Mission Possible...?

on Mar 30, 2012

sekadar hiasan





PRU 13: Mission Impossible

Oleh: MSK

Ada sorang mamat telefon aku..”Mat..hang tolong bagi tau Mat Sabu..jangan la buat loklaq sangat.”
Aku tanya pasai apa? Dia jawab..”Kita semua dok semangat nak rampas Putrajaya, Mat Sabu pulak kata impossible. Patah semangat.”

Aku pun cari kat mana yang Mat Sabu dok cakap macam tu. Hangpa boleh baca kat Free Malaysia Today disini.
Dalam berita tersebut, pemberita menulis ..” PAS deputy president Mohamad Sabu says Pakatan Rakyat taking over Putrajaya is like “mission impossible”.

Kalau Mat Sabu kata “Capturing Putrajaya is impossible.” Yang tu aku setuju kalau hangpa katok kepala Mat Sabu. Tapi bila dia kata …taking over Putrajaya is like “mission impossible“..yang tu hangpa kena katok kepala sendiri.





Kita tengok lagi apa yang Mat Sabu kata..”…he predicted that Pakatan would again deny BN the parliamentary two-thirds majority, and retaining the state governments of Penang and Kelantan.
He, however, conceded that BN would retain Pahang and Perlis state governments.

He said Pakatan would face tough battles to retain Kedah and Selangor and recapture Perak.
He added that Pakatan has a good chance of capturing Negri Sembilan and Terengganu and denying BN its two-thirds majority in Johor and Malacca State Legislative Assemblies.”

Bila Mat Sabu kata “mission impossible”, aku setuju dengan dia. “Mission Impossible” ialah satu siri televison yang popular satu masa dulu. Dalam siri tersebut, semua misi-misi “mission impossible” menjadi “possible” dan berjaya. Macam mana boleh berjaya?

Misi-misi menangkap penjenayah atau mematahkan komplot bukan dilakukan secara biasa. Ia bukan dilakukan oleh polis, FBI atau CIA tetapi dilakukan oleh “A Team” yang dianggotai oleh orang-orang yang tak berapa betui tapi terer dalam bidang masing-masing. “A Team” dianggotai oleh mereka yang pakar dalam teknologi tapi tak boleh ikut kepala orang-orang yang “normal” ataupun orang-orang yang berfikir dalam kotak.

Kalau hangpa fikir bahawa Umno dan BN boleh ditumbangkan melalui pilihanraya..itu impossible!! Sebab BN akan hanya mengadakan pilihanraya bila dia pasti dia boleh menang. Kalau 50:50 pun dia tak buat. Dan dia akan buat apa saja untuk menang walaupun dengan menipu.

Kalau nak menang..kena buat macam “Mission Impossible”.

Apakah hangpa ingat ceramah Tok-tok lebai kat kampung boleh menumbangkan BN? jangan harap la.
Apakah dengan menyebar risalah harga barang naik masa orang tengah kalut dengan banjir boleh menumbangkan BN? Itu pun kerja bodoh.

Yang boleh menumbangkan BN ialah orang yang tak berapa betui. Yang tidak “normal”. Kita perlukan “A Team”.

Yang boleh menumbangkan BN ialah pakar-pakar IT yang berpakaian tak senonoh, para hackers yang tak sembahyang sebab dok mengadap laptop, electronic engineers yang tak percaya hantu, anak-anak muda yang sanggup turun kejalanraya…ini orang yang boleh memporakporandakan UBN.

Pakar IT, para hackers, electronic enggineers dan mat-mat rock inilah yang mampu membuktikan bahawa UBN menang pilihanraya secara menipu. Anak-anak muda yang menguasai teknologi inilah yang akan mampu melawan pemerintah.

Mat Sabu bercakap tentang realiti. Kita tak mau lagi dengar angan-angan 16 September. Kita tak mau lagi dengar cerita Pakatan akan mengambil alih Sarawak..tapi bila keputusan diumumkan..depa hanya menang 3 kerusi. Kita juga tak mau dengar dah..kita kan merampasa Putrajaya…tapi kat Terengganu dah bergaduh sama sendiri. Kat Kedah bergaduh sama sendiri. Kat Selangor bergaduh sama sendiri.

Macam mana nak rampas Putrajaya?

Mat Sabu kata, cuma Kelantan dan Penang yang boleh dipertahankan. Ada sapa yang tak setuju?
Kedah dan Selangor dalam bahaya manakala Perak susah untuk dirampas semula. Bulan Mei tahun lepas aku dah kata benda yang sama. Tentang Kedah aku tulis dua siri disini dan disini.

Tentang Selangor, juga aku dah tulis dalam siri “Selangor dalam bahaya” . Tapi masa tu orang lebih percaya cakap Zuraidah yang kata PR akan mendapat dua pertiga. Masa tu belum teruk..tapi sekarang lagi leceh. Masa tu belum pecah skandal-skandal dalam PKR..sekarang, macam-macam cerita dah kita dengar.

Mat Sabu juga kata PR ada peluang merampas Negeri Sembilan. Bukan ka aku juga tulih benda tu tahun lepas? “Pakatan mampu tawan Negeri Sembilan?”

