KUALA LUMPUR, 13 Dis [TMI]— Ketua Umno Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee meneruskan desakan dengan yang terbaru menggesa suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengetuai projek ternakan lembu kontroversi, Pusat Fidlot Nasional (NFC) supaya tidak lagi membebabnkan partinya.
Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, suami Shahrizat merupakan pengerusi eksekutif NFC. Pengurusannya turut dikendalikan oleh anak-anak mereka.
Syed Ali menegaskan, sikap berdiam diri Mohamad Salleh dan enggan tampil menjawab segala tuduhan dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog boleh mengelirukan rakyat dan menjadi beban kepada Umno.
“Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya,” kata beliau dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya.
Katanya, kepimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian terus diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC.
“Malah ada yang kata Umno bela lembu untuk kepentingan Shahrizat (gambar), apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab?” kata beliau lagi.
Justeru kata Syed Ali, jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang manakala isterinya pula perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Minggu lalu, Syed Ali melahirkan pendirian meminta Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno melepaskan jawatan itu.
“Kalau benar tak ada (penyelewengan), buatlah penjelasan terbuka secara terperinci, kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang tersebut adalah hak rakyat,” ujarnya.
Ekoran pendedahan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu, isu itu menjadi sasaran serangan dan pendedahan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.
Desakan agar Shahrizat meletakkan jawatan semakin meningkat termasuk pendirian bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.
Paling sedih kata Syed Ali, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi sasaran pembangkang dengan dilemparkan tuduhan kononnya melindungi keluarga Shahrizat.
Semalam, PAS menggesa Muhyiddin turut mengambil tanggungjawab kerana projek itu dikurniakan ketika menjadi menteri pertanian.
“Mengapa pula Umno, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita Umno, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian,” tegas Syed Ali lagi.
“Orang lain yang buat hal, mengapa pula Umno yang dipersalahkan? Inilah kaitan yang sedang hebat disebarkan pembangkang dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan BN,” kata beliau lagi.
Kelmarin, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Mohamad Salleh agar lebih aggresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek NFC bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.
Puad berkata, tuduhan terbaru berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan.

1 comments:
Dengar tu Shahrizat, org Umno sendiri pun dah tak suka hang.Apa tunggu lagi, jangan buat muka tak tebal, dah org tak suka patut tau la apa yang nak buat ...berambus saja la tunggu apa lagi
Post a Comment