BN Nak Kekalkan Kuasa Cara Samseng DiGunakan

on Feb 29, 2012




Dulu pernah diucapkan ..'Kalau Pembangkang menang..mereka(Pembangkang)akan huru harakan negara..'
kata-kata itu aku dengar semasa PRU yg lepas..bila BN kehilangan 5 negeri..tetapi realitinya BN menjadi kurang ajar bila tidak dapat menerima kenyataan mereka kalah di Perak..maka rampasan kuasa berlaku..

Hari ini..pimpinan BN mula membuat rayuan supaya memberi mereka mandat lagi pada PRU yang akan datang..maka berbagai janji dan umpanan ditabur ke seluruh pelosok negara..mengharapkan rakyat jatuh kasih kepada BN semula..sudah 54 tahun diberi peluang berkuasa..sepatutnya BN tidak perlu merayu..melainkan BN sudah menjangkakan akan kekalahan BN..terimalah hakikat..

Namun dalam masa yang sama..BN melancarkan kempen menawan hati rakyat dengan keganasan..mewujudkan barisan samseng-samseng bagi tujuan menakut-nakutkan orang ramai..cara ini telah digunapakai ketika PRK Bagan Pinang..dan ia berhasil meraih kemenangan..apakah cara ini juga akan menjayakan BN untuk terus memegang kuasa..??

Rakyat perlu pemerintahan yang disayangi..bukan yang ditakuti..dan jangan lupa kuasa rakyatsentiasa melebihi kuasa pemerintah..kalau BN nak tengok kuasa rakyat try..test..cubalah bikin rakyat marah..



di ceramah YB Nurul Izzah.....
orang yang hampir menumbuk Nurul Izzah dikatakan hendak menjaga keselamatan Nurul Izzah..
boleh percaya ke..??cehh..!!


Photobucket

Henti Keganasan Politik - Abim

on



Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) ingin melahirkan kesal dan kecewa dengan beberapa insiden keganasan politik yang berlaku semenjak kebelakangan ini.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, berdasarkan dari pengamatan pihak Abim, gejala keganasan politik itu tampak semakin menggejala terutama sekali dalam suasana teka-teki tarikh Pilihanraya Umum ke-13 yang semakin rancak diperkatakan.

“Insiden-insiden bermotif politik semakin kerap berlaku kebelakangan ini seperti mengganggu ceramah dan penerangan politik, mengakibatkan kecederaan fizikal dan kemusnahan harta benda, serta memecah masuk premis dan rumah tokoh politik, telah menyorot perhatian dan mencetuskan kebimbangan para pengamat politik serta rakyat secara umumnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, katanya jelas menunjukkan ketidakmatangan budaya politik di peringkat akar umbi dan keluhuran demokrasi.

Beliau berkata, tambah mendukacitakan perkembangan itu terjadi ketika negara sedang menyaksikan keterbukaan wacana politik di kalangan para pemimpin serta parti-parti politik di negara ini.

Menruutnya, insiden-insiden keganasan politik yang berlaku kebelakangan ini seharusnya menyedarkan para pemimpin politik bahawa para pendukung politik di peringkat akar perlu dididik serta dilatih, untuk mengamalkan budaya politik terbuka serta matang.

Dalam erti kata lain, ujarnya gagasan serta idealisme politik yang sering dicanangkan oleh para pemimpin politik tidak ubah sebagai retorik kosong semata-mata sementelahan amalan politik akar umbi terus-terusan dizahirkan menerusi kebobrokan akhlak, gejala fitnah memfitnah yang mengaibkan seteru politik, keganasan, caci maki dan ugutan.

Justeru, katanya Abim menyeru pimpinan politik supaya mendidik serta mengawal perilaku serta akhlak tindak tanduk politik para penyokong masing-masing agar menjunjung tinggi prinsip Kedaulatan Undang-undang sepertimana yang digariskan dalam Rukun Negara.

Beliau menambah, selain integriti kepimpinan politik, amalan demokrasi yang positif turut menekankan peri pentingnya budaya kepengikutan yang bersandarkan nilai-nilai moral dan keagamaan yang menghormati tidak sahaja kawan tetapi juga lawan.

“Abim berharap agar insiden-insiden ini tidak berulang di masa hadapan taktala negara sedang meniti detik-detik getir menjelang Pilihanraya Umum Ke-13.

“Kita tidak mahu insiden-insiden keganasan politik yang sering berlaku di luar Negara menggejala lantas mencemarkan kestabilan, keamanan dan keharmonian negara kita,” katanya lagi.

Justeru, tambah beliau Abim menggesa agar pihak berwajib memelihara hak-hak bersuara serta berhimpun seperti yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan serta mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan keganasan politik secara adil dan tanpa memilih bulu.

Sesungguhnya, kata beliau rakyat sudah jelik dengan amalan politik ‘matlamat menghalalkan cara’ yang semakin berleluasa dan menyeru semua pihak memainkan peranan untuk membawa rakyat kembali berpegang kepada prinsip ‘Negara Barakah’ yang menjunjung tinggi prinsip, nilai akhlaq serta etika dan moral.

Harakah Daily



Photobucket

AirAsia Dan Tony Fernandes: Dari Wira Menjadi Ahli Sihir Gila Duit.

on

AirAsia dan Tony Fernandes: Dari wira menjadi ahli sihir gila duit


Air Asia adalah antara kisah kejayaan Malaysia. Bermula kecil-kecilan dengan beberapa kapal terbang lama yang melalui destinasi domestic, CEOnya, Tony Fernandes telah Berjaya membina empayar syarikat penerbangan tambang murah yang beroperasi dari Asia sehingga NZ dan Eropah. Dia telah berjaya melalukannya tanpa bantuan kerajaan tidak seperti usahawan bumiputra.

Namun, kisah kejayaan AirAsia semakin dicemari dengan cerita dan khabar tentang cas, kualiti servis yang teruk, tiada fleksibiliti, cas tersembunyi, kadar tambang yang mengelirukan dan praktis anti penggunanya yang digunapakai untuk memaksimakan keuntungan sahaja. Apabila Malaysiakini, Malaysian Insider atau mana-mana portal berita online melaporkan tentang Airasia, sentiasa ada komen-komen negatif yang akan ditinggalkan oleh pembacanya berkenaan syarikat tambang murah itu. Ianya agak ganjil apabila syarikat kapal terbang tambang murah yang bertujuan untuk membekalkan perkhidmatan dengan kadar berpatutan menerima persepsi yang sebegini rupa daripada pengguna, dan nampaknya AirAsia juga berjaya melalukan itu.

Sejak bilakah AirAsia bertukar dari pilihan rakyat kepada alhi sihir yang rakus membolot wang? Sudah semestinya perubahan ini berlaku sudah lama dan bukannya hanya semalam. Persepsi negatif rakyat terhadap AirAsia telah mencapai tahap yang membimbangkan dan telah meninggalkan kesan pada perniagaan mereka. Saman daripada pemerhati konsumer Australia ACCA juga memburukkan lagi keadaan.

Meniru amalan lapuk

AirAsia banyak menggunapakai amalan yang dilakukan oleh syarikat tambang murah yang lain seperti Virgin Airways tetapi ada yang diikutinya sudah menjadi amalan lapuk atau tidak sesuai dengan budaya pengguna tempatan. Ia Nampak bijak untuk tidak menerima penumpang yang tiba 1 minit lambat selepas kaunter tutup supaya dia terpaksa membeli tiket yang baru. Tapi, rakyat Malaysia mendapati ini agak keterlaluan terutamanya apabila syarikat kapal terbang yang lain begitu fleksibel. MAS akan membenarkan anda mendaftar masuk jika anda boleh tiba di dewan berlepas selagi kapal terbang belum berlepas.

Satu lagi amalan yang kurang disenangi oleh penumpang adalah cas kad kredit, cas kaunter chek in dan cas pemilihan tempat duduk. Yang pertama dan kedua boleh dikategorikan sebagai cas tersembunyi kerana ianya bukan pilihan penumpang yang sepatutnya ditambah kepada nilai tiket. Mereka yang tidak membayar untuk tempat duduk ( kosnya RM35 untuk seorang dari KL) akan disediakan tempat duduk secara rawak dan ini bermakna sebuah keluarga berkemungkinan akan dipisahkan. Ini amat menyusahkan kerana penumpang dikenakan bayaran untuk sesuatu yang menjadi hak mereka dari mula lagi iaitu duduk bersama. Ia umpama mengambil hak sesorang dan meminta mereka membayarnya untuk mendapatkan ia semula.