Dalam siri itu, aku kata..”Negeri Sembilan macam Sibu 2010. Ini bukan mustahil. Malah boleh berlaku sekiranya Pakatan mempunyai strategi yang tepat.”

Cuma macam mana nak merampas Terengganu tu yang aku tak pernah kaji. Diperingkat awal, memang nampak ada peluang bila Umno Terengganu berpecah…tapi bila PAS dan PKR Terengganu berbalah..aku pun tak nampak macam mana nak menang. Malah aku boleh kata..”impossible”.

How to make it possible? Yang ni hangpa kena belajar dari Perak.

Bila tiga ADUN PR melompat jadi bebas, kita kata kita masih selamat sebab Sultan tak ada hak menyingkir Menteri Besar. Memang la kalau ikut undang-undang pun Sultan tak ada hak. Hakim-hakim berpenglaman pun kata macam tu..tapi akhirnya jadi apa? Undang-undang pun boleh ditafsir ikut cara depa.

Kemudian kita kata Speaker tak boleh disingkir. Betui la…tapi depa heret didepan Raja Muda dan Mufti Perak. Yang tu pun halal!!

Macam mana Umno boleh menjadikan sesuatu yang impossible boleh jadi possible? Sebab depa bukan ikut undang-undang.

Kalau kita pun ikut undang-undang SPR..itu yang menjadikan impossible. Kita perlukan “A Team”.



PRU 13: Mission Possible (1)

Oleh: MSK

Sejak sebulan yang lalu, Najib turun ke Perak sebanyak lima kali. Setiap kali turun, perbelanjaan yang digunakan mencecah jutaan ringgit. Itu baru jumlah yang digunakan untuk menyambut Najib. Dalam ucapan Najib, dia mengumumkan beberapa juta lagi peruntukan untuk pelbagai lapisan rakyat. Dari sekolah Tamil, Sekolah Cina sampai lah ke Dewan Orang Asli. Cuba kira berapa jumlah yang diumumkan. Sudah hampir 100 juta ringgit.

Jangan percaya sangat dengan jumlah wang yang besar itu. Sejumlah besar daripada jumlah wang yang diumumkan itu akan masuk ke kocek Ketua Bahagian dan Ketua cawangan. untuk menghadapi pilihanraya.

Ambil contoh masa Najib turun ke Sitiawan pada 28 Januari lalu. Sejumlah 5 juta ringgit diperuntukkan untuk majlis tersebut. Peruntukan tersebut termasuklah kos makan minum.
Aku tak pandai kira juta-juta. Orang Umno kampung pun bukan pandai kira sangat…jadi aku ambik congak mudah.

Semasa majlis di Sitiawan, urusetia menempah 50,000 cucuk sate ayam. Bajet untuk secucuk sate ialaah 70 sen. Itu kos yang ditawarkan kepada katerer tapi jumlah yang dituntut..lain.
Kontrak untuk membekal sate diberikan kepada Ketua cawangan. Kontrak untuk membekal nasi bungkus, laksa, mihun goreng…setiap Ketua cawangan dapat kontrak untuk membekalkan satu jenis makanan!!

Kontrak membekal sate diberikan kepada seorang katerer dengan nilai RM35,000. Nilai sebenar ialah RM50,000. RM15,000 masuk poket Ketua Bahagian. Ketua cawangan dapat apa?

Ketua cawangan buat deal dengan katerer. Katerer kena buat claim sebanyak RM35,000 tapi katerer cuma dapat RM20,000 ataupun 40 sen secucuk. RM15,000 masuk poket Ketua Cawangan.
Jangan percaya cakap aku…hangpa pi tanya katerer yang membekalkan makanan semasa Najib datang ke Sitiawan dulu. Ramai yang merungut masih belum mendapat bayaran.

Mengapa Najib begitu kerap datang ke Perak dan sanggup membelanjakan wang berjuta ringgit? Mengapa Muhyidin juga datang ke Perak terlalu kerap?

Kerana politik Perak sudah kacau bilau. Kalau BN kuat, Najib tak perlu risau. Tapi masalahnya, kedatangan Najib ke Perak bukan menyelesaikan masalah, sebaliknya menimbulkan lebih banyak masalah. Kalau lah masalah di Perak sudah lama selesai, Najib dah buat PRU bulan November tahun lepas lagi..tapi oleh kerana maklumat yang diperolehi oleh Umno mengatakan negatif..maka Najib terpaksa menangguhkan PRU.

Najib kena pastikan BN menang di Perak untuk menghalalkan rampasan kuasa Mach 2009. Kalau BN kalah, ia bermakna bahawa rakyat Perak menolak rampasan kuasa dulu. Itu sebabnya Najib sanggup menabur ratusan juta ringgit.

