Ada Orang Akan Kaya...

on Feb 18, 2012

LEBUH RAYA PANTAI BARAT: SATU LAGI PROJEK UNTUK KANTUNG PILIHANRAYA BN?







Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bimbang pembinaan projek Lebuhraya Pantai Barat yang menghubungkan Banting, Selangor ke Changkat Jering, Perak akan menggunakan konsep yang sama juga sepertimana Lebuhraya Utara ke Selatan (PLUS). Di mana kadar tol yang tinggi dan tempoh konsesi selama 30 tahun.

Lebuhraya baru menguntungkan BN dari segi kutipan tol

Perkara tersebut disuarakan oleh Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, ZAWAWI HASSAN. Katanya, konsesi yang amat lama tempohnya biarpun syarikat telah memperolehi keuntungan berganda akan menekan ekonomi rakyat yang melaluinya.

“ Isunya adalah bayaran ‘TOL’ yang bakal dikenakan kepada rakyat jika menggunakan laluan tersebut dalam tempoh jangkamasa yang cukup panjang (60 tahun) walaupun telah memperolehi keuntungan sepertimana yang berlaku di konsesi PLUS.

“Kami merasakan ‘TOL’ yang bakal dikenakan tentu akan membebankan rakyat dalam jangkamasa yang cukup panjang jika melihat daripada kos pembinaan tersebut.

Lebuhraya pantai barat

“Pendedahan Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang, Lim Guang Eng yang menyatakan bahawa kos yang sepatutnya tidak begitu tinggi dan sengaja di naikkan untuk memberikan keuntungan kepada syarikat yang mengemdalikan pembinaan amat merisaukan rakyat. Persoalannya, adakah pembinaan projek lebuh raya tersebut diwujudkan untuk menanggung kroni yang jelas mempunyai rekod bermasalah sebelum ini?” kata Zawawi.


Beliau tidak menolak pembinaan lebuhraya baru itu adalah bagi menanggung kos berkempen Bn dalam pilihanraya akan datang.

“Kami yakin usaha untuk meneruskan pembinaan projek tersebut sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti untuk memastikan kantung Barisan Nasional (BN) mendapat kepentingan di atas projek mega tersebut.

“Kami melihat usaha terbaik bagi menyelamatkan keadaan adalah memastikan pengurusan pembinaan projek tersebut dinilai semula serta dikaji dengan lebih mendalam kos yang bakal ditanggung oleh rakyat sebenarnya!,” katanya




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List