1. Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Mungkin itulah pepatah yang sesuai dengan keadaan pergolakan yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat Selangor sejak seminggu lalu. Khabarnya, sebahagian pimpinan PKR Selangor tidak berpuas hati dengan kaedah dan cara pengendalian "Geran Selangorku".
2. Pada April lalu saya telah menulis mengenai struktur dan kaedah pengurusan geran ini akan menjurus kepada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Sila baca Geran Selangorku: Adakah MB Berbohong Lagi? Entah mengapa isu ini baru menjadi isu beberapa hari kebelakangan ini.
3. Anehnya, minggu lalu, Setiausaha Politik Menteri Besar menjawab secara kasar pandangan saya mengenai isu ini. Hari ini bukan saya lagi yangmempertikaikannya tetapi juga ramai pemimpin dalam PKR sendiri.
4. Dalam kenyataan beliau yang dipetik oleh Malaysiakini.com pada 17 Jun 2012, Faekah berkata adalah hak kerajaan negeri untuk berbuat apa sahaja dengan dana yang dikumpul melalui proses menuntut hutang dari pemaju yang gagal dikutip oleh kerajaan negeri semasa Barisan Nasional.
5. Ada dua perkara dalam kenyataan ini yang sangat menarik perhatian. Pertamanya tidak benar kerajaan negeri semasa Barisan Nasional tidak mempunyai peracangan mengutip hutang. Perancangan dan kaedah mengutip hutang yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri hari ini adalah berasaskan kertas cadangan semasa kerajaan Barisan Nasional lagi.
5. Ada dua perkara dalam kenyataan ini yang sangat menarik perhatian. Pertamanya tidak benar kerajaan negeri semasa Barisan Nasional tidak mempunyai peracangan mengutip hutang. Perancangan dan kaedah mengutip hutang yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri hari ini adalah berasaskan kertas cadangan semasa kerajaan Barisan Nasional lagi.
6. Pada 2007, Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan semua anak syarikat terbabit bagi mengutip hutang Talam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri. Antara tindakan yang dalam proses ketika itu ialah rundingan pengambil alihan aset-aset dan hartanah Talam seperti Kelab Golf Bukit Beruntung dan beberapa hartanah lain. Selain itu tekanan juga dibuat dengan membekukan projek-projek "akan datang" yang membabitkan syarikat tersebut sehingga hutang mereka kepada kerajaan negeri dilangsaikan. Kerajaan negeri hari ini hanya mengubah beberapa konsep termasuk menggunakan kaedah manipulasi round-tripping.
7. Keduanya, adalah salah dan tidak bertanggungjawab untuk Pejabat Menteri Besar menyatakan orang lain tidak boleh bercakap mengenai pentadbiran mereka memandangkan mereka yang mendapatkan wang tersebut. Wang yang diperuntukkan dalam Geran Selangorku adalah wang rakyat bukannya wang poket Menteri Besar atau setiausaha politiknya. Justeru, selagi ia merupakan wang kerajaan dan wang rakyat, semua rakyat, terutamanya wakil rakyat berhak mempersoalkannya.
8. Faekah juga dengan lantang menyatakan, "This differs from Khir’s era, when projects were awarded directly to family members, in-laws, relatives and cronies. Principles of transparency and responsibility were totally absent, there was only the principle of enriching oneself and (one’s relatives). This shameful practice has today been buried, along with Umno."
9. Sekarang sudah tersebar kononnya terdapat sekeping surat sokongan yang dikeluarkan oleh Faekah selaku Setiausaha Politik Menteri Besar kepada sebuah firma guaman milik anak saudaranya agar dilantik menjadi panel peguam Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).
10. Saya tidak mahu berbahas salah atau tidak tindakan beliau tersebut dari segi undang-undang mahu pun politik. Cuma saya sekarang tampaknya Faekah seperti meludah ke langit terkena muka sendiri. Bak kata pepatah Melayu, "kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih."
sumber
0 comments:
Post a Comment