Masalah utama Umno Perak ialah kerana Najib mahu meletakan Zambry bertanding di Parlimen Parit Buntar. Macam yang aku kata dulu, Zambry bukan pilihan Najib. Zambry adalah pilihan Pak Lah.
Bila Zambry menjadi Menteri Besar, dia tak ambil orang Umno jadi penasihat di keliling dia. Tapi dia ambil orang-orang yang keluar PKR macam Hamdan Taha dan Hanafiah Man. Orang Umno marah sebab orang yang kuat kutuk Umno diambil jadi penasihat Zambry..manakala orang yang  kuat mempertahankan Umno dipinggirkan.

Dalam masa yang sama, geng Tajol Rosli ramai juga yang kecewa sebab Tajol disingkir dari jawatan Ketua Perhubungan Umno Perak untuk membolehkan Najib menjadi Ketua Perhubungan Negeri dan memudahkan rampasan kuasa.

Politik Tajol Rosli boleh dianggap dah habih dah. Generasi ADUN seangkatan dengan Tajol Rosli yang tua-tua macam Pakeh Adam, Raja Ahmad dan Hamdi Abu Bakar besar kemungkinan tak akan dicalonkan lagi. Tapi depa ni merupakan warlord Umno!! kalau disingkirkan..bahaya kepada Umno. Jadi terpaksa lah Najib mencari jalan macam mana nak “membayar” pampasan.

Generasi ADUN yang seangkatan dengan Tajol Rosli bukan masalah besar. Cuma perlukan wang besar.
Masalah Najib sekarang ialah diantara Hamidah dan Zambry. Dua-dua sama kuat.

Masa Najib datang ke Sitiawan, Hamidah cuba sabotaj dengan mengadakan konsert Jamal Abdillah di Stadium Perak dalam masa yang sama. Masuk free pulak tu!!

So..Zambry cuba menyingkirkan Hamidah..tapi Najib tak setuju!! Sebaliknya, Najib mahu menyingkirkan Zambry dari jawatan MB dengan meletakkannya ke Parlimen Parit Buntar. tapi ini juga bahaya!!

Najib tahu Zambry masih lagi berhubung dengan Anwar. Dulu depa sama-sama dalam ABIM. Malah bila Anwar disingkir, Zambry adalah diantara orang yang paling kuat menyokong Anwar. Dan bila Zambry menjadi Menteri Besar, orang yang dilantik disekelilingnya adalah juga kuda-kuda Trojan Anwar.
Yang ini semua orang tau. Tapi ada lagi satu cerita yang ramai orang tak tau.

Bila Barisan Alternatif + DAP menang di Perak tahun 2008 dulu, perkara pertama yang berlaku ialah kisah Hasan Ali dan Harussani cuba mewujudkan kerajaan perpaduan. Di belakang mereka ialah Tajol Rosli. Tajol Rosli mengekalkan jawatannya sebagai MB.

Apa yang ramai orang tak tau, Zambry juga cuba buat deal dengan Nizar. Zambry menawarkan  jawatan MB kepda Nizar kalau Nizar sanggup melompat menyokong Umno. Empat orang lagi ADUN Pas akan ditawarkan jawatan EXCO. Ini bukan aku saja-saja nak buat cerita. Hangpa dengar sendiri apa yang Nizar cakap.

Ok..itu cerita yang sudah berlalu. Bagaimana pula dengan PRU yang akan datang ini?
Ingat lagi bila Mat Sabu kata ada orang Umno yang sudah mula membeli insurans Pakatan Rakyat? Kalau terlupa boleh baca kat sini.

Zambry sekarang sudah tersepit. Kalau tahun 2008 dulu dia sanggup menawarkan jawatan MB kepada Nizar..apakah kali ini dia juga tak boleh buat sesuatu sebelum pilihanraya? apakah selamat bagi Najib meletakkan Zambry ke Parlimen Parit Buntar? Macam mana kalau Zambry melompat menyertai Anwar…woiiyoooo..lagi bahaya!! bukan setakat negeri Perak tumbang malah Putrajaya pun boleh jatuh!!

Tapi kalau Zambry digugurkan..Umno Perak lagi bahaya!!

Now..is it impossible to take back Perak from Umno? No..it’s not impossible. But you need an “A Team” to make it possible.


PRU 13: Mission Possible (2)

Oleh: MSK

Dalam PRU 1999, orang Melayu lari meninggalkan Umno dan BN kerana kes Anwar. Terengganu terlepas ketangan PAS manakala Kelantan terus kukuh. Di Kedah, majoriti 2/3 dapat dihapuskan…tapi UBN masih dapat mengekalkan Putrajaya kerana undi orang Cina dan India. Cina, India dan SPR menjadi talian hayat kepada Umno.

Selepas 1999, Umno tak percaya kat Melayu. Melayu tak boleh diharap…dan untuk mengekalkan kuasa, maka UBN menggunakan SPR untuk mengubah sempadan pilihanraya. Sempadan pilihanraya dimanipulasi dengan memastikan dalam setiap kawasan Parlimen atau DUN, mesti ada peratus-peratus tertentu undi Cina dan India.

PRU 2004..Umno dan BN menang besar. Tapi masa tu mungkin kerana faktor Pak Lah. Lagi pun Mahathir yang dibenci oleh orang Melayu dah berundur.

