Zahid akan jawab penuh selepas lawat Rusia

on Nov 16, 2011





 Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan membuat penjelasan penuh mengenai pemilik jet peribadi yang beliau tumpang ke Mekah baru-baru ini sekembalinya dari lawatan rasmi ke Rusia.

“Saya kini di Moscow, ada tugas rasmi. Balik nanti saya akan beri jawapan,” kata beliau (gambar) dalam respons SMS kepada The Malaysian Insider, yang menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu jet peribadi tersebut dan pemiliknya.

Isu ini timbul apabila beliau dikatakan pergi menunaikan haji menggunakan jet peribadi.
Terdahulu, Naib Presiden Umno ini yang dihubungi The Malaysian Insider menafikan jet peribadi itu miliknya.


Katanya, memang betul beliau naik jet peribadi tetapi dia sekadar menumpang jet peribadi kawannya yang kebetulan juga buat haji.
“Salah ke?” Tanya beliau dalam kenyataan awal.

Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datok dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2009 ketika era pentadbiran Najib.
Sebelum itu beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam.

Dakwaan diterima menerusi e-mel menyebut Zahid telah pergi untuk menunaikan haji tahun ini dengan menaiki jet peribadi.
Menurut dakwan itu, isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis telah berada di Madinah terlebih dahulu dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian ke Jeddah.

“Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa diberi untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan dalam Kementerian Pertahanan?
“Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?” kata dakwaan itu.

Dakwaan itu juga menyebut beliau sering ke Arab Saudi terutama ketika Ramadan dengan rakan kongsi yang sama beliau bernama “Tuan Sheikh Rozi”.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List