Pemimpin UMNO Sponsor Chegu Bard...?

on Oct 31, 2011



Memang sukar untuk kita percayai perkhabaran yang disampaikan kepada pengetahuan Blogger MIK ini.

Tetapi dalam kancah politik segalanya mungkin...! Siapa sangka Anwar Ibrahim yang dibela, dididik, diberi tunjuk ajar oleh Tun Mahathir selama 18 tahun akhirnya dipecat dari semua jawatan kerajaan dan juga jawatan Timbalan Presiden UMNO..?

Razaleigh Hamzah @ Ku Li yang pernah menentang Tun Mahathir pada pemilihan Presiden UMNO tahun 1987 akhirnya membubarkan Parti Semangat 46 dan kembali mendakap UMNO dan duduk diam sehingga ke hari ini.

Ezam Mohd Nor yang pernah menggadai nyawa jiwa dan raga kerana kasih sayangnya terhadap Anwar kini menjadi orang yang paling kuat menentang bekas boss dan idolanya itu...!

Iya, asasnya ialah dalam ‘istilah’ dunia politik, “ Friend can never remain as friend, and your enemy can later become friends..”

Malam kelmarin dihadapan rezeki sepinggan juadah makanan, seorang sahabat dengan lafaz “demi allah” beliau memaklumkan pernah diberitahu bahawa segala karenah adu dumba politik Chegu Bard menyerang tanpa henti Rosmah Mansor kerana mendapat “pembiayaan” dari pemimpin UMNO sendiri yang mahu melihat YAB Datuk Sri Najib sengsara dalam politik tanahair..

“Dulu Chegu Bard all out lanyak Najib dengan kisah Altantuya, siap buat buku lagi bro! Mana datang duit dia boleh buat buku, siapa sponsor..? “ soal sahabat itu kepada Blogger MIK.

Setuju..! Sudah pasti untuk menerbitkan jumlah bilangan buku memakan modal yang agak besar, tetapi tidak mustahil semuanya ditanggung oleh Anwar Ibrahim.

Tetapi setelah usaha mahu merobek robekkan nama baik Najib dilihat gagal kerana populariti PM lebih baik dari Anwar setelah pendedahan video seks China Doll, maka dilihat tumpuan serangan beralih kepada Rosmah Mansor.

Secepat kilat selepas terbongkar fitnah mengenai cincin RM24 juta Rosmah, muncul perkhabaran bahawa Chegu Bard melancarkan ‘risalah’ puluhan ribu naskah mengenai Rosmah...! Hebat tindakan Chegu Bard yang sentiasa mempunyai “kemampuan” untuk berbelanja sakan asalkan matlamatnya mahu merosakkan nama Rosmah dan Najib berjaya dilaksanakan.

Sekali lagi timbul persoalan dari manakah datangnya dana yang dibelanjakan oleh budak suruhan parti hakmilik Anwar, Azmin & Azizah ini..? Tidak mustahil juga datangnya dari poket Anwar...

Tetapi sahabat itu tetap menyatakan ada pemimpin UMNO dibelakang segala gerak langkah jahat Chegu Bard.. Beliau sendiri pada awalnya sukar untuk mempercayai apa yang didengarnya dihadapan salah seorang pegawai seorang Menteri kanan UMNO, sukar tetapi tidak mustahil untuk dipercayai berita ini..!!



sumber
Photobucket

2 comments:

zul PKBM (L) said...

mungkin musuh politik dlm selimut umno sendiri, tapi mungkin juga di kalangan ahli umno yg dah tak tahan melihat kerenah si NajrosMah yg melampau sgt hingga rakyat marhaen yg sepatutnya dpt pembelaan terabai .. ini dikatakan 'silence vote' dlm umno yg barangkali juga kalau Allah percikkan kesedaran puak-puak dlm sekam ni .. mereka penyumbang kpd kemenangan rakyat sbb mereka yg nampak dgn mata sendiri kemungkaran tu berbanding org kpg, org felda dan felcra ayam ternak umno/bn tu

Anonymous said...

Tak semua menteri yang ada dalam kabinet najib itu akan menyokong najib, perkara ini lumrah dalam politik umno.

nak jawatan dalam umno dan kerajaan nya mesti pandai berlakon dan mesti jadi hipokrit, baru boleh beres, DSAI tak pandai berlakon, sebab itu Mahathir tendang dia.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List