Nasib Pak Lah tak baik sebab isteri tersayang meninggal dunia..dan bila dapat bini baru..selalu la kerja overtime. Akibatnya, Pak Lah selalu tertidur dalam waktu kerja.

Bila tiba PRU 2008, keadaan menjadi terbalik. Orang Cina dan India yang dianggap fixed-deposit bagi BN sudah berubah angin. Akibatnya, BN kehilangan lima negeri. Satu negeri berjaya dirampas balik dengan tipu helah.

Tapi sekarang tak sama macam 1999. Lepas tahun 1999, Bn masih boleh mengubah sempadan pilihanraya dan menambah kerusi kerana depa masih lagi menguasai 2/3 Parlimen. Sekarang tak boleh! Undi Cina dan India pun sudah tidak boleh diharap.

Hanya satu talian hayat yang tinggal yang boleh digunakan oleh Umno dan BN iaitu SPR.
Selepas PRU 2008, SPr duduk termenung memikirkan apa nak buat untuk memastikan UBN terus berkuasa. Sapa yang fikir SPR adalah badan bebas untuk mengendalikan pilihanraya…mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang bangang. SPR diwujudkan untuk memastikan BN terus berkuasa.
Nak tambah kerusi tak boleh. Nak ubah sempadan tak boleh. Tapi ada satu perkara yang boleh dibuat oleh SPR iaitu “Belah bahagi kawasan”.

Benda ini dibuat sejak Jun 2009. Kalau dulu pengundi dipindahkan..sekarang lokaliti dipindahkan. Contohnya, kalau dulu lokaliti Taman Anggerik termasuk dalam Parlimen Kuala Kangsar, sekarang Taman Anggerik sudah berada dalam Parlimen Padang Rengas.

SPR tak pindah pengundi..tapi bila lokaliti dipindahkan, maka secara otomatik pengundi-pengundi “terpindah”. oleh kerana lokaliti yang dipindahkan, maka pertambahan dan pengurangan pengundi tidak dimaklumkan dalam Daftar Pemilih Tambahan. Akibatnya, ramai la orang parti yang tak tau. Tup-tup..bila ada Pilihanraya Kecil..baru terpinga-pinga, “macam mana 14,000 pengundi sudah dipindahkan?”. Masa tu tak payah cakap dah..sebab bila tiba pilihanraya, apa yang SPR cakap adalah wahyu. Tak boleh dipertikaikan. Nak bising…bawa ke mahkamah. Tapi nak buat apa? pilihanraya dah habih.

Sapa yang nak pantau apa yang SPR buat? Nak harap parti-parti politik..aku tak harap. Dulu Khalid Ibrahim pernah mengumumkan peruntukan sejuta ringgit untuk memantau SPR. apa yang dibuat dengan duit tu aku tak tau la…tapi bila nama Khalid Ibrahim sendiri kena pindah..baru ada akai!!

SPR kata, apa yang depa buat ialah untuk menyelaraskan peta SPR dengan peta rasmi negara. Hei..SPR boleh bagi macam-macam jawapan. SPR juga kata “…menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.”

Nak terima atau tidak jawapan SPR tu? Kalau tak mau terima..nak buat apa?

Aku boleh terima la jawapan SPR tu sebab masa SPR buat belah bahagi kawasan dulu pun hangpa buat tak tau. Aku cakap pun bukan hangpa nak dengaq.

Macam mana dengan kes yang ini pulak? Ini cuma satu contoh.

Dalam PRU 2008, seramai 308 pengundi pos yang terdiri dari anggota polis dari IPD Teluk Intan mengundi dalam DUN Pasir Bedamar…manakala hanya 4 anggota polis yang mengundi secara pos dalam DUN Changkat Jong.

Dalam PRU tersebut, DUN Pasir Bedamar dimenangi oleh DAP dengan majoriti 7914 undi..manakala DUN Changkat Jong dimenangi oleh PAS dengan majoriti 899 undi.

Kalau hangpa jadi orang Umno..apa yang hangpa nak suruh SPR buat?

DUN Pasir Bedamar tu mampuih pi la. Susah nak dapat balik. Tapi..daripada membazirkan undi di Pasir Bedamar..mengapa tidak dipindahkan pengundi yang dah gerenti mengundi BN ke Changkat Jong? BN hanya perlukan 450 undi baru untuk mengalahkan PAS!!

Tapi kalau dipindahkan terus macam tu saja..nanti orang Pas tau pulak!! Jadi kena buat diam-diam. Dan yang paling selamat dipindahkan ilah undi Pos.

Langkah pertama ialah dengan menukarkan nombor kad pengenalan polis. Pasai apa ditukar..yang tu toksah risau..jawapan boleh dicipta.

Pada akhir 2009, nombor-nombor anggota polis sudah siap ditukar didalam daftar pemilih. Masa tu orang tak perasan..sebab sapa yang nak check satu persatu?

Masuk tahun 2010, pengundi pos yang terdiri dari anggota polis IPD Teluk intan ini ditukar ke DUN Changkat Jong. Tiba-tiba saja DUN Changkat jong mendapat 107 pengundi pos yang baru. Mai dari mana? Bukan ada balai polis baru!

