Jangan Berperangai Buruk Pulangkan RM10 Juta

on Dec 20, 2011




Isteri-isteri kepada Menteri dan Timbalan Menteri, diharapkan agar tidak
berperangai buruk macam Rosmah, yang hanya “Bertuhankan” Duit, kerana sanggup membelakangkan Allah demi wang, dan sanggup memijak Rakyat demi kemewahan beliau.

Kerajaan Selangor telah menuntut Persatuan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) memulangkan RM10 juta yang diterima daripada pentadbir sebelumnya, Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Mahkamah Tinggi pada Jumaat lalu memutuskan bahawa Bakti mesti mengembalikan RM10 juta kepada BALKIS .

Wang RM10 juta milik BALKIS itu telah dilapor dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada BAKTI, sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.


Pada 11 Mac 2008, tiga hari selepas pilihanraya umum ke-12, Bekas Yang dipertua BALKIS, Zaharah Kechik, yang juga isteri Khir Toyo, telah memanggil mesyuarat tergempar BALKIS, untuk membubarkan BALKIS dan menutup akaunnya sehari kemudian dan memindahkan wang tersebut.

Pada masa itu, kedudukan mereka di dalam BALKIS sudah tergugur kerana digantikan dengan Isteri-Isteri YB Pakatan Rakyat yang telah memenangi pilihanraya pada masa itu.

Exco Selangor, YB Elizabeth Wong berkata kegagalan untuk kembali wang itu akan menyebabkan tuntutan mahkamah dilakukan terhadap BAKTI.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu satu kemenangan untuk Rakyat Selangor dan satu tamparan yang besar di atas muka Barisan Nasional.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List