Namun, paling menjelikkan adalah apabila AirAsia mengenakan cas RM1.95 seminit untuk bercakap dengan staf perkhidmatan mereka. Ia mungkin bukan sesuatu yang dipinta oleh penumpang seperti penerbangan yang ditunda, kehilangan beg atau dicas lebih pada kad kredit mereka. Tetapi, apabila dikenakan bayaran mengikut minit untuk bercakap adalah sesuatu yang menyakitkan hati. Tambah lagi, mereka selalunya akan disuruh menunggu walaupun cas berjalan.

Benarkah AirAsia tambang murah?

AirAsia mengamalkan sistem kadar harga tiket yang berubah mengikut bila masa dibeli. Pembeli awal akan mendapati harga yang murah manakala pembeli saat akhir akan dikehendaki membayar lebih. Gimik mempromosi tambang murah sebenarnya telah dibayar oleh orang lain, yang pasti, bukan dari poket Tony. Yang sebenarnya AirAsia bukanlah penerbangan tambang murah dalam erti kata sebenar. Ia boleh menjadi lebih mahal dari penerbangan biasa. Tiada yang mahu bayar untuk tiket yang mahal jadi, AirAsia menyembunyikan harga sebenar tiket supaya pengguna sukar membuat perbandingan.

Cara memaksa orang lain untuk menampung kos tambang orang lain pula tidak berkesan lagi. Pembeli semakin bijak dengan adanya hubungan sosial yang lebih erat dan tidak lagi percaya bahawa AirAsia adalah penerbangan tambang murah. Mereka akan membeli tiket apabila ianya murah dan akan menjauhkan diri apabila ianya mahal. Masih ada yang tidak tahu membandingkan harga tetapi bergantung kepada kepercayaan bahawa pengguna adalah bodoh bukanlah model bisnes yang baik. Ini tidak ubah seperti BN yang bergantung kepada undi masyarakat melayu luar Bandar dengan memberi maklumat yang tidak tepat.

Pada musim kemuncak Krismas dan Tahun Baru pada tahun lepas, AirAsia telah terbang diantara Kuala Lumpur dan Melbourne dengan kerusi-kerusi kosong apabila kesemua syarikat penerbangan lain kehabisan tiket. Ini agak aneh memandangkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah sepatutnya ‘sold out’ terlebih dahulu. Penumpang sudah arif dengan cara AirAsia menjual tiket.

Pengguna juga sepatutnya membuat perbandingan lebih daripada harga asanya sahaja. Perkara lain seperti makanan, hiburan, alat bantuan keselesaan dan bagasi perlu diambil kira selain daripada cas-cas lain. Penumpang yang terbang dari LCCT yang merupakan lapangan terbang yang menyedihkan kerana penumpang terpaksa berjalan dengan jauh untuk menaiki kapal terbang kerana AirAsia tidak akan membayar kos penggunaan ‘aerobriges’. Ini membuatkan AirAsia tidak sesuai untuk penumpang warga emas. Selain dari itu, AirAsia selalunya akan mendarat di lapangan terbang yang jauh dari bandar, jadi tambang ke bandar juga terpaksa disediakan.

Terdapat juga kos tersembunyi. AirAsia benar-benar murah jika anda menempah tiket jauh lebih awal. Mereka menerima tempahan seawal setahun sebelum penerbangan. Ini bermakna, wang anda terikat disitu. Apa sahaja perubahan dalam jadual perjalanan akan menyebabkan kepayahan kerana AirAsia akan mengenakan cas yang tinggi untuk tiket penerbangan yang dijadualkan semula. Ada pengguna yang akan berfikir dengan membayar lebih sedikit untuk fleksibiliti adalah lebih baik.

Penundaan dan Pembatalan

Mereka yang menaiki penerbangan AirAsia tahu betapa kerapnya AirAsia menunda dan membatalkan penerbangan. AirAsia sering menggabungkan penerbangan jika penumpangnya terlalu sedikit tanpa menghiraukan masa penumpang yang lain. Tulisan kecil pada tiket mereka memberitahu bahawa mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian. Hanya Negara yang mempunyai undang-undang pengguna yang lemah seperti Malaysia sahaja akan membiarkan mereka berbuat begitu.

Mereka yang penerbangannya telah dibatalkan berhak dikembalikan wang, namun, ini tidak semudah itu kerana mereka harus bersabar menanti. Menghubungi staf AirAsia sendiri merupakan satu cabaran. Ada yang mendakwa mereka terpaksa menunggu sehingga 30 ke 60 hari untuk pemprosesan dan apabila tempoh itu tamat, mereka dipaksa menunggu lagi selepas diberi pelbagai alasan oleh pihak AirAsia.

Penantian yang lama untuk wang dikembalikan, tidak flksibel, kesukaran, kebarangkalian penerbangan ditunda dan perkhidmatan yang berkualiti rendah bermakna penumpang akan meminta harga yang lebih berpatutan dari syarikat penerbangan tambang biasa daripada AirAsia. Ini juga bermakna, AirAsia akan terpaksa menjual tiketnya pada harga yang amat murah dibawah kos. Pengguna akan pergi kepada syarikat penerbangan yang lain, jika harga adalah sama sahaja.

Satu kes yang jelas menunjukkan keadaan ini adalah pembatalan penerbangan ke London, New Delhi dan Mumbai. Ini merupakan destinasi-destinasi yang agak popular ke Bandar-bandar yang padat dimana penerbangan tambang murah boleh mengendalikannya dengan Berjaya. Alasan AirAsia berkenaan keperluan visa, cukai tambahan tidak masuk akal kerana ini dikenakan ke atas semua syarikat penerbangan dan boleh dicaskan ke atas tambang. Alasan sebenar seperti yang dilaporkan oleh The Star adalah AirAsia sebenarnya kerugian jutaan ringgit setiap bulan kerana destinasi-destinasi ini. Jadi, kenapa AirAsia tidak menaikkan tambang mereka? Jawapannya ialah, jika begitu, penumpang akan beralih kepada syarikat penerbangan lain. Mereka meminta harga tambang yang berpatutan yang tidak mampu ditampung oleh AirAsia dan ia masih lagi boleh untung.

Sudah tiba masanya buat AirAsia

AirAsia mungkin telah bermula dengan baik dimata rakyat tetapi tempoh bulan madu sudah berakhir. Perkhidmatannya sudah semakin teruk dan ia sering mengugut penumpangnya dan menyebabkan mereka benci. AirAsia berlagak seperti ia beroperasi dimana ia memonopoli segalanya tetapi monopoli itu tidak wujud.

Pengguna mempunyai pilihan lain termasuk Jetstar, syarikat penerbangan tambang murah yang dipuji kerana menetapkan harga tiket dengan jujur. Air Emirates juga mengambil peluang destinasi KL ke Melbourne dengan tawaran harga yang kompetitif. Mengharapkan destinasi KL ke Sydney akan memberi pulangan bagi AirAsia mungkin tidak akan kesampaian kerana SIA akan melancarkan penerbangan tambang murahnya sendiri iaitu Scoot juga akan melalui destinasi ini.

AirAsia sememangnya belum tahu lagi akan penangan media sosial. Pada masa lalu, pengguna yang marah hanya boleh mempengaruhi keluarga atau sahabat terdekatnya. Sekarang, mereka boleh berkongsi kemarahan mereka di forum-forum online, facebook, twitter dan mempengaruhi bukan sahaja ratusan, malah ribuan pengguna yang lain.

Kisah menakutkan berkaitan AirAsia banyak tersebar online. Ada yang mendakwa staf-staf AirAsia sukar dihubungi dan mereka selalunya terpaksa membeli tiket lagi apabila perlu menukar tarikh pelepasan. Seorang penumpang yang marah berkata, dia terpaksa menunggu selama 2 tahun untuk mendapatkan wangnya semula dengan pelbagai alasan yang diberi AirAsia. Seorang lagi penumpang malang telah mendapati apabila sampai ke kaunter pendaftaran, ianya telah ditutup lebih awal dan staf disitu juga mengesahkan keadaan itu. Staf itu telah membuat beberapa panggilan telefon tetapi tidak dibenarkan untuk membuka kaunter itu semula.