Check punya check..tengok-tengok anggota polis kat IPD Teluk Intan ditukarkan dari DUN Pasir Bedamar ke DUN Changkat Jong. Yang ni SPR nak cakap apa?

Apakah sebahagian daripada IPD Teluk Intan sudah dipindahkan ke Sungai Kerawai dalam DUN Changkat Jong? Tak pelik ka…satu balai..tapi anggotanya mengundi di dua DUN yang berbeza?
Kat bawah ni cuma sebahagian saja. Kalau nak senarai penuh..aku boleh bagi. Lihat Sini


Ini sikit saja..banyak lagi yang kita tak tau. Berapa ramai pengundi Pasir Bedamar yang telah dipindahkan ke Changkat Jong? Tu pasai aku masukkan DUN Changkat Jong sebagai salah satu DUN yang dimenangi oleh PR akan tumbang. Bukan pasai PAs tak bagus..tapi SPR punya kerja.

Tu baru pindah pengundi pos. Macam mana pulak dengan pengundi baru? Berapa ramai pengundi baru di Perak?

Jangan terkejut nanti kalau pertambahan pengundi baru di Perak ini lain macam. Kalau tengok gerakkerja, setiap majlis DAP depa akan buka kaunter pendaftaran pengundi baru. Tapi bila tengok statistik..kawasan DAP la yang paling kurang pertambahan pengundi baru di Perak.


SPR dah buat tak tau kat kawasan DAP sebab depa dah tak harap BN boleh menang. Apa yang depa boleh harap, ialah dengan memenangi kawasan-kawasan PKR dan PAS. Kawasan sedia ada diperkuatkan, manakala kawasan Pas dan PKR dikucarkacirkan.

Apa yang kita nampak dalam statistik diatas hanyalah pertambahan pengundi secara keseluruhan. (jumlah sekarang tolak jumlah dulu). Tapi kalau dikaji dengan teliti lagi, baru kita boleh tau berapa jumlah yang pindah masu dan pengundi baru…dan berapa pula yang pindah keluar atau mati. Ambik contoh..di Simpang Pulai, jumlah pertambahan ialah 12.2% ataupun 4620 pengundi. Tapi berapa yang dipindah keluar dan berapa yang dipindah masuk?

Lagi detail kita kaji..lagi banyak manipulasi SPR yang kita boleh bongkar. Kita akan tau macam mana kampung ini dipindah masuk DUN sana. Taman ini boleh dipindah masuk Parlimen sana.

Kita mungkin ingat pengundi-pengundi kita masih sama sebab tengok jumlah pengundi masih 500 dalam satu UPU itu…tapi kita tak tau ada kemungkinan 500 yang dulu dikeluarkan dan 500 pengundi yang baru dimasukkan.

Hangpa pi tanya depa yang teringin sangat nak jadi calon tu. Ada Daftar Pemilih terbaru tak?
Aku yakin..ada tempat yang masih pakai Daftar Pemilih 2008. Kalau ada yang terbaru pun..ada dalam laci Ketua Cabang..

Kalau nak tumbangkan Umno..kena tumbangkan SPR dulu. Tapi sapa nak buat kerja ni?
Kalau takat AJK Cabang..aku tak harap. Pegang mouse pun ngetor.




PRU 13: Mission Possible (3)

Oleh: MSK

Pada tahun 1997, dunia dilanda kemelesatan ekonomi dan diantara negara yang teruk ialah Indonesia. Rakyat Indonesia marah diatas keborosan dan pemerintahan kukubesi Suharto.

Suharto cuba mengelak kemarahan rakyat ini dengan mencipta beberapa kekacauan kaum. Contohnya diantara Dayak dan Madura di Kalimantan. Pembunuhan penduduk kaum Cina dan serangan terhadap gereja Kristian. Selelpas itu, Suharto membuat keputusan untuk mengadakan pilihanraya Presiden pada tahun 1998 dengan menghidangkan kepada rakyat Indonesia dua pilihan. Sama ada terus memilihnya untuk kestabilan politik atau terus berhadapan dengan pelbagai kekacauan.

Dalam pemilihan tersebut, Suharto menang besar kerana sistem pilihanrayanya begitu korup. Akhirnya, rakyat Indonesia bangkit untuk menentang Suharto .

Pembangkang Indonesia gagal menumbangkan Suharto melalui pilihanraya tetapi Suharto tumbang kerana gerakan rakyat Indonesia.

Pada November 2004, Ukraine mengadakan pilihanraya Presiden. Dua calon utama ialah Viktor Yanukovych dan Viktor Yuschenko. Viktor Yanukovych memenangi pilihanraya tersebut tetapi rakyat Ukraine tidak berpuashati dengan perjalanan pilihanraya yang dikatakan penuh dengan penipuan. Akhirnya, rakyat Ukraine keluar kejalanraya dan mendesak diadakan pilihanraya sekali lagi.

