Sila Hentikan Permainan Yang Gila Ini!

on May 30, 2012



Sudah 6 kali pihak BN buat 'acah' seolah-olah hendak mengadakan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13):

1. Oktober/November 2010 (ketika pemilihan parti Parti KeADILan sedang berjalan);
2. April 2011 (bersama dengan pilihanraya negeri Sarawak)
3. Jun 2011
4. 11 November 2011
5. Mac 2012
6. 9 Jun 2012

Walaupun tarikh 9 Jun 2012 sudah tersasar, namun masih tidak mustahil untuk pilihanraya diadakan pada lewat bulan Jun.
Satu tinjauan di pasar pagi Kepong Baru mendapati ramai peniaga kurang puas hati dengan permainan memilih tarikh ini.

Seorang penjual buah-buahan berkata, "Buat acah dengan begitu banyak kali merosakkan imej BN sahaja, seolah-olah mereka ini hendak rujuk kepada takwim ilmu falak. Tak eloklah macam ini". Beliau juga berpendapat bahawa projek pemilihan tarikh sudah menjadi satu permainan yang boleh menjauhkan para pelabur asing dari negara ini.

Manakala seorang penjual ubat tradisi Cina di gerai bersebelahan pula berkata nasib baik Perdana Menteri bukan seorang komander tentera di masa zaman dahulu kala. "Beliau akan suruh kita melancarkan serangan dari sayap kanan tetapi apabila kita yang berada di sayap kanan sedang menunggang kuda menuju ke medan pertempuran, tiba-tiba beliau akan flip-flop pula suruh tentera serang dari sayap kiri pula. Susahlah kita nanti", katanya secara sinis.

Mungkin juga PM Najib Tun Razak perlu baca novel klasik Cina yang terkenal bertajuk 'Three Kingdoms' yang baru sahaja telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin baru-baru ini. Di antara isi kandungan novel ini ialah strategi peperangan dan bagaimana pemerintah yang zalim telah dikalahkan dalam Peperangan 'Red Cliff' dimana pihak yang ada tentera kurang dari 100,000 orang boleh menewaskan pihak zalim yang mempunyai tentera berjumlah hampir 800,000 orang.

Seorang penjual sayur berkata bahawa undinya akan diberi kepada Pakatan Rakyat sebab "jika Pakatan Rakyat menerajui pucuk pimpinan di Putrajaya, Pakatan akan menetapkan tarikh pilihanraya dari awal lagi sebab Pakatan akan hentikan permainan pemilihan tarikh."


SELENA TAY

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List