Penafian Sahaja Tidak Cukup Tetapi Kenapa.....???

on Oct 26, 2011






Ketua Menteri Pulau Pinang telah menafikan dakwaan penipuan yang disebarkan oleh beberapa blog pro-Umno.Namun di sebalik semua bukti yang menyangkal dan menangkis tuduhan-tuduhan berniat jahat dan tidak berasas, termasuk penafian Pengetua sekolah SMK Heng Ee, Encik Goh Boon Poh, pihak menyibarkan fitnah tersebut gagal membuktikan dakwaan mereka.


Sehingga kini blog pro Umno yang memulakan isu ini gagal mengemukakan murid perempuan yang terlibat

Pengetua sekolah terlibat, Goh Boon Poh menyatakan beliau terkejut dengan dakwaan-dakwaan kononnya anak Lim Guan Eng telah melakukan gangguan seksual keatas seorang pelajar perempuan sekolah itu dan telah dibuang sekolah .Beliau menyifatkan berita tersebut satu pembohongan terang-terangan dan sama sekali tidak benar.

Tetapi TPM Muhyiddin Yassin nampaknya tidak tahu apa yang benar. Takkanlah seorang Perdana Menteri Malaysia begitu bangang bangat!

Sebagai Menteri Pelajaran, Muhyiddin bila-bila masa boleh mendapatkan maklumat yang sahih dengan mengarahkan pegawainya menyiasat Guru Besar tersebut sama ada dia bercakap benar atau tidak.

Tetapi Muhyiddin lebih mempercayai fitnah yang ditaburkan oleh blog pencacai Umno lalu mengeluarkan kenyataan yang bangang... “Penafian adalah tidak mencukupi”.

Muhyiddin meminta Lim, Ketua Menteri Pulau Pinang, membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.

“Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama,” katanya.

Kenapa Muhyiddin tidak membuat kenyataan yang sama dalam isu pembunuhan Altantuya? PM Najib dan Rosmah telah menafikan penglibatan mereka dalam isu pembunuhan tersebut. Kenapa Muhyiddin tidak menyatakan “Penafian adalah tidak mencukupi” dan menggesa PM Najib melaporkan kepada polis untuk menyiasat dan bersihkan namanya?

sumber

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List