoh ekonomi tidak berjaya meluluskan perbelanjaan cabangnya dan dipersoalkan oleh ahli akar umbi dalam Mesyuarat Agung Tahunan..? Kita jangan lupa bahawa pada Mesyuarat Agung Cabang Kuala Selangor tahun lepas juga Khalid telah dimalukan apabila jawatan Ketua Cabang telah dicabar oleh ahlinya sendiri..!

Berbeza dengan Azmin Ali, pada tahun lepas beliau menang tanpa bertanding di Cabang Gombak dan tidak pernah ada insiden memalukannya dalam tiap tiap Mesyuarat Agung Tahunan.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List