Lagi Ramalan Tarikh PilihanRaya

on Nov 8, 2011



Datuk Seri Najib Razak selesai menunaikan haji. Parlimen dijangka akan selesai meluluskan Bajet 2012 minggu ini selepas sidang Dewan Rakyat menyambung persidangannya esok. Ia antara pertimbangan terbaru spekulator bahawa pilihan raya umum akan dipanggil bulan ini.
Tinggal enam bulan mandat kerajaan pusat semasa genap empat tahun. Lazimnya sejarah pilihan raya menunjukkan pilihan raya umum peringkat pusat dan negeri kecuali dalam kes Sarawak akan diadakan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.
Dalam hal ini, PAS Selangor meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bulan depan selepas berakhirnya musim haji susulan publisiti meluas oleh media untuk memberi kesan positif ke atas kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri yang keenam. Pilihan raya umum ke-13 adalah yang pertama bagi Najib selaku Perdana Menteri.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Abdul Samad mengandaikan Najib akan mengumumkan tarikh berkenaan setelah beliau pulang dari tanah suci.
“Apabila beliau (Najib) balik pada 9 atau 10 November, ada kemungkinan dikatakan bahawa Parlimen akan dibubarkan pada 11 November dan pilihan raya akan diadakan bulan depan,” kata beliau dengan mengandaikan publisiti meluas ketika berada di Mekah seolah-olah akan memberikan imej baru kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.
Beliau memberitahu publisiti yang meluas ketika berada di Mekah menguatkan lagi ramalan bahawa tarikh pilihan raya umum ke-13 semakin dekat.
“Kita masih berharap pilihan raya umum tidak diadakan bulan hadapan kerana bimbang masalah banjir selain membolehkan Pakatan Rakyat melakukan persiapan rapi,” katanya baru-baru ini. Pada masa yang sama Ahli Parlimen Shah Alam itu menjangkakan pilihan raya umum ke-13 bulan depan sebab Bajet 2012 akan diluluskan minggu ini.
Justeru kata wakil rakyat penggal pertama ini, pembubaran Parlimen tidak perlu menunggu sesi perbahasan selesai, sebaliknya hanya memerlukan Bajet 2012 diluluskan.
Perbahasan peringkat dasar Bajet 2012 sudah selesai. Kini ia masuk peringkat jawatankuasa.
Khalid (kanan) yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat mempunyai satu lagi alasan kukuh ke arah itu.
“Kita berasa aneh... sesi perbahasan bajet kali ini, berakhir lewat setiap hari sejak hari pertama sidang Dewan Rakyat (yang bermula 3 Oktober lalu), seolah-olah bajet mahu diluluskan dengan cepat. Ini berbeza dengan sesi perbahasa bajet sebelum ini, berdasarkan pengalaman saya,” katanya.
Meskipun Bajet 2012 akan diluluskan dalam waktu terdekat, penganalisis politik veteran Datuk Seri Prof Dr Datuk Syed Arabi Syed Idid pula melihat “Disember 2011 akan kekal sebagai bulan janji sebab segala ganjaran dan imbuhan yang dijanjikan oleh Datuk Najib perlu dilaksanakan dan ditunaikan.”
“Ganjaran dan imbuhan ini akan ditunaikan... wang tunai yang dijanjikan akan sampai ke tangan penerima akhir bulan depan dan awal Januari... ia memerlukan masa, jadi tidak mungkin pilihan raya umum tahun ini,” kata beliau dengan mengandaikan kemungkinan pilihan raya selepas awal Februari depan.
“Kemungkinan bulan Februari atau Mac, bukan tahun ini,” kata beliau.
Mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir pada April 2013.

Sambung baca kat SINI
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List