Mengapa Blog Ini Tidak Aktif...?

on Oct 17, 2011

AYER MOLEK HARI INI

Antara Entri-Entri Terakhir Blog:-  http://ayermolekhariini.blogspot.com/



BN ADAKAN PILIHANRAYA OLOK-OLOK DI SELURUH NEGERI TERMASUK DUN AYER MOLEK

BANDARAYA MELAKA: Seramai 36,838 orang Ketua (K-10) Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka telah pergi menemui 368,378 pengundi dalam Pilihan Raya Percubaan yang dijalankan oleh BN di seluruh negeri Melaka semalam.

Di DUN Ayer Molek seluruh petugas mereka telah berkumpul di Bilik Gerakan DUN Ayer Molek berhampiran jalan masuk ke Solok Gaong. Petugas-petugas mereka berkumpul seawal jam 7.50 lagi.

ADUN Ayer Molek, Yunos Hussin juga kelihatan bersama-sama petugas. Pilihantaya Olok-olok di DUN ini dilaporkan berakhir pada sebelah malam.

Difahamkan petugas diseluruh negeri Melaka berkumpul di 206 bilik gerakan peti undi masing-masing pada jam 8 pagi tadi dan bergerak menemui para pengundi di bawah seliaan mereka secara serentak.

K-10 atau Ketua 10 adalah jentera yang digunapakai oleh Umno dan BN di mana seorang seorang petugas Umno/BN akan menjaga 10 orang pengundi dengan memastikan kesemua 10 pengundi di bawah seliaan masing-masing turun mengundi dan semestinya mengundi BN.

Sunday, December 16, 2007


MTD AYER MOLEK HANTAR 100 PETUGAS DI HIMPUNAN GEGAU MELAKA

Telok Mas : Kira-kira 100 orang petugas dari DUN Ayer Molek telah menyertai Himpunan Gegau Melaka yang diadakan di perkarangan Balai Islam Telok Mas hari ini.

Menurut Pengarah MTD Ayer Molek, Hj Yassim Musa, kesungguhan yang ditunjukkan oleh petugas-petugas pilihanraya MTD Ayer Molek menggambarkan bahawa mereka akan bersama-sama menGEGAUkan DUN Ayer Molek dalam pilihanraya akan datang.

"Kita akan gemblengkan tenaga pemuda, muslimat dan veteran untuk sama-sama menggempurkan DUN Ayer Molek bermula dari hari ini."

"Syabas diucapkan kepada Jentera Pilihanraya PAS Negeri (JPN) menganjurkan perhimpunan yang bermakna ini. Insya Allah perhimpunan ini akan menjadi titik tolak kesungguhan jentera kita untuk bergerak dengan lebih baik dan tersusun" tegasnya.

Program GEGAU Melaka yang bermula jam 8.00 pagi itu telah mendapat sambutan yang di luar dugaan apabila kira-kira 1,000 petugas telah berhimpun di Balai Islam Telok Mas sejak awal pagi bagi.

Program yang julung kali di adakan di Melaka selepas Pilihanraya Umum 2004 ini berjaya mengumpulkan semua petugas pilihanraya setiap kawasan bagi mendengar amanat Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Dalam amanatnya Presiden menegaskan bahawa seluruh jentera PAS setiap mesti bersiap siaga dengan segala kelengkapan guna untuk berhadapan dengan segala tipu muslihat BN yang sudah pasti akan lebih 'ganas' pada pilihanraya akan datang.

"BN sedang kepanasan sekarang, sudah pasti mereka akan menggunakan segenap jentera kerajaan dan SPR untuk memastikan mereka menang sekali lagi".

"Jadi kita mesti bersedia dari semua segi untuk menangkis apa juga serangan dan tipu muslihat mereka"tegas Tuan Guru Presiden.

Turut berucap pada program itu ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Negeri Melaka, Mejar (B) Jasme Tompang.

Sementara itu di sebelah petangnya Dewan Pemuda PAS Negeri menganjurkan program gerak gempur jentera pilihanraya pemuda di tempat yang sama.

Kira-kira 300 orang pemuda menghadiri program tersebut yang dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ahmad Nazri Chik.

Semua Dewan Pemuda PAS Kawasan menghantar wakil-wakil masing. Kontinjen paling ramai datang dari Kawasan Bukit Katil.

Monday, July 9, 2007


PROGRAM JOM TURUN PADANG UPU BUKIT LINTANG MERIAH


Bukit Lintang :Program Jom Turun Padang UPU Bukit Lintang anjuran MTD Ayer Molek dan UPU Bukit Lintang, Ahad lalu, berlangsung dalam suasana ceria dan meriah dengan kehadiran petugas-petugas yang ramai. Kira-kira 50 orang petugas dari kalangan muslimin dan muslimat telah sama-sama bertungkus lumus menjayakan program tersebut.

Pengarah Program, Hj Mohd Diah Abdul ketika ditemui Ahad lalu menjelaskan bahawa objektif program iaitu menziarahi ahli dan penyokong PAS serta mengenalpasti ahli keluarga mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih telah dicapai.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan berapa ramai bakal pengundi yang belum mendaftar ditemui pada program tersebut.