Revolusi Oren Ukraine tercipta apabila rakyat Ukraine tidak berpuashati dengan penipuan dan penyelewengan yang berlaku semasa pilihanraya. Akhirnya, pada December 2004, Mahkamah Agung Ukraine memutuskan pilihanraya diadakan sekali lagi.

Dalam pilihanraya yang diadakan buat kali kedua dan dipantau oleh pemerhati antarabangsa, Viktor Yuschenko memenangi pilihanraya tersebut.

Pembangkang Ukraine tidak dapat mengalahkan Viktor Yanukovich dalam pilihanraya. Yang berjaya mengalahkan Viktor Yanukovich ialah rakyat Ukraine yang turun kejalanraya.

Perkara yang sama juga berlaku di Tunisia, Algeria, Lebanon, Jordan, Sudan, Oman, Yaman dan Mesir. Pemerintah tidak akan dapat ditumbangkan melalui pilihanraya..tetapi jalanraya.

Semua kejatuhan kerajaan-kerajaan zalim dan penipu jatuh dengan cara yang sama. Tapi mengapa Indonesia tidak belajar dari kejatuhan Marcos? Mengapa Ukraine tidak belajar dari Indonesia? Menagap Tunisia tidak belajar dari Ukraine? Dan mengapa Mesir tidak belajar dari Tunisia?

Sebab semua pemerintah merasakan mereka akan dapat terus menipu kerana menyangkakan rakyat semua bodoh dan bangang dan tidak akan bangkit melawan.

Malaysia pun akan jadi macam itu. Umno dan Barisan Nasional akan terus menggunakan SPR untuk menipu kerana merasakan rakyat Malaysia tidak akan bangkit melawan. Umno dan Barisan Nasional akan terus menggunakan SPR untuk melakukan penyelewengan kerana merasakan rakyat Malaysia majoritinya bodoh dan bangang.

Bukan Umno dan penyokongnya saja yang berfikir macam tu. Ramai penyokong pembangkang juga berfikir revolusi tidak akan berlaku di Malaysia. Rakyat Malaysia tak miskin. Rakyat Malaysia tak ada sebab untuk turun kejalanraya. Rakyat Malaysia tak ada asas untuk memberontak.

Itu sebabnya mengapa masing-masing menunggu tarikh pilihanraya sebab masing-masing mahu menjadi YB..menjadi Menteri..malah ada yang sudah berangan nak jadi Perdana Menteri.

Rakyat Ukraine yang memberontak bukan pasai depa nak jadi ADUN. Rakyat Indonesia dan Mesir yang memberontak bukan pasai depa nak jadi pemerintah.

Rakyat dinegara-negara ini bangkit kerana mahukan perubahan… bukan setakat menukar kerajaan.
Bila Suharto jatuh..naik B.J Habibie. Habibie tak boleh tahan…turun. Naik Gus Dur…Gus Dur juga lebih kurang juga dan tak sampai dua tahun, Gus Dur pula digantikan dengan Megawati. Megawati juga tak boleh tahan dan di gantikan dengan SBY. Hanya SBY yang dapat bertahan lama manakala tiga pemimpin sebelumnya hanya dapat merasa nikmat memerintah hanya sekejap saja.

Viktor Yuschenko juga naik selepas Viktor Yanukovych dihumban melalui Revolusi Oren. Tapi Viktor Yuschenko juga akhirnya dihumban oleh rakyat Ukraine dan memilih kembali Viktor Yanukovych dalam pilihanraya 2010.

Rakyat Mesir yang menggulingkan Hosni Mubarak bukan kerana mereka mahu mengambil alih kuasa..tetapi mahukan pemerintah baru melakukan perubahan kepada sistem. Kalau serupa saja dengan pemerintah lama..maka pemerintah baru juga akan dijatuhkan.

Daim Zainudin dah kata bahawa BN akan hanya selamat di tiga buah negeri. Najib dah mula bercakap tentang “hung parliament.” Orang umno sendiri sudah tak yakin kemampuan mereka untuk bertahan.
Kalau mengikut mood rakyat, memang Umno dan BN akan tumbang. Tapi apakah Umno dan BN akan menyerah begitu saja? Najib dah kata, Umno akan mempertahankan Putrajaya hingga ketitisan darah yang terakhir.

Aku tak percaya cakap Najib sebab dalam sejarah pemerintah yang digulingkan, semua pemimpin tinggi akan lari keluar negara bila kalah. Saddam Hussein pun menyorok. Tapi sebelum kalah, mereka akan melakukan apa saja untuk terus berkuasa.Dan kalau mengikut apa yang berlaku sekarang..SPR sedang memperkemaskan operasinya untuk memastikan BN akan terus menang.

Semalam aku kata aku tak harap AJK Cabang untuk memantau SPR. Habih sapa?

Semasa pelancaran Jom 100 oleh BERSIH di Ipoh baru-baru ini, Ambiga mensasarkan 100% pengundi keluar mengundi. Aku cakap kat Ambiga, aku tak akan terkejut kalau sasaranya tercapai. Malah aku menjangkakan bahawa dikebanyakan tempat, jumlah pengundi yang akan keluar mengundi mungkin lebih dari 100%.

