Siapa Yang Bakal Melopong...?

on Oct 26, 2011


UMNO SELANGOR BERGOLAK !!! Jika Najib mahu Ezam jadi MB, Noh Omar bakal melopong



Di tengah-tengah pertelingkahan di antara orang-orang kuat UMNO Selangor, Noh Omar dan Ezam Mohd Nor, BN telah mengeluarkan slogan baru ‘Cinta Selangor dan Percaya BN’ untuk memenang semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang, yang digembar-gemburkan berlangsung pada awal tahun hadapan.

Tetapi dikatakan UMNO, yang memegang kerusi terbanyak dalam BN, mungkin sudah bersiap sedia. Mereka memberi amaran sebelum kemaraan dapat dimulakan, UMNO Selangor perlu menguruskan diri sendiri terlebih dahulu.

Pergaduhan dan perpecahan dalaman sangat tinggi selepas bahagian ini kehilangan negeri terkaya di Malaysia kepada Pakatan Rakyat pada tahun 2008. Khir Toyo, bekas Menteri Besar UMNO yang menghadapi tuduhan rasuah, telah meletakkan jawatannya, sementara Perdana Menteri Najib Razak, yang juga President UMNO, mengambil alih kerusinya.

Sekiranya Najib gagal untuk merampas kembali Selangor pada PRU-13, sudah pasti timbalannya sendiri Muhyiddin Yassin akan menyingkirnya.

Maka tekanan adalah ke atas orang-orang kuat UMNO untuk membuahkan hasil.

“Orang-orang kuat di Selangor seperti Noh akan jatuh.

Mereka masih kuat tetapi Najib mahukan Ezam sebab dia boleh kawal Ezam.

Noh dan penyokongnya akan diketepikan.

Lihatlah Khir Toyo, dulu dia sangat kuat tapi di mana dia sekarang?” pemantau UMNO memberitahu Malaysia Chronicle.

Tak cukup ‘umph’

Menurut Noh, Timbalan Ketua Bahagian UMNO, pihaknya bekerja keras untuk memberi perhatian kepada pelbagai isu yang memberi kesan kepada rakyat di negeri itu.

Tetapi apa yang Noh tidak katakan ialah kedudukannya akan dijejaskan oleh Senator Ezam Mohd Nor, yang telah dijanjikan jawatan Menteri Besar Selangor oleh Najib sekiranya BN menang semula di negeri itu.

“Kita optimistik dalam memenangi semula Selangor.

Kita juga tidak menyalahkan rakyat di atas kekalahan pada pilihanraya lepas.

Malahan, ianya telah menguatkan kami untuk bekerja lebih keras untuk merealisasikan impian itu,” Noh berkata pada hujung minggu, tidak mengendahkan khabar angin mengenai pertelingkahannya dengan Ezam.

“Sehingga hari ini, BN tidak pernah melupakan Selangor dengan membawa pembangunan meskipun ianya di bawah Pembangkang.

Ianya adalah satu masalah apabila hubungan di antara kerajaan persekutuan dan negeri tidak serasi.”

Walau bagaimanapun, di sebalik pertunjukannya, Noh, yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Pertanian, mungkin tidak cukup ‘umph’ untuk meyakinkan rakyat Selangor, yang kagum dengan kerajaan negeri Pakatan yang diketuai oleh Menteri Besar PKR Khalid Ibrahim.

Dan sekiranya Himpunan Sejuta Umat di mana Ezam memainkan peranan penting adalah satu ukuran, Ezam sama tidak popular seperti Noh di kalangan rakyat Selangor.

“Ezam adalah bekas Ketua Pemuda PKR, jadi kami betul-betul kenal dia.

Najib mengharapkan pengetahuan Ezam tentang PKR untuk menerobos perisai Khalid tetapi apa-apa yang Ezam tahu tentang Khalid, kita lebih tahu tentang Ezam dan caranya. 

Apa-apa pun slogan BN, atau samada Ezam atau Noh yang mengetuai kempen BN, mereka tidak akan menang melainkan mereka menipu. 

Ini yang kita takutkan,” kata Naib Presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Bukan sahaja Selangor dan Pulau Pinang merupakan negeri yang terbaik diurus di negara ini menurut Ketua Audit, Selangor juga telah merekodkan simpanan wang terbanyak dalam tempoh 28 tahun di bawah Kalid.

Menuduh Pakatan bersikap buruk

Sementara itu, Noh menggesa rakyat Selangor untuk meninggalkan Pakatan pada PRU-13, memberi amaran bahawa disebabkan oleh “perbezaan dalam pentadbiran, banyak projek yang telah dirancang oleh kerajaan persekutuan tidak dijalankan dengan baik yang menyebabkan kehilangan pelaburan untuk penduduk negeri.”

“Ambil contoh kementerian saya di mana kita merancang pelbagai aktiviti pertanian di Selangor seperti projek penanaman sayur, penternakan ikan dan ayam berserta beberapa projek-projek pertanian.

Tetapi, kita menghadapi masalah apabila tanah-tanah yang diusulkan untuk rancangan itu dinafikan pemberiannya oleh kerajaan negeri,” Noh memberitahu peberita selepas merasmikan program Jelajah Francais 1Malaysia.

Beliau juga menghentam Pakatan ‘bersikap buruk dalam tidak memberi kerjasama dengan kerajaan persekutuan, mengatakan ini memberi lebih banyak beban kepada rakyat Selangor sebagai pelabur dan industry-industri telah berpaling daripada melabur di negeri itu.

“Selain itu, kedegilan kerajaan negeri untuk menyelesaika isu air dengan cara diplomatic telah memberi kesan besar ke atas oenduduk Selangor.

Kita telah memaklumkan mereka mengenai kekurangan bekalan air di Selangor menjelang 2014 kerana peningkatan populasi dan industri di negeri ini, tetapi isu-isu ini dengan cepatnya telah dipolitikkan,” kata Noh.

“Maka, saya berharap rakyat Selangor akan membuat perkiraan yang baik dan keputusan yang betul pada pilihanraya akan datang, supaya kekayaan negeri ini dapt dikongsi dan dinikmati bersama.”



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List