"Itu tak boleh cakaplan" kata beliau dengan bersahaja.

"Kita ada rekod dan kita akan pastikan semua mereka akan didaftarkan secepat mungkin" kata beliau.
Sementara itu beberapa warga emas telah juga diziarahi dan sedikit bantuan telah dihulurkan semasa program tersebut. Antaranya ialah Hajah Khatijah Jaamat yang tinggal di Kampung Pendamar. Beliau yang lumpuh sejak 6 tahun lalu telah diziarahi oleh YDP, TYDP, AJK PAS kawasan.

Selain itu seorang lagi penyokong PAS yang uzur bersama isterinya juga telah diziarahi oleh pimpinan PAS Kawasan. Beliau juga tinggal dikampung yang sama.

Monday, July 2, 2007


MTD AYER MOLEK DAN DEWAN PEMUDA BUKIT KATIL BANTU KELUARGA INDIA

Majlis Tindakan DUN (MTD) Ayer Molek dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil telah menziarahi sebuah keluarga India yang susah dan miskin.

Keluarga Encik Tanggeras,60 yang tinggal di Kampung Tambak Paya berasa begitu bertuah apabila ada insan yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka. Menurut keluarga tersebut sebelum ini mereka tidak mendapat sebarang bantuan dari mana-mana pihak.

"Hanya sekali sahaja YB Raghavan datang melawat dengan memberikan bantuan membayar bil elektrik dan air yang tertunggak, lepas tiada lagi" jawab menantu Encik Taggeras yang enggan namanya disiarkan.

Encik Tanggeras yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan sebenarnya tidak mampu menyara keluarganya yang berjumlah 9 orang termasuk anak lelakinya, Ramesh,37 yang mengidap kanser hidung. Beliau juga terpaksa membayar sewa rumah RM250 sebulan.

Lebih meruncingkan lagi anak lelakinya itu tidak berdaya untuk bekerja sejak 6 bulan lalu untuk menanggung 3 orang anak dan isterinya. Ramesh terpaksa bergantung hidup kepada bapanya. Keadaan Ramesh semakin kritikal sehingga beliau tidak boleh bercakap dan makan sejak sebulan lalu.

Dalam lawatan itu, pihak MTD dan DPPK Bukit Katil telah menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan harian dan wang ringgit.

Bantuan itu disampaikan oleh Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek. Turut bersama dalam program ziarah tersebut ialah Timbalan YDP Kawasan, Hj Salim Tahir; Setiausaha Kawasan, Hj Salamat Aman; Pengarah MTD Ayer Molek, Hj Yassim Musa; Ketua Lajnah Kebajikan DPPK Bukit Katil, Ahmad Rafa'i Hassan dan beberapa orang ahli PAS setempat.

GERAKERJA MTD AYER MOLEK DILANCARKAN



Majlis Pelancaran Gerakerja MTD Ayer Molek telah di sempurnakan dengan jayanya oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman semalam. Selain dari upacara pelancaran itu, sebelum majlis pelancaran tersebut pada sebelah paginya jentera Pilihanraya MTD Ayer Molek dan Unit-Unit Peti Undi seluruh DUN Ayer Molek juga telah diberikan taklimat dan motivasi oleh Setiausaha Jentera Pilihanraya Negeri, Baihaki Ismail.

Ustaz Ghani dalam ucapan perasmian pelacaran gerakerja tersebut mengingatkan bahawa situasi sekarang adalah amat genting kerana kedaulatan Islam dan Melayu semakin hilang disebabkan kelemahan dan kelekaan Umno yang diberi kuasa memerintah negeri.

‘Para pemimpin Umno leka dengan kemewahan dan kedudukan masing-masing, tanpa menghiraukan Islam dan kedaulatan melayu’ kata Ustaz Ghani yang juga merupakan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat.

‘Sekarang ini seluruh jentera dan ahli PAS sepatutnya tidak mempunyai masa untuk berehat dan membuang masa, kita mesti bekerja siang dan malam untuk menyedarkan rakyat tentang penyelewengan dan kelemahan kerajaan’ tambah Ustaz Ghani.

Beliau juga mengingatkan semua ahli PAS dan jentera PAS supaya tidak membuang masa bersiar-siar dan berbual kosong tanpa tujuan kerana musuh kita sentiasa bekerja siang dan malam untuk memadamkan cahaya Islam.

“Jentera mesti diperkemas dan digerakkan, program mendekati masyaralat diperhebatkan, culaan disiapkan dan lain-lain tugas yang tidak pernah habis”ujar Ustaz Ghani lagi.

Turut hadir dalam program pelancaran jentera MTD Ayer Molek tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Bakrin Sidek, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Dr Khatijah Jumangat dan beberapa pimpinan PAS Kawasan dan Dewan-Dewan. Seramai 52 orang AJK MTD dan Unit Peti Undi Ayer Molek hadir dalam majlis tersebut.

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List