Akibatnya, penumpang tersebut sudah ketinggalan kapal terbang dan penerbangan yang menghubungkannya ke destinasi seterusnya. Lebih menyedihkan, AirAsia tidak mahu memulangkan wangnya.
Ada budaya tidak baik yang cuba memeras ugut penumpang sehinggakan memaksa mereka untuk membeli tiket lagi. Ketamakan korporat ini akan menyebabkan pengguna menjauhkan diri. Adik perempuan saya terpaksa membayar RM1000 demi mengubah tarikh pelepasannya dari KL ke Melbourne. Dia memberitahu bahawa dia akan terbang menggunakan Air Emirates mulai sekarang.

Tony Fernandez sepatutnya menagguhkan pembelian pesawat mega dan memperbaiki servis AirAsia dan tanggapan negatif masyarakat. Dia patut bangun dari mimpinya yang setiap tahun akan menjadi tahun yang paling baik buat AirAsia. Tanda-tandanya sudah ada dan AirAsia akan jatuh menjunam dan ini amat malang sekali buat jenama Malaysia yang sudah berada di persada antarabangsa.

Malaysia Chronicle



Photobucket

Pangkalan Tentera Udara Meletup Di Antartik

on

KEBAKARAN yang berlaku di Pangkalan Comandante Ferraz di Antartik 



SAO PAULO - Satu letupan yang berpunca daripada kebakaran di sebuah pangkalan tentera laut Brazil di Antartik menyebabkan seorang askar cedera dan dua lagi hilang kelmarin, kata tentera Brazil.

Tentera Laut Brazil berkata, kebakaran berlaku di dalam sebuah bilik yang menempatkan penjana tenaga di Pangkalan Comandante Ferraz di Antartik.

Ia merupakan sebuah stesen penyelidikan yang terletak di Admiralty Bay, Pulau King George.

Seorang askar cedera yang kini berada dalam keadaan stabil telah dirawat di Stesen Arctowski sebelum dipindahkan ke Pangkalan Tentera Eduardo Frei.



Photobucket

POLITIK GANGSTER: - Gambar Gengster Dengan Pemimpin Umno !

on



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) semalam mendedahkan gambar penglibatan pemimpin Umno dengan mereka yang terlibat dengan kejadian ganas dalam beberapa program kebelakangan ini.

SAMM mendedahkan, pelaku keganasan di Jalan Kebun, Klang mempunyai hubungan dengan Senator Ezam Mohd Nor manakala di Pulau Pinang pula mempunyai kaitan dengan Datuk Helmi Yahya.

(Gambar Senator Ezam Md Nor bersama dengan ketua
penyerang jalan kebun yang konon sedang diburu polis.)
 


Ekoran itu, Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan mendakwa, Umno sedang membawa suasana politik negara ke satu suasana yang kurang sihat.

Ini kerana, Umno semakin lemah dan sedar mereka telah gagal untuk menggunakan otak bagi berhujah, dakwa SAMM.

(Gambar Datuk Helmi Yahya bersama dengan antara kumpulan
 penyerang yang menyerang Lim Guan Eng baru minggu lepas.) 
 

Tindakan ini juga dibuat kerana malu dengan Najib yang tidak berani berdebat maka Umno menggunakan keganasan dan gangsterism mengganggu program pendidikan politik rakyat, tambahnya.

Antara kejadian keganasan adalah serangan fizikal terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong, serangan terhadap Nurul Izzah di Felda Lepir, serangan bersifat perkauman di Jalan Kebun dan Rantau (N.Sembilan) dan serangan terhadap mahasiswa di Kampung Idaman Kelang.

Terbaru adalah serangan gansgter libatkan pimpinan umno terhadap Lim Guan Eng sehingga mencederakan wartawan di Padang Kota Lama, semuanya tindakan terancang Umno, dakwa SAMM.

SAMM juga melahirkan simpati dengan polis yang terpaksa menjadi 'kuda' kepada Umno.

"Yakinlah polis punya rakaman, bukti yang cukup bagi mendakwa gangster ini tetapi mereka tidak mampu kerana Umno melindungi gangster ini," dakwa SAMM.

Walaubagaimanapun rakyat perlu tenang kerana perkembangan ini merupakan perkembangan biasa bagi regim hujung usia.

Seperti di Mesir ketika di hujung usia pemerintahan, regim Husni Mubarak menggunakan pendekatan keganasan dan kekasaran untuk menghalang kebangkitan rakyat Mesir.

Akhirnya regim Hosni tumbang di tangan rakyat, tegas Edy Noor Reduan.-harakahdaily


Kenyataan Penuh SAMM


Photobucket

Siasat Semua Tun, Kata Dr Mahathir

on

SEKIRANYA TUAN2 MAHUKAN DON CHE DET DAN SEMUA TUN DISIASAT, PASTIKAN ANDA MENGUNDI CALON-CALON PAKATAN RAKYAT DALAM PRU13 AKAN DATANG..........







Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan sebarang siasatan audit berhubung kerugian dana awam semasa pemerintahan 22 tahunnya, mesti juga membabitkan siasatan ke atas semua mereka yang bergelar Tun, atau bekas perdana menteri.

"Bukan sahaja saya... semua Tun mesti diaudit. Begitu juga dengan anak-anak dan cucu-cicit mereka," bidas beliau semasa sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Mahathir berkata demikian sebagai mengulas desakan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang yang menuntut audit dijalakan berhubung kerugian hampir RM100 bilion dana awam yang didakwa Lim berlaku sepanjang tempoh Mahathir menjadi perdana menteri.
Lim - dalam satu kenyataan 24 Februari lalu - berkata langkah itu perlu kerana pentadbiran sekarang "nampaknya seperti tidak mengambil sebarang pengajaran (daripada skandal yang lalu)".

Katanya, rakyat Malaysia terkejut dan marah dengan komen sinis Dr Mahathir yang menjustifikasikan tindakan kerajaan menyelamatkan MAS yang mengakibatkan kerugian dana awam, atas alasan terdapat kes yang lebih teruk daripada itu selepas beliau (Dr Mahathir) bersara. ( Pada siapa Tun Mahathir tuju kan kenyataan beliau itu........)

Lim menyifatkan alasan Mahathir sebelum ini untuk menerangkan tindakan menyelamat MAS membabitkan RM1.8 bilion sewaktu pentadbirannya sebagai "logik sesat".


sumber
Photobucket

Dari Panji-Panji Pun Dah Tahu Siapa Mereka.

on Feb 23, 2012



Ahli Parlimen Sembrong Hishamuddin Hussein menafikan kekacauan dan gangguan ke atas ceramah Anwar Ibrahim malam Ahad lalu di Johor bukan berlaku di dalam kawasan parlimennya tetapi di Batu Empat, Kluang. Katanya anak-anak muda yang buat nakal termasuk melontar air kencing yang dimasukkan ke dalam botol mineral bukan ahli Umno yang diupah.

Cepat sangat menteri dalam negeri itu buat penafian. Saya tidak hairan sikit pun kerana menteri ini selalu buat kenyataan sebelum laporan penuh disampaikan kepadanya. Banyak kes atau pun kenyataan dibuat mendahului laporan tiba keadaan ini menyebabkan Polis kurang senang dengan telatah menterinya itu. Al hasilnya wibawa beliau sebagai menteri boleh dipertikaikan.

Kebetulan malam kejadian itu saya berada di tempat itu. Saya tidak tahu kalau tempat Anwar ceramah itu termasuk dalam kawasan Sembrong atau tidak. Saya tidak sempat ukur tetapi menurut orang kawasan itu sempadan dengan Sembrong kerana ia dirujuk kepada Semberong. Pejabat Keadilan sendiri menggunakan alamat Semberong.

Mungkin apa yang saya saksi mengesahkan bahawa yang buat nakal dan bertindak seperti orang liar itu adalah orang Umno ataupun anak-anak nakal yang diupah oleh Umno Sembrong. Ini kerana dua tiga orang anak muda yang melaung-laung dan bertempik memaki hamun Anwar benar-benar di depan mata saya memakai t-shirt berwarna hitam tertulis Sembrong 13 dan di atasnya tertera gambar Hihsmuddin pakai topi ada lambang BN.

Yang membuat bingkit dengan menguatkan engen motosikal pula memegang bendera dacing dan bendera Umno keris lucah. Mereka menyanyi lagu petroitik kepala lutut Umno dan sambil melemparkan kata-kata kesat dan menjijikkan.

