Ribut Washi Serang Filipina

on Dec 18, 2011


Angka kematian akibat ribut tropika Washi melonjak kepada 440 orang semalam dengan hampir 500 orang hilang dalam banjir kilat yang memusnahkan selatan Filipina, kata beberapa pegawai.

Gambar: ANGGOTA polis dan penyelamat mengumpul mayat dari kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur selepas ribut Washi melanda bandar Cagayan de Oro, Filipina semalam. 
Jurucakap tentera wilayah, Kolonel Leopoldo Galon memberitahu pemberita sebanyak 97 mayat ditemui di sebuah pelabuhan utama di Pulau Mindanao, Cagayan de Oro manakala 75 lagi ditemui di pelabuhan selatan berdekatan bandar Iligan yang merupakan antara kawasan berlakunya banyak kematian.

Katanya, seramai 375 orang dilaporkan hilang di dua kawasan tersebut.

Galon berkata, tentera menggunakan trak, bot dan helikopter untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya 2,000 penduduk Cagayan de Oro.

Dalam perkembangan lain, seorang lagi pegawai tentera, Leftenan Kolonel Randolph Cabangbang berkata, seramai 15 orang yang dihanyutkan ke laut di Iligan berjaya diselamatkan.

Ribut Washi yang melanda pantai timur Mindanao kelmarin turut menyebabkan tanah runtuh yang mengorbankan lima orang manakala tiga lagi lemas di bandar Polanco, selatan Filipina.

Jabatan kaji cuaca negeri melaporkan, ribut tersebut diramalkan bergerak ke Pulau Palawan, barat Filipina selepas ia menyeberangi Laut Sulu dengan tipuan angin selaju 75 kilometer sejam. - AFP 













Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List