Dalam pilihanraya ini juga nanti, jumlah warga Bangla dan Indon yang keluar mengundi mungkin lebih dari pengundi Melayu di luar bandar.

Dalam pilihanraya ini juga nanti, jumlah pengundi pos akan meningkat entah berapa puluh peratus. Semalam saja, Dr. Hatta Ramli mendedahkan petugas SPR yang akan mengundi secara pos berjumlah 240,000 orang. Bahagi dengan 222 kawasan Parlimen..ada 1086 pengundi pos SPR. Itu belum masuk undi pos tentera, polis, rela dan wataniah.

Apabila Najib mengumumkan pembubaran Parlimen, SPR akan mengeluarkan satu Daftar Pemilih Induk untuk digunakan semasa pilihanraya. Daftar Pemilih ini akan dikeluarkan beberapa hari sebelum Penamaan Calon dan hanya beberapa hari sebelum hari mengundi.

Siapakah yang akan meneliti kesahihan hampir 14 juta pengundi-pengundi ini? Berapa orangkah petugas yang diperlukan untuk meneliti Daftar Pemilih ini? Siapakah orang-orang itu?
Bila diumumkan pilihanraya, yang nak jadi calon akan berebut jadi calon. Yang tak dapat jadi calon akan merajuk..silap-silap tutup bilik gerakan. Yang dapat jadi calon terpaksa mula berkempen. Petugas akan sibuk mengadakan ceramah, merayu undi, mengedar risalah, gantung bendera dan poster.

Sapa nak meneliti Daftar Pemilih? Siapa yang nak mencari bukti bahawa Daftar Pemilih penuh dengan penipuan?

Kalau nak tunggu lepas pilihanraya…dan nak komplen bila dah kalah…tak main la.
Rakyat perlu diberitahu tentang penipuan dan penyelewengan sebelum pengundian dijalankan ataupun sebelum keputusan diumumkan.

Cukup dengan menyalahkan orang lain. Esok kita kena bincang…Apakah kemungkinan yang akan berlaku dalam PRU 13 nanti dan apa yang kita sendiri boleh buat?

PRU 13: Mission Possible (4)

Oleh: MSK

Dalam Pilihanraya 1994, PBS dibawah pimpinan Pairin Kitingan berjaya menumbangkan Barisan Nasional di Sabah. Bila Pairin pergi ke Istana Yang diPertua Negeri, istana didapati berkunci dan Yang dipertua Negeri Sabah “hilang”. Orang-orang PBS terpaksa duduk dalam kereta dan menunggu didepan istana Yang di Pertua Negeri selama 36 jam.

Dalam masa 36 jam itu, BN cuba membeli ADUN-ADUN PBS yang menang tapi nasib baik, semua ADUN PBS yang menang telah dikurung didalam kereta dan “berkampung” didepan istana YDP.

Dalam PRU 1999, ramai orang beranggapan bahawa BN juga akan ditumbangkan. Ramai pemimpin Umno membeli insurans BA masa tu malah kebanyakan kempen-kempen BA masa tu ditaja oleh orang-orang Umno.

Mahathir sendiri takut BN akan kalah. BA cukup yakin untuk menang dan sudah bersedia dengan perancangan untuk mengambil alih kerajaan. Nasib tak baik, BA gagal mendapatkan kerusi majoriti. Tapi kalau menang pun, belum tentu boleh mengambil alih kerajaan sebab Yang DiPertuan Agung telah dibawa lari ke Langkawi pada malam keputusan pilihanraya diumumkan. Kalau pun BA menang, UstazFfadhi Noor yang memimpin BA masa tu akan terpaksa berkampung diluar pagar istana. Dalam masa itu, macam-macam boleh berlaku.

Dalam PRU 2008, SPR telah menangguhkan pengumuman keputusan pilihanraya dikebanyakan tempat. Di Perak, kita tak tau kita dah menang..sehinggalah pukul 10.30 malam. Di Kuala Kangsar, keputusan pilihanraya diumumkan oleh SPR pada jam 11.30 malam. Dalam TV3, terus blackout.

Dari pukul 7 petang hingga jam 12 malam tu, BN sibuk mencari jalan macam mana nak terus berkuasa. Masa tu jugalah Harussani dipertanggungjawabkan untuk berjumpa PAS untuk menubuhkan kerajaan perpaduan. Masa tu juga Zambry Kadir menawarkan jawatan MB kepada Nizar. Tapi nasib BN tak baik, depa tak mampu juga untuk mempengaruhi ADUN PAS.

PRU 13 ni macam mana?

Umno sendiri sudah goyang. Daim kata BN cuma selamat ditiga buah negeri. Najib pulak sudah membayangkan “hung parliament”. Yang ini tak penting sangat..yang penting bila Najib kata dia akan mempertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun.