Apakah itu bukan anak-anak nakal Sembrong? Atau pun mereka itu sengaja diupah oleh PKR untuk memburukkan Hishmuddin? Begitukah yang hendak disampaikan oleh Hishamuddin dengan penafian itu... nak tunjuk Umno Semberong berakhlak dan bertamadun? Maklumlah Anwar ini suka bersandiwara dan membuat kerja menipu? Dulu semasa di tahan dalam lokap polis, Anwar telah menghantukkan mukanya ke kepala lutut hingga lebam.

Mahathir yang ketika itu jadi PM membuat kenyataan itu. Tetapi apa yang didedah oleh suruhanjaya diraja mengesahkan mata Anwar lebam kerana ditumbuk oleh bekas ketua polis negara. Mungkin juga malam itu yang buat kacau adalah budak-budak Anwar sendiri? Kalau ketua polis sekarang sebaka dengan ketua polis dulu mungkin dia akan membuat dakwaan begitu juga, Anwar sengaja memburukkan dirinya sendiri di Semberong.

Kata Hishmuddin polis akan menyiasat dan mereka yang bersalah teta akan ditangkap. Itu prinsip undang-undang tetapi Hishamuddin tahu sejauh mana prinsip itu dilaksanakan.

Bagaimapun janji itu bagus. Tetapi jangan pula selepas dijalankan siasatan polis tangkap Anwar. Untuk membuktikan Anwar yang arah budak-budak nakal lagi liar itu diletakkan dua tiga helai baju t shirt Semberong 13. Kalau ini berlaku ia tidak pelik kerana sudah acap kali tektik demikian diperlakukan.



MSO

Photobucket

Bercelaru Sekarang Ni

on Feb 22, 2012



Bagi mereka yang berumur dalam lingkungan 40-an tentu dapat merasakan perbezaan musim buah-buahan semasa zaman kanak-kanak dulu dengan sekarang.

Masa zaman kanak-kanak dulu musim kampung-kampung di negara kita menikmati hasil buah-buahan seperti manggis, rambutan dan juga durian adalah tetap dan berlaku hanya sekali dalam tempoh setahun.

Sekarang samada kita perasan atau tidak kita boleh mendapatkan bekalan buah-buahan seperti rambutan, ,manggis dan juga durian pada waktu yang tidak menentu.

Boleh dikatakan dalam masa setahun banyak kali bekalan buah-buahn tersebut muncul di pasaran. Musimnya telah berubah menjadi bercelaru dan tidak dapat dijangka sama sekali.

Kalau dulu para suami amat risau apabila isterinya mengandung dan mengidamkan buah yang bukan pada musimnya, sekarang, itu bukanlah lagi menjadi masalah besar. Sebut saja nak buah apa, biasanya kita boleh cari.

Jawapan kepada perubahan pelik di atas adalah disebabkan fenomena perubahan iklim dunia yang telah melanda di seluruh mukabumi dengan amat ketara sekali.

Antara kesan yang paling ketara yang dapat dirasakan adalah dalam industri pertanian sebagaimana yang sedang kita lihat sekarang ini.

Selain daripada perubahan musim buah-buahan dalam industri pertanian, perubahan serangan penyakit serta serangga makhluk perosak juga adalah sesuatu yang membimbangkan sektor pertanian di negara kita.

Perkara ini dibentangkan oleh Ketua Pengarah Mardi di dalam satu perbincangan meja bulat mengenai masalah dan cabaran pertukaran iklim dunia dalam sektor pertanian dan pemakanan yang diadakan di UTM sempena minggu New Zealand yang diadakan di sana.


Baca laporannya di sini




Photobucket

Kantoi.....Mukhriz Mahathir Akui Tak Salah Berdagang Dengan Israel

on







Sudah Kantoi!!!.. sibapa tuduh Datuk Seri Anwar macam-macam.. agen Yahudilah.. agen asinglah... boneka Amerika Syarikat dan Yahudilah....Yahudi maukan Malaysia ditukar kerajaan dan digantikan dengan Pakatan Rakyat dan DSAI jadi PM lah....

TETIBA.. KELUAR DARI MULUT ANAK KESAYANGANNYA.. BAHAWA TIADA MENJADI KESALAHAN JIKA ADA SYARIKAT MAU BERURUS DAGANG DENGAN ISRAEL.. INI TERJADI APABILA PIHAK PR BERJAYA MEMBUKTI DAN MENYAKINKAN RAKYAT BAHAWASANYA KERAJAAN UMNO ADALAH TALI BARUT ISRAEL YANG SEBENARNYA... KUTUK GILA-GILA ISRAEL TETAPI DALAM DIAM MEMPUNYAI URUS DAGANG DENGAN NEGARA TERSEBUT..

Hari ini dengan rasminya Mukhriz anak lelaki Mahathir sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa tiada menjadi kesalahan mana-mana syarikat negara ini mau berdagang urus dengan syarikat Israel.....

SUDAH KANTOI!!!.. SUDAH MENGAKU ANGKAT BENDERA PUTEH!!!.. SUDAH MENGAKU SELAMA INI UMNO MEMANG ADA HUBUNGAN RAPAT DENGAN ISRAEL DALAM ISU PERDAGANGAN....TANGAN KANAN KUTUK HABIS.. TANGAN KIRI GENGAM ERAT....

Nah!!.. sekarang siapa petualang dan pengkhianat bangsa dan agama??? siapa???.. UMNO sekarang ini zaman batu lagi... dia lupa sekarang kita hidup dialaf maya.. zaman internet.. zaman maklumat dihujung jari...

Apa lagi nak UMNO nafikan????....sebab itu kehadiran APCO dengan berbyar ratusan juta ringgit mendapat restu dari UMNO sendiri...

Berkokok cukup nyaring berderai.. tetapi ekor bergelumangan penuh dengan taik.. ITULAH UMNO YANG SEBENARNYA!!!!!

OMAK KAU


sumber


Photobucket

N3 YANG KU DENGAR :- PTPTN Sebagai "Ah Long" Berlesen...?

on Feb 18, 2012



"PTPTN adalah Ah Long berlesen, cuma bezanya, dia tak simbah cat lagi kat rumah." Demikianlah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dari kaca mata Mandeep Singh, peminjam pertama yang menfailkan saman malu terhadap PTPTN. Kejadian penahanan Mandeep di lapangan terbang sebelum bertolak ke luar negara pada Julai 2011, mencungkil persoalan yang lebih besar, sama ada pendidikan harus diberikan secara percuma di Malaysia?

Sejak ditubuhkan pada tahun 1997, PTPTN telah mengagihkan dana pinjaman sejumlah RM48 bilion kepada 1.8 juta peminjam, menurut Abdul Malik Hakim. Dana pinjaman ini sungguhpun membantu siswa-siswi untuk menampung yuran pengajian dan membiayai sebahagian kos hidup ketika menuntut di kolej dan universiti, namun terus menjadi beban hutang sebaik sahaja pengajian ditamatkan. Lebih-lebih lagi, dengan gaji RM2,000, sejauh manakah kemampuan graduan universiti yang hidup di bandar untuk menjelaskan hutang sebanyak ratusan ringgit setiap bulan?

Forum "PTPTN: Beban Anak Muda", anjuran Kelab Mangsa PTPTN dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), di bilik auditorim Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam, telah menarik kehadiran kira-kira 50 orang. Mandeep Singh yang mendakwa diri sebagai mangsa PTPTN, tampil bersama peguamnya Abdul Malik Hakim sebagai panelis, selain aktivis pelajar, Ahmad Syukri Razab dan bekas Ketua Pemuda Sosialis, Karthig, sementara Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan sebagai moderator.

PTPTN=Institusi kewangan

Mandeep Singh mengisahkan bagaimana dirinya ditahan di LCCT pada 6 Julai 2011, meskipun beliau telah menjelaskan jumlah hutang sebagaimana yang ditetapkan PTPTN pada 8 Jun 2011. Penerbangan Mandeep ke China digagalkan, lantas beliau yang kemarahan mencari khidmat guaman daripada Abdul Malik Hakim, dan akhirnya mengheret kes ini ke mahkamah pada September 2011.


Abdul Malik, yang tidak tahu apa itu "PTPTN" sebelum kes Mandeep (gambar kanan), telah mengkaji dan meneliti perjanjian antara peminjam dan PTPTN. Oleh sebab kes ini bakal dibicarakan, beliau selaku peguam enggan meneliti secara terperinci syarat-syarat yang dianggapnya membebankan, malah tidak munasabah terhadap pihak peminjam.

