Sungai Buluh Menanti Anda...?

on Dec 15, 2011


Itu keputusan Zabidin Mohd Diah untuk menentukan keputusannya yang sudah pun disediakan dari awal lagi atas arahan peringkat tertinggi.

Tetapi belum tentu rakyat Malaysia yang mengikuti kes fitnah paling mendapat perhatian seluruh dunia, dari New York hingga ke Jepun ini, bersetuju dengan penghakiman Zabidin.

Umum melihat sebenarnya Anwar Ibrahim sekali lagi dihina dan diperangkap oleh musuh ketatnya dalam politik, Najib Altantuya sejak pertemuannya dengan si pengadu, Saiful Bukhari Azlan terdedah pada 2007 semasa Najib Altantuya menjadi timbalan kepada Abdullah Badawi.

Dari peringkat awal lagi perbicaraan, sebenarnya ia hanyalah ulangan kisah Liwat I yang sengaja diada-adakan oleh Mahathir pada 1998 hingga terbongkar dengan pembebasan Anwar pada 2004.

Ironinya, Anwar sebenarnya diperangkap dua kali oleh master mind yang sama, bekas mentornya yang juga bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad.

Keterangan saling bercanggah, fakta kes dipinda, bukti hilang, malah tiada langsung kelibat air mani dan tusukan berlaku, semuanya menceritakan betapa Najib Altantuya mahu menghumban Anwar sekali lagi ke Sungai Buloh demi mempertahankan kuasa Umno-APCO yang semakin bersisa.

Paling mencurigakan, bukti DNA yang diperolehi dari lokap tempat Anwar bermalam bersama berus gigi dan tuala jenis 'Good Morning' yang dirampas di lokap IPK Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah turut tersenarai sebagai bahan bukti sedangakan kejadian tersebut didakwa berlaku di sebuah unit kondominium di Damansara, lebih 25 kilometer jauhnya!

Zabidin pula menolak keterangan perubatan yang dikemukakan oleh doktor yang mula-mula memeriksa Saiful, Dr Mohamad Osman dari Hospital Pusrawi yang mengesahkan bahawa tidak terdapat langsung luka tusukan atau lecet berlaku untuk kes biasa membabitkan liwat!

Sebenarnya, kes ini sudah boleh dihumban jauh-jauh kerana bukan setakat pendakwaan lemah tanpa bukti kukuh, malahan pertuduhan ke atas Anwar tidak melibatkan Saiful sama sedangkan kes ini didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang menjelaskan bahawa kedua-dua pengadu dan tertuduh harus didakwa bersama!

Najib Altantuya tahu dia tidak berupaya melawan Anwar sekiranya sosok tubuh pejuang rakyat ini masih bebas membongkar kebobrokan pentadbirannya yan sarat dengan skandal, rasuah dan salah guna kuasa.

Inilah kartun mahkamah negara yang menjadi bahan ketawa seluruh dunia betapa pertuduhan ke atas Anwar wajar diketepi dan dibebaskan!

Apa juga keputusannya, 9 Januari 2012 tetap akan menyaksikan satu lagi sejarah kehancuran sistem kehakiman tidak dapat memisahkan dirinya dari sang rejim eksekutif bernama Najib Altantuya.

Sama ada tarikh tersebut kita akan ke jalan raya lagi, hanya Allah SWT saja yang mengetahui.

Sama-sama kita nantikan.

KOMEN
Ketua pasukan peguam bela Anwar, Karpal Singh  mempersoalkan tindakan pendakwa raya yang mengabaikan keterangan doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam perbicaraan Fitnah II.

Menurut Karpal, keterangan Dr Osman ‘memusnahkan’ kes pendakwa raya kerana beliau adalah doktor pertama yang memeriksa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengesahkan pemuda itu tidak diliwat.

Beliau turut mempertikaikan sebab Saiful terus ke hospital untuk diperiksa walau pun pada masa itu dia masih belum membuat laporan polis.

“Kejadian didakwa berlaku pada 26 Jun, laporan polis pada 28 Jun…kenapa Saiful tidak terus ke balai polis untuk buat laporan?” tanya Karpal dalam hujah balas terhadap penggulungan akhir pendakwa raya hari ini.

Peguam kedua Anwar, Sankara Nair pula berhujah Saiful mereka-reka cerita berkenaan cecair pelincir KY Jelly bagi memastikan fitnah rekaannya padan dengan penemuan Dr Osman yang mengesahkan dia tidak diliwat.

“Saiful nampaknya tiada pilihan lain selain daripada mendapatkan pendapat lain yang mengesahkan dia kononnya diliwat,” kata Sankara.

Sankara juga membidas pendakwa raya yang memanggil doktor perubatan biasa HKL untuk mempertikai keterangan doktor pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland.

“Yang Arif tidak akan dapat membandingkan pendapat dua orang pakar dan membuat keputusan pendapat mana yang mahu diterima,” kata Sankara.

Sebaik sahaja peguam bela Anwar selesai melakukan hujah penggulungan, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh 9 Januari memberikan keputusan terhadap kes Fitnah II ini.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List