SPR sudah boleh membuat ramalan keputusan seawal pukul 3 petang..walaupun pengundi belum habis mengundi. Dari culaan setiap jam, SPR sudah tau sama ada BN akan menang atau kalah. Semasa PRK Bukit Gantang, BN dapat tau lebih awal..sebelum masa pengundian ditutup lagi. Semua menteri kabinet dan pemimpin Umno sudah keluar dari Bukit Gantang sebaik saja masa mengundi tamat pukul 5…walaupun masa tu undi belum dikira.

Dalam PRU 13 ini, kalau kita tak buat persediaan lebih awal, kita akan ditipu oleh BN dan SPR lagi. Bayangkan kalau berlaku keadaan macam ni.

Selalunya, keputusan di Sabah dan Sarawak akan diketahui lebih awal kerana jumlah undi yang sikit. Dari jumlah 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, BN menang 30, Bebas menang 6 kerusi dan PR menang 20. Aku percaya, SPR tidak akan mengumumkan keputusan ini kerana menunggu keputusan di Semenanjung.

Macam mana kalau BN menang 80 kerusi dan PR menang 85? Satu lagi kerusi dimenangi oleh Matsamankati atas tiket Bebas.

Jumlah keseluruhan: BN 110. PR 105. Bebas 7. Apa akan berlaku?

Bagaimana kalau BN menawarkan RM10 juta seorang kepada 7 orang calun Bebas untuk menyertai BN? Masa tu aku pun goyang. Bukan takat calon Bebas saja..calon-calon PR pun mungkin ada yang bersedia melompat.

Macam mana kalau ada calon-calon PR yang melompat lari menyertai BN adakah hangpa suka? Aku tau ini soalan bodoh…tapi kita kena ingat bahawa calon yang menang tu pun tak bodoh. Jangan kata calon yang melompat tu tak ada akai..sebab depa boleh nampak RM10 juta.

Macam mana pulak kalau ada calon-calon Bn yang melompat masuk menyertai PR..adakah hangpa suka? Yang ni aku tau..mesti ada yang berbelah bagi. Ada yang setuju dan ada yang tak setuju. tapi aku pasti…ramai yang bersetuju. Kalau calon PR lompat ke BN..kita setuju. Kita kata depa ni dah insaf atau sedar. Tapi kalau calon PR yang lompat masuk BN, yang tu kita panggil katak..tak ada prinsip.

Sapa yang tak ada prinsip? Kalau kita ada prinsip..apa yang perlu dibuat?

Kita tak boleh harap SPR untuk buat pengumuman sebab dalam masa dua tiga jam selepas keputusan diperolehi di setiap kawasan Parlimen, macam-macam boleh berlaku.

Rakyat perlu mendapat keputusan pilihanraya secara live..bagi setiap Daerah Mengundi. Setiap ejen mengira undi perlu melapurkan keputusan bagi Daerah Mengundi kepada Bilik Gerakan sebaik saja selesai proses pengiraan undi dan borang 14 dikeluarkan. Bilik Gerakan perlu memuatnaik keputusan ke satu laman web yang disediakan dimana setiap pelayar internet akan dapat melihat keputusan tersebut.

Dengan cara ini, semua orang dah boleh tau keputusan tak rasmi sebaik saja proses pengiraan undi selesai dilakukan. Kalau keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh SPR jauh berbeza dengan keputusan tak rasmi..kita tau apa yang berlaku. Sebelum SPR mengumumkan keputusan, kita dah tau sama ada menang atau kalah.

Kalau menang kita nak buat apa..dan kalau kalah kita nak buat apa? Itu bukan kerja aku dah. Kalau dah mennag pun tak tau nak buat apa..lebih baik toksah menang. Tapi kalau kalah?

Kalau dah kalah baru kata SPR menipu..SPR menyeleweng..tak guna dah. Kalau kita nak kata SPR menipu dan SPR menyeleweng..kita kena buat sebelum keputusan diumumkan.

Tapi sapa nak buat benda ni? Hangpa nak harap AJK Cabang yang pegang mouse pun ngetor? Cuba tengok..peringkat negeri pun ada ka laman web depa?

Rais Yatim yang sebelum ini mengutuk Blogger pun dah buat Konvensyen Blogger Umno dan  siap buat kenyataan..” Social Media A Game Changer in PRU 13″.

Bukan takat tu saja, Unit Media Baru Umno dah buat retreat di Janda Baik untuk menyusun strategi macam mana nak menghadapi PRU 13 nanti.

Kita dah buat apa?

Kamon la. Dalam setiap pilihanraya, setiap calon akan membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk poster, banner, bendera, ceramah…tak kan la untuk persiapan untuk media baru ni dua tiga ribu pun tak mampu?

Kalau setiap parti yang bertanding di Perak mengumpul seribu ringgit untuk setiap Parlimen..dah ada 24 ribu. Tak cukup ka?

Kalau bagi kat TV Selangor memang la tak cukup sebab gaji CEO pun dah puluh ribu. Tapi kalau bagi kat blogger-blogger yang selama ini buat kerja secara free..gunakan duit itu untuk membangunkan sistem penyebaran maklumat semasa pilihanraya..aku rasa lebih dari cukup.

Amacam? Dalam posting yang lalu, Mustapha ada buat komen.

sumber


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List