Menurut Abdul Malik, sebelum wujudnya PTPTN, seseorang anak muda hanya mempunyai tiga sumber kewangan untuk membiayai pengajian ijazahnya, iaitu biasiswa sama ada dari kerajaan atau badan bebas yang lain, pinjaman dari institusi kewangan seperti bank, dan biasiswa FAMA, father and mother - ditanggung ibu bapa.

Jelas, anak muda pada usia 18 hingga 25 tahun tidak mempunyai banyak pilihan pada ketika itu, kecuali untuk menerima pinjaman PTPTN. Abdul Malik melontarkan soalan, misalnya berapa orang di kalangan peminjam yang betul-betul meneliti kandungan perjanjian dengan PTPTN, atau sesiapa yang mendapatkan nasihat peguam, sebelum perjanjian itu ditandatangani? Malah, pada usia begitu, apakah peminjam menyedari hak-hak mereka sebagai peminjam?

Syukri: Anak muda tersepit

Ahmad Syukri Razab juga bersetuju dengan pandangan Abdul Malik, mengisahkan pengalaman dirinya, yang pada mulanya cuba untuk tidak mengambil pinjaman PTPTN. Namun demikian, dengan yuran kira-kira RM8,000 atau RM7,000 satu semester, beliau akhirnya akur dan menerima pinjaman PTPTN pada semester ketiga. Untuk beliau, inilah peluang yang digunakan oleh PTPTN untuk mengerah wang dari anak muda yang tersepit.


Mandeep juga menambah, mungkin ramai yang mempunyai tanggapan bahawa seseorang graduan akan memulakan hidupnya yang baru sebaik sahaja tamat pengajian, tetapi padahal graduan memikul beban hutang yang amat berat dari PTPTN.

Mandeep Singh=Mohammed Abou Aziz Malaysia?

Ketika berucap, Abdul Malik mengingatkan bahawa peminjam sebenarnya sedang berurusan dengan satu institusi kewangan, seperti mana seseorang peminjam dana untuk membeli rumah. Beliau mengajak hadirin untuk melihat isu PTPTN dalam sistem ekonomi yang sedia ada, malah sambil berseloroh menyamakan Mandeep Singh sebagai Mohammed Abou Aziz di Malaysia, anak muda Tunisia yang membakar diri, lantas mencetuskan revolusi di tanah Arab.

Perbincangan berlanjutan kepada isu sama ada pendidikan percuma harus disediakan di Malaysia. Arutchelvan menolak tanggapan bahawa pendidikan percuma sebagai cadangan yang tidak berpijak pada tanah, membandingkan angka RM1.34 bilion untuk PTPTN setahun, dengan perbelanjaan kerajaan sejumlah RM9.5 bilion setahun, malah mengambil statistik laporan bahawa ketirisan yang disebabkan rasuah mencatat RM30 bilion di Malaysia.


"Pendidikan percuma bukan sesuatu dari bulan, tak ada. Ia sesuatu yang memang boleh dicapai. Tetapi, masalahnya kita sekarang berlawan dengan satu sistem yang nak buat keuntungan dari semua benda. Pendidikan, kesihatan...," kata Arutchelvan.

Ahmad Syukri (gambar kanan) berkongsi hasil perbincangan dirinya bersama siswa yang lain, bahawa dua pendekatan sahaja, sama ada transform sistem PTPTN untuk menyelesaikan beberapa soalan teknikal, misalnya, apakah PTPTN sesuai lagi diletak di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan sebagainya; atau reformasi dengan membubarkan PTPTN, lantas menyediakan pendidikan percuma.

Perbincangan mereka membawa kepada kesimpulan, bahawa cara yang paling relevan adalah untuk membubarkan PTPTN. Ahmad Syukri memetik EXCO kerajaan negeri Kelantan, Husam Musa yang berjanji untuk membayar PTPTN untuk anak Kelantan, atau menaja pendidikan seluruh anak Kelantan - seandainya diberi royalti minyak kepada negeri itu. Ahmad Syukri berkata, penentunya adalah iltizam politik, dan bukan sama ada negara kita mampu atau tidak untuk menyediakan pendidikan percuma.


Karthig (gambar ) ketika berucap, memetik bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Belanjawan 2008, "Saya mengumumkan bahawa pendidikan akan diberikan secara percuma di Malaysia." Namun, ketika PM merangkap Menteri Kewangan sekarang Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012, beliau berkata "buat pertama kalinya dalam sejarah" pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan disediakan secara percuma bermula sesi persekolahan 2012.

"Sama ada Najib kata (Abdullah Ahmad) Badawi tipu, atau dia tak tahu..." sindir Karthig. Karthig bagaimanapun menunjukkan resit yuran sekolah menengah kebangsaan yang diwajibkan untuk dibayar ibu bapa murid, mempertikaikan maksud "pendidikan percuma" yang didakwa kerajaan BN.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.


Photobucket

Hishamuddin : Confused, Confusing Or Both

on



Minister of Home Affairs Hishamuddin Hussein has said that he does not want Malaysia to be a transit point or a staging place for terrorists, transnational criminals and crime. Well I think the Minister is too late.

First of all Malaysia has long been the centre for Iranian drug smugglers, Chinese human traffickers and Nigerian scammers. And now we have become a staging area for Iranian terrorists who blew themselves up trying to explode bombs in Thailand.

Here is some news from Agencie France Presse (AFP) which says that the Iranian terrorist bombers have been using Malaysia as a base for quite some time. What does Hishamuddin have to say about this? Please dont say "I did not know". You are the Minister of Home Affairs.

AFP says they got their information from 'security sources' inside the Malaysian Government. Their news report does sound more credible. Compare this to the other report here from The Star which quotes directly from Hishamuddin the Minister, which actually raises more questions and confusion. First here is the AFP report:

Police probes Iran suspect’s past visits

February 17, 2012


The Iranian suspect had visited Malaysia many times and police are investigating if there is a local connection.

KUALA LUMPUR: An Iranian arrested in Kuala Lumpur after a botched Thailand bomb plot had traveled to Malaysia several times and authorities were investigating the visits, a security source said Friday. Malaysian officials have said Masoud Sedaghatzadeh was arrested at Kuala Lumpur’s international airport Wednesday as he sought to leave the country for Iran. He had arrived the day before on a flight from Thailand.

(My comments : So the Iranian terrorist had already arrived in KL and was preparing to run away back to Iran. Please note this point because Hsiahmuddin is confused over this as well).

He is suspected of being involved in Tuesday’s bomb incident, which has already seen two other Iranians charged in Thailand and led to Israeli accusations that Iran was behind an international terror campaign.

Malaysian police have found that Sedaghatzadeh had entered the country several times since last year, said the government security source, who is familiar with the case but spoke on condition of anonymity.

(My comments : This info comes from a 'government security source'. So the Iranian terrorists have been using Malaysia as a base for some time already. Hishamuddin please wake up from your slumber. Please talk to the professionals in the PDRM and even to the people in Parcel B. They understand these things well).

“We are now interrogating him to see if there is any local connection,” he told AFP.

Sedaghatzadeh has told Malaysian authorities he is an automotive parts dealer and had traveled to Malaysia, Thailand, and elsewhere in the region for business, the source said.

Thailand has said it would seek the extradition of Sedaghatzadeh, but the security source said Malaysia was yet to receive a formal request, and added that the extradition process could take several weeks.

(My comments : First of all our Police must have arrested this Iranian terrorist at the airport after being requested to do so by the Thai Police. Takkan we arrested him sebab seronok seronok. So why should the extradition back to Thailand take several weeks? This is a terrorist bomber. Send him back to Thailand asap so that the Thai Police can question him and complete their investigations.

I dont understand. When the Saudi Arabian boy used his Blackberry to send a Tweet (which is NOT a crime), Hishamuddin had him extradited away 5000 km back to Saudi Arabia within 48 hours, despite a Malaysian Court Order being issued to withold his extradition.

Now, we have Iranian terrorist bombers who exploded bombs in Thailand our nearest neighbouring country and fellow ASEAN member and Hishamuddin will not extradite him for a few more weeks? Something is not right here folks. Do read on.)

Malaysian government and police officials have declined comment, citing the ongoing investigation. The Iranian is currently being held for unspecified immigration offences.

Police obtained a court order on Thursday to hold him for up to two weeks, the security source said.

- AFP

Now here is the report on the same subject from today's Star. Either The Star has messed up the report or Hishamuddin is messed up. I am inclined to believe the latter.

Saturday February 18, 2012

Hisham: No extradition request for Iranian terror suspect

KLUANG: The extradition of an Iranian believed to be linked to terrorist bombings in Bangkok will be handled according to existing legal procedures, said Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein. However, he added that Malaysia had not received any extradition request for Masoud Sedaghatzadeh, 31.

“At the moment, he is still under our detention,” Hishammuddin said of the suspected terrorist who was arrested by the authorities as he was about to board a flight to Teheran at the LCCT in Sepang on Wednesday. Masoud is believed to be linked to Tuesday's bombings in Bangkok.

(My comments : As I said, Hishamuddin had the Saudi Arabian boy arrested at the airport here and extradited 5000 km back to Saudi Arabia within 48 hours - just for sending a Tweet. Now we have Iranian terrorist bombers who have been arrested at the request of Thailand our immediate neighbours and Hishamuddin says it will be "handled according to existing legal procedures". This may take weeks.

I say Hisham, just put him on a flight and send him back to Thailand. When we were fighting the communists our boys crossed the border quietly into Thailand with fully loaded guns. When they returned their guns were fully "unloaded". And I am not referring to "hot pursuit" either. The Thais did cooperate with us to fight the communists. So dont drag your feet on this one and jeopardise our relations with our immediate neighbours.)

Now here is something quite alarming from Hishamuddin :

Hishammuddin added that Iran had not asked for Masoud to be returned.

(My comments : Why should the Iranians ask for Masoud to be returned? The crime was committed in Thailand, not in Iran. Please dont think of sending the terrorist bomber back to Iran. It is not impossible that he was an agent sent out on a terror mission. If you send him back to Iran, the case may never be solved.

Transnational criminals are extradited from one country back to the country where the crime was committed. For instance if a Malaysian travelled to Iceland, exploded a bomb there and then ran away to Greenland where he was arrested, then from Greenland he will be extradited back to Iceland.

Why Iceland? Because that is where he exploded the bomb. They will not send him back to Malaysia. The bomb exploded in Iceland - so how are the Police or Prosecutors in Malaysia going to gather any evidence to prosecute him for a bomb that was exploded in Iceland?

I also want to put Hishamuddin and the Police on notice about something else. Over the past year, I have been noticing an increase in the Taliban type people around the Masjid India area in Kuala Lumpur.

These are people from Pakistan, India and Afghanistan who seem to be visiting Kuala Lumpur in increasing numbers. You can easily recognise them - they wear the Taliban type pyjamas, with white skull caps, huge beards, no moustache and they walk around in pairs or small groups. They are definitely not tourists - they do not carry cameras (photography is haram for them). Neither are they carpet sellers, rug sellers, textile traders or roti naan sellers. I dont know what they do here but their numbers are increasing.

My guess is they go around the many Pakistani traders in Malaysia and solicit donations and money from them. That by itself is a crime (or should be a crime) because foreigners cannot just walk into our country to solicit money for any purposes, especially for religious purposes. They do not approach Malaysians. I walk past them all the time and they do not interact with Malaysians. This suggests that they are not collecting money for 'rumah anak yatim'.

Ever since Liwat was Minister in the Gomen we have attracted all sorts of undesirable characters to our country. Indonesian terrorist guru Abu Bakar Bashir was granted PR status here. We played host to Moro rebels, Aceh rebels, Southern Thai rebel leaders and all sorts of people. The alleged Al Qaeda 9-11 plotters also used Malaysia as a base. The Bali bomb mastermind Azahari Husin was a Malaysian. So was another fellow.

Then the Pakistanis and Sri Lankans came to Malaysia to manufacture parts used in nuclear centrifuges. This blew up into an international scandal - where Slumberjack's son was also implicated. Now we also seem to be playing hosts to the Iranian connection.

Someone is sleeping on the job.


source :- OutSyed The Box

Photobucket

N3 DARI SEBERANG :- Betul Ker Azmin

on



Menurut apa yang aku dengar dari Pejabat MB Selangor, Khalid "gagap" dalam keadaan bahaya. Betul ke?


Khabarnya, Azmin akan take over satu DUN dan satu Parlimen PRU13 ni.


Kalau Pakatan Haram menang jugak di Selangor, dan kalah di Federal, maka Azmin dikatakan akan ambik alih Selangor dari Khalid "gagap". Betul ke Min? Heh!




Photobucket

N3 YANG KU DENGAR :- GST Wajar Kah.....

on






Barisan Nasional mendakwa, Malaysia maju dan makmur. Ekonomi berkembang pesat  dengan KDNK sentiasa meningkat. Kadar upah yang tinggi, pengangguran yang rendah. Betul ke semuanya ini? Tidak dinafikan ada asasnya.

Perlukah lagi pelbagai bentuk cukai dikenakan? Kalaulah benar Malaysia maju dan makmur perlukah cukai barangan dan perkhidmatan dicajkan kepada pengguna atau rakyat.

Adakalanya wajar jika caj ini dikenakan dikalangan pengguna mewah yang membelibelah di pasaraya eklusif dan restoran ternama.




Secara langsung jika GST dikenakan,  kadar inflasi 3.5 akan meningkat dan ini akan menambahkan lagi derita rakyat.  Memang UMNO/BN nak ikut standart antarabangsa dengan mengenakan GST tetapi mengapa kadar upah/ gaji tidak mengikut standart yang sama?

Adakah wajar jika GST dikenakan dikedai runcit dan restoran biasa?   Walaupun dikedai terpilih?
Adakah GST ini akan sampai kepada kerajaan? Siapakah yang menggunakan pekhidmatan sepeti ini? Masih tak faham lagi UMNO/BN?


GST nampak sedikit cuma 6% , tapi sedarkah jumlah tersebut akan menurunkan kuasa beli rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah.  Orang-orang yang kaya dan mewah tak menjadi kudis pun jauh sekali menjadi kurap.  Kalau yang berpendapatan rendah jumlah tersebut cukup besar.

Jika kerajaan mendakwa cukai pendapatan dikurangkan sebagai alasan GST dikuatkuasakan, Malaysia cuma 10% sahaja yang dikelaskan sebagai pembayar cukai.

Masih tidak cukup lagi cukai yang dikenakan sehingga tidak boleh menampung perbelanjaan kerajaan? Atau kerajaan UMNO/BN berjoli sakan dalam perbelanjaan?  Inilah pentingnya kecekapan dalam pengurusan. Diakui memang ramai pakar kewangan yang ada, tetapi mengapa perbelanjaan gagal dikawal secara berhemah?


Memang tidak dapat dinafikan Malaysia kaya dengan perancang ekonomi.  Ramai yang hebat-hebat. Malangnya perbelanjaan kerajaan memang tidak berhemah.


Tampuk ibarat paus, pengikutnya adalah jerung.  Perancang ekonomi berkerja memecah keringat dingin untuk menambah pendapatan kerajaan.  Paus sangat suka makan besar tidak terkecuali jurung, diarahkan perancang melukah bilis kemuara, bilis dalam keadaan duka dan terpaksa menuju muara............... ahhh
apa terjadi fikirlah sendiri.

Sekarang dunia tanpa sempadan, GST secara langsung akan menjeratnya. Contohnya kad prabayar 6% akan dikenakan tidak terkecuali siapa anda miskin atau kaya. Harap maklum yang kaya tak guna prabayar, penggunaan mereka dibilkan. Maka wajarlah dikenakan!!


Kalau dulu penggunaan kad ATM adalah percuma, tetapi sekarang dikenakan bayaran. Inilah satu contoh GST yang diubahsuai dasar kerajaan kepada kepentingan industri.


FIKIR-FIKIRKAN..  PILIHAN DITANGAN ANDA ,  ANDA YANG MENENTUKAN,  PRU 13 JAWAPANNYA



G3A

Photobucket

Ada Orang Akan Kaya...

on

LEBUH RAYA PANTAI BARAT: SATU LAGI PROJEK UNTUK KANTUNG PILIHANRAYA BN?







Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bimbang pembinaan projek Lebuhraya Pantai Barat yang menghubungkan Banting, Selangor ke Changkat Jering, Perak akan menggunakan konsep yang sama juga sepertimana Lebuhraya Utara ke Selatan (PLUS). Di mana kadar tol yang tinggi dan tempoh konsesi selama 30 tahun.

Lebuhraya baru menguntungkan BN dari segi kutipan tol

Perkara tersebut disuarakan oleh Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, ZAWAWI HASSAN. Katanya, konsesi yang amat lama tempohnya biarpun syarikat telah memperolehi keuntungan berganda akan menekan ekonomi rakyat yang melaluinya.

“ Isunya adalah bayaran ‘TOL’ yang bakal dikenakan kepada rakyat jika menggunakan laluan tersebut dalam tempoh jangkamasa yang cukup panjang (60 tahun) walaupun telah memperolehi keuntungan sepertimana yang berlaku di konsesi PLUS.

“Kami merasakan ‘TOL’ yang bakal dikenakan tentu akan membebankan rakyat dalam jangkamasa yang cukup panjang jika melihat daripada kos pembinaan tersebut.

Lebuhraya pantai barat

“Pendedahan Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang, Lim Guang Eng yang menyatakan bahawa kos yang sepatutnya tidak begitu tinggi dan sengaja di naikkan untuk memberikan keuntungan kepada syarikat yang mengemdalikan pembinaan amat merisaukan rakyat. Persoalannya, adakah pembinaan projek lebuh raya tersebut diwujudkan untuk menanggung kroni yang jelas mempunyai rekod bermasalah sebelum ini?” kata Zawawi.


Beliau tidak menolak pembinaan lebuhraya baru itu adalah bagi menanggung kos berkempen Bn dalam pilihanraya akan datang.

“Kami yakin usaha untuk meneruskan pembinaan projek tersebut sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti untuk memastikan kantung Barisan Nasional (BN) mendapat kepentingan di atas projek mega tersebut.

“Kami melihat usaha terbaik bagi menyelamatkan keadaan adalah memastikan pengurusan pembinaan projek tersebut dinilai semula serta dikaji dengan lebih mendalam kos yang bakal ditanggung oleh rakyat sebenarnya!,” katanya




Photobucket

Ahmad Maslan :- Jingga Di Tangan Kanan Ku, Blue BN Di Tangan Kiri Ku...

on



KUCHING: UMNO tidak akan membuka cawangan di negeri ini, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Bukan sahaja tidak akan membuka cawangan, UMNO juga katanya tidak mempunyai rancangan untuk melebarkan sayap partinya ke negeri ini.

Katanya, pimpinan tertinggi UMNO telah menegaskan pendirian bahawa parti ini tidak akan bertapak di Sarawak dan ia sama sekali mustahil untuk berlaku. “Pihak UMNO tidak pernah merestui dan menyokong mana-mana pihak yang berhasrat untuk membuka cawangan parti itu di negeri ini seperti yang dikhabarkan.

“Ini adalah satu agenda peribadi oleh pihak tertentu ia tidak ada berkaitan dengan parti.
“Inilah titik noktahnya, UMNO tidak akan membuka cawangan di negeri ini seperti yang diputuskan oleh pimpinan tertinggi parti,” katanya.
Jelas Ahmad Maslan, Sarawak telah mempunyai parti komponen yang kukuh di bawah Barisan Nasional (BN).

Justeru katanya, tidak ada rancangan mahupun persefahaman antara UMNO dan parti-parti komponen BN di negeri ini untuk UMNO membuka cawangan di sini.
“UMNO membenarkan sekiranya ada di kalangan rakyat Sarawak ingin menyertai parti di Semenanjung Malaysia tetapi tidak jika berhasrat untuk membuka cawangan di negeri ini.
“Apa yang lebih penting di sini ialah sokonglah BN dan bukan sebaliknya,” katanya.


PAS ada ahlinya di Sarawak,
PAS ada pejabatnya di Sarawak…
PKR ada ahlinya di Sarawak.
PKR ada pejabatnya di Sarawak…
DAP ada ahlinya di Sarawak..
DAP banyak pejabatnya di Sarawak…
UMNO ada apa di Sarawak…?????? Hanya ada puaka,jembalang,hantu dan anjing kurap yang datang dari semenanjung untuk berkempen di Sarawak….
Sudah 53 tahun merdeka UMNO tetap gagal untuk diterima oleh keseluruhan rakyat di Malaysia.



Photobucket

Tarikh PRU 13.....Tungguuuuuu...!

on



Pilihanraya Umum 13 (PRU13) semakin hampir. Ada pihak menyatakan akan diadakan March ini. Namun bila melihatkan sidang dewan rakyat yang akan berlangsung pada 12 March depan menampakkan desas desus PRU13 pada March tidak akan diadakan.

Manakala fakta lain pula menyatakan mungkin akan diadakan pada Mei ini memandangkan bulan tersebut jatuh pada minggu cuti sekolah.
Berdasarkan fakta juga berkemungkinan besar Selangor tidak akan menyertai pilihanraya negeri sekiranya diadakan sebelum Jun ini.

Tan Sri Abdul Khalid ketika sidang Dun November tahun lalu menyatakan Selangor tidak akan membubarkan Dun sekiranya PRU13 dilaksanakan sebelum Jun 2012. Tindakan tersebut dianggap berpatutan bagi memastikan peruntukan RM1.9 bilion kerajaan negeri dapat dinikmati rakyat negeri itu.

Menurut Khalid, beliau tidak mahu berlaku sebagaimana PRU 2008 dimana peruntukan kerajaan negeri dibawah BN hilang entah kemana dalam masa tiga bulan berikutan PRU12 pada March 2008.

Sama ada rakyat atau pemimpin-pemimpin politik tahu bahawa tarikh pilihanraya di negara ini hanya di tentukan oleh Perdana Menteri (PM). Penetapan tarikh oleh PM ini telah menjadi kuasa mutlak dalam ritual Umno/BN sejak menguasai negara ini.


Sedangkan di negara-negara lain tarikh pilihanraya seterusnya telah ditentukan sejurus tamat pilihanraya atau setahun sebelum pilihanraya diadakan.

Ini bagi membolehkan parti-parti politik mengadakan persiapan dan strategi masing-masing bagi menghadapi pilihanraya akan datang. Tetapi malangnya di Malaysia, PRU ditentukan oleh 'ilham mimpi' PM.

Maka secara mutlaknya keputusan mengadakan PRU tersebut bergantung kepada keyakinan PM serta kesediaan BN untuk memenangi PRU tersebut.

Najib masih takut



Menurut teori R.A.H.M.A.N, Najib adalah pemimpin terakhir dalam hierarki penguasaan Umno/BN dinegara ini. Najib juga dikatakan percaya kepada 'ong' nombor 111111.

Berdasarkan maklumat internet pula, kalau nak cerita pasal tilikan bomoh setentunya isteri beliau, Rosmah Mansur boleh menyediakan maklumat tambahan berhubung 'alam ghaib' kepada suaminya.

Sebagai Perdana Menteri yang tidak pernah diuji dengan PRU, Najib amat bimbang dan takut. Jika tersilap langkah Umno/BN akan menjadi pembangkang.

Umno akan lumpuh jika menjadi pembangkang. Segala amalan rasuah, kronisme, salah guna kuasa, sogokan, ugutan, politik wang dan seribu satu amalan tidak bermoral yang dilakukan sejak 54 tahun berkuasa akan diheret ke mahkamah untuk di adili sekiranya PR menguasai Putrajaya.


Begitu juga sumber kewangan untuk membuat pelbagi program politik yang selama ini berselindung disebalik program bersama pemimpin. Apatah lagi sogokan-sogokan politik seperti membuat jalan, bantuan-bantuan yang semuanya bersifat 'mee segera' kepada pengundi.

Selama ini pemimpin-pemimpin Umno ini mempergunakan sewenang-wenangnya wang rakyat untuk di berikan kepada pemimpin-pemimpin Umno menjelang PRU.

Contohnya, peruntukan RM2.71 bilion untuk Umno Selangor bermatlamat untuk memastikan pelbagai 'onak' dilakukan untuk menjatuhkan pimpinan Khalid Ibrahim di negeri Jugra tersebut.

Dari segi isu semasa pula skandal 'lembah Daging' NFC yang membabitkan keluarga Shahrizat Jalil yang juga seorang menteri kabinet Najib dianggap sebagai beban paling berat yang terpaksa di pikul beliau.


Ini tidak termasuk kekangan ekonomi yang mencengkam negara sehingga semua harga barang terpaksa dibiarkan melambung disebabkan tidak mampu lagi dikawal.

Rakyat paling terasa bebanan ekoran kenaikan harga barang, kenaikan tarif letrik serta tol.

Begitu juga dengan sokongan masyarakat bukan melayu seperti orang Cina dan India yang tidak lagi memberi sokongan kepada BN.

Namun apa yang lebih penting adalah maklumat dari sumber polis Politik di Bukit Aman. Mimpi Najib tidak dapat menjadi nyata selagi SB-SB (Unit Tindakan Khas) di Bukit Aman tidak memberikan laporan positif berhubung sokongan rakyat.

Najib juga tidak percaya dengan maklumat retorik bertujuan untuk mengambil hati beliau dari ketua-ketua bahagian Umno.

Najib pernah mengalami pengalaman pahit bersandarkan sumber maklumat dari bahagian-bahagian Umno di Pekan dalam PRU10 dahulu. Najib hanya memenangi 204 undi di parlimen Pekan sedangkan 'pengampu-pengampu' beliau mengatakan 'ok datuk, semua ok datuk, jangan risau datuk'.

Dr Mahathir paling takut

Mimpi Najib berhubung tarikh PRU masih belum muncul disebabkan kelibat musuh politik beliau yang sering mengganggu laluan fikirannya.

Mungkin juga tilikan bomoh-bomoh Rosmah juga memberikan 'klu' yang sama.

Tapi nampaknya orang yang paling 'kalut' adalah bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad. Semua orang tahu Dr M tidak akan duduk diam selagi Anwar Ibrahim masih berligar di pentas politik.

Mungkin beliau telah menduga apa yang akan berlaku kepada beliau serta kroni-kroni yang berhutang berbilion ringgit kepada rakyat. Anwar juga tahu jumlah sebenar yang Dr M gunakan untuk 'bail out' syarikat-syarikat anak-anak serta kroni-kroni beliau ketika krisis ekonomi 1998.


Malah paling di takuti Dr M adalah berhubung pengkhianatan yang telah beliau lakukan pada negara ekoran projek pemberian kad pengenalan kepada lebih 600,000 warga Filipina dan Indonesia untuk menjatuhkan kerajaan Pairin Kitingan pada era 1980'an dahulu.

Lantaran itu selama enam tahun selepas dibebas dari penjara Sungai Buluh, Anwar Ibrahim dihujani serangan bertali arus berhubung pelbagai isu liwat.

Isu Liwat dijadikan ikon serangan bertujuan untuk mengasak di minda rakyat berhubung persepsi rakyat ke atas ketua Pembangkang tersebut.

Lantaran itu apa sahaja kenyataan media Mahathir ketika ini semuanya berkisar kepada usaha mengaibkan Anwar.

Dr Mahathir pernah berkata sesuatu yang tidak benar itu sekiranya diulang berulang kali akan menjadikan pembohongan itu suatu kebenaran.

Itulah juga formula yang diguna pakai oleh Najib setelah melihat kejayaan taktik tersebut ketika era Dr Mahathir.

Calon Tikam Belakang

Masalah paling besar yang sedang dihadapi Najib setelah selesai segala 'sogokan' kepada rakyat melalui pelbagai bentuk pemberian adalah masalah pemilihan calon yang mewakili Umno/BN dalam PRU13 nanti.

Walaupun Najib cuba membawa pendekatan kesantunan 'Winable candidate' (calon boleh menang) dalam lawatan beliau kesetiap negeri namun hasilnya masih belum terbukti.

Pembuktian tersebut hanya diperoleh setelah PRU selesai dan selepas 'post-mortem' dilakukan. Situasi ini sememangnya telah terlewat.

Pengalaman PRU 2008 lalu telah dikenalpasti banyak kerusi BN tewas disebabkan tindakan calon yang tidak terpilih bertindak memberi sokongan kepada pembangkang untuk mengalahkan calon BN.

Ini adalah igauan paling ngeri buat Najib. Begitu juga sejak tiga tahun berturut-turut perhimpunan Agung Umno diadakan, Najib mengelak dari diadakan pemilihan kepimpinan baru kerana takut dan bimbang berlaku perpecahan dalam parti pimpinannya.

Apatah lagi akan tiba saat apabila membabitkan pemilihan calon untuk PRU13 nanti. Hanya Najib yang rasa bahananya walaupun Rosmah mungkin hanya mampu menghembuskan asap kemian pemulih semangat ke tubuh suaminya.


Media 'over kill' Anwar

Kegagalan mengheret Anwar untuk dijatuhkan hukuman bersalah pada 9 Januari (901) lalu memberi impak yang besar kepada 'kemaksuman' pemimpin-pemimpin Umno termasuk Najib-Rosmah.

Kesan paling ketara adalah persepsi rakyat terhadap Anwar telah berubah. Anwar telah dianggap sebagai orang yang sengaja di aniaya oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN sedangkan hakikatnya mahkamah membuktikan beliau tidak bersalah.


Persepsi rakyat juga akan beranggapan pelbagai deretan fitnah yang dibuat ke atas Anwar selama ini merupakan palsu dan tidak benar.

Simpati rakyat akan melihat Anwar sebagai pemimpin bersih yang difitnah oleh musuh-musuh politik beliau.

Pun begitu, tidak sempat Anwar memasuki rumah setelah berkunjung ke Mumbai selepas 901, media cetak dan eletronik milik Umno/BN yang terdiri dari 26 saluran Radio, 8 saluran tv dan hampir 10 media cetak kembali menghentam beliau.

Malah tidak ada satu hari pun selepas itu yang boleh di istihar sebagai 'detik bebas' bagi Anwar dari serangan media-media tersebut.

Sukar juga mempercayai bagaimana 'think tank' media-media tersebut gagal memikirkan kesan 'over kill' dari bahan berita yang dibawa ke minda rakyat berhubung Anwar.
Atau mungkin pemimpin-pemimpin Umno/BN tidak mempunyai pengalaman disebabkan selama 54 tahun media dikuasai oleh mereka.

Inilah juga amalan yang diamalkan sejak 12 kali PRU berlangsung dan mereka terus menerus memperoleh kemenangan. Justeru formula ini perlu diteruskan. Dan kaedah yang sama akan diguna pakai.

Apakah media dan pemimpin BN lupa memikirkan 70 peratus dari lebih 12 juta pengundi dalam PRU13 nanti adalah pengundi berusia 21 hingga 40 tahun.

Mereka yang di klas sebagai pengundi muda ini majoritinya adalah pengundi klas menengah yang berpendidikan sekurang-kurangnya pemegang Diploma dari pusat pengajian tinggi.


Golongan ini juga adalah celik sumber maklumat dan tidak terpengaruh dengan sentimen perjuangan pemimpin silam.

Golongan ini sebahagian besarnya terbelenggu dengan hutang PTTN disamping persekitaran kehidupan mereka terperangkap dengan ketiadaan pekerjaan dan kos sara hidup yang tinggi.

Sedangkan apa yang terhidang dihadapan mereka adalah pelbagai isu yang melibatkan kos kenaikan harga barang, amalan rasuah yang berleluasa, kronisme yang kronik, salah guna kuasa pemimpin Umno/BN, kekangan media yang tidak bebas, cengkaman AUKU dan pelbagai lagi.

Kemajuan dunia telekomunikasi membolehkan generasi muda ini menjadi pengundi yang bijak kerana memperoleh sumber maklumat dari pelbagai pihak.

Berdasarkan dari beberapa kajian mendapati golongan ini terdiri dari golongan atas pagar dan penyokong pembangkang. Malah generasi ini juga tidak mudah terpengaruh atau tunduk dengan pelbagai sogokan laporan dari media milik Umno/BN.

Pada Najib dan Rosmah mungkin masih boleh beraksi hebat didada media milik mereka. Hak mereka untuk 'syok sendiri'... dan mungkin ada yang terpesona.

Namun dalam kehebatan aksi-aksi tersebut masih belum terpacul dari mulut Najib berhubung PRU13 walaupun wisil penamatnya pada March tahun hadapan.

Atau Najib terpaksa merubah angka 'ong' 111111 (tarikh 11.11.11) yang tidak mungkin menjadi realiti itu kepada angka 121212 (12.12.12) setelah tilikan 'alam ghaib' Rosmah mendapati BN akan memperoleh kemenangan pada angka tersebut